Skip to content

Izanor in Tulisland!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai Blinkers! Mempersembahkan satu cerita buat semua!

 

Kenapa suka menulis? Kenapa pilih jadi Novelis? 

Hmm… sebab sejak lahir sebaik terjaga mata terus menangis 24 jam tanpa henti. Bukan main panik emak pujuk-pujuk dan dodoikan – GAGAL! Ayah lenguh-lenguh tangan dukung turun naik tangga hospital-pergi kafe, kedai runcit, taman dan tempat letak kereta – GAGAL!

Emak dan ayah hampir-hampir putus asa dengan wajah kekecewaan-pasrah menatap anak kesayangan yang mulutnya ternganga asyik melagukan bunyi: Uwaaaaaa!

Tiba-tiba… muncul laungan yang menyentak suasana! “Bantal… bantal! Siapa ingin beli bantal empuk dan elegan?”

Pasangan sejiwa lalu membelikan dua bantal berbeza bentuk. Sejurus dilapikkan bawah kepala dan diletakkan dalam pelukan comel anak kesayangan-tangisan hebat terhenti saat itu juga!

MAGISssssss!

Emosi kagum dan terkesima yang tidak mampu digambar membulatkan hati emak dan ayah dengan andaian: Besar nanti anak kita akan jadi NOVELIS!

Bantal peluk PENSIL dan bantal tidur BUKU itu ada tersimpan dalam kotak khas. Masih empuk, elegan dan wangi. Hanya tunggu kemunculan wartawan dan jurugambar saat wawancara khas Di Sebalik Nama Izanor Sharif selepas menang 33 pingat satu hari yang indah. Ewahhhh~

Oh! Ini memang kisah DONGENG (+_____________________+)

***

Okey, janji jangan percaya kisah ini? Hehehe! Catatan seronok-seronok yang Kak Izanor kongsikan di bahagian keterangan FANPAGE : https://www.facebook.com/IzanorSharifNovelis/info . Di sana Kak Izanor berkongsi perkembangan terkini fasal kerjaya penulisan. Jemput LIKE dan ceria bersama-sama!^^

Sebenarnya, Kak Izanor tidak pernah bercita-cita untuk menjadi penulis. Sejak kecil memang super suka membaca dan selalu dapat markah tinggi dalam karangan (Ececeh). Ketika sekolah menengah, Kak Izanor pernah berazam, sekurang-kurangnya mahu tulis sebuah novel satu hari nanti. Impian yang sentiasa membara dan bergemuruh dalam jiwa bagaikan letusan mercun pop-pop, oh!

Alhamdulillah! Impian jadi kenyataan dan tup-tup sudah ada 6 buah novel yang berjaya ditulis. Lima buah tulisan bersama Kak Ain Maisarah dan sebuah novel solo (tahun 2008 dan menggunakan nama pena lain-bukan novel remaja). Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sering menghadiahkan sokongan, kata-kata semangat dan menghargai karya kami. Segala cerita di sebalik tabir pembikinan novel, serba-sedikit hal keluarga mahupun dunia penulisan ada Kak Izanor kongsikan di blog Bilik Biru. Saat perkenalan dengan Kak Ain Maisarah juga ada!

http://izanor.blogspot.com/2010/01/jodoh-perkenalan-dengan-ainmaisarah.html

DSC_0110

Nama: Izanor Sharif.

Asal: Seremban, Negeri Sembilan.

Hobi: Membaca, menonton, menulis dan main hujan.

Kegemaran: Buku, Biru, Bulan, Hujan, Baby, Smiley, Drama Korea, Pemandangan, Yuna, Nescafe, Puding, Cheese Kek, Spageti, Kue Teow (okey seolah mahu senaraikan semua jenis makanan kesukaan)

Kereta idaman: Volkswagen warna silver atau pelangi.

Hadiah idaman: Laptop kaca.

Selain FANPAGE dan blog Bilik Biru, Kak Izanor juga ada instagram dengan nama Izanor Sharif: https://www.facebook.com/izanor.sharif/app_instapp dan kita boleh tweet-tweet! di https://twitter.com/IzanorSharif yang buat masa ini jarang update tapi masih wujud.

Selamat berkenalan! Senyum-senyum bunga dan sampai bertemu lagi dalam catatan akan datang.

(^___________________________^)v

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inIzanor Sharif

14 Comments

  1. Iqmar Iqmar

    Wow! Terbaiklah akak Izanor

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kasih Iqmar. ^______________________^

  2. Iqmar Iqmar

    ^_______________________^

  3. Saya juga suka Buku, Biru, Bulan,Baby, Smiley, Pemandangan, Nescafe, ! 🙂 ! Mak saya larang saya main hujan ! Hehehehe 🙂

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Yezza! Ada persamaan dari segi perkara-perkara yang kita suka. Terima kasih Iqmar kerana berkongsi! ^______________^

  4. Aja Fazla Aja Fazla

    Uh! Saya terpedaya. (Meletak tangan di dahi)
    Cerita dongeng rupanya. uh! uh!

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Izanor memang berbakat buat magis dan perdayakan orang ramai… oppss. Haha!

  5. Annyyss Annisah Annyyss Annisah

    assalamualaikum kak izanor, terasa menarik cerita dongeng akak berkenaan baby yang menangis tu bila dibelikan bantal pensil dan buku dia diam dari menangis. apa kata akak buat je cerita berkenaan baby tersebut…..apa akan terjadi bila baby itu besar? mula la berkhayal yang bukan-bukan…heheh 🙂

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Hehehe. Idea ini memang sangat tiba-tiba masa Kak Izanor fikirkan apa yang sesuai diletakkan di ruang keterangan PAGE FB Izanor Sharif Novelis. PLING! Ia muncul dan tercipta… Annyyss minta sambung ya? Tiada komen buat masa ini 😉

      • Annyyss Annisah Annyyss Annisah

        tidak mengapalah…hehehe manalah tahu akan datang tiba-tiba akak nak buat cerita dongeng pasal baby itu…saya sokong aja….saya pasti beli..hehehe oh ya, sekarang dalam perancangan buat buku dongeng lagi ke???cerita apa pula? semua siri dongeng saya dah habis baca…sudah lengkap koleksi saya…hehe 🙂

        • Izanor Sharif Izanor Sharif

          Sekarang Kak Izanor sedang menulis kisah Puteri Gunung Tendang dan 7 Hantaran Ajaib. Wah… terima kasih Annyyss kerana sudah kumpul semua siri dongeng 😉

  6. saffa aina saffa aina

    hadiah idaman kak izanor laptop kaca? huhuhu susah nak cari…laptop mainan saya boleh bagi laptop kaca tak boleh bagi hehehe

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Saffa Aina… itulah, Kak Izanor pernah Google dan jumpa gambar laptop yang seakan kaca. Hanya gambar saja yang ado. Hehe~

Leave a Reply