Skip to content

Jumie Jain berkongsi cerita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kak Ju ucapkan kepada semua para pembaca Blink Book. Apa khabar semua? Kak Ju mendoakan semuanya dalam keadaan sihat walafiat.

Ini entry pertama Kak Ju tulis untuk blog ini. Apalah agaknya yang Kak Ju akan tuliskan ni ya. Siapa di sini yang sudah baca buku Aku Mahu Jadi Novelistar? Kenal dengan Alif? Abang kembar Bella Askandar yang suka sangat menulis, sampai tak ada brek kalau dah mula menulis? Kak Ju rasa Kak Ju ni pun macam tu juga, kalau dah menulis, tak ingat dunia, tulis sahaja, kadang-kadang lupa nak angkat brek tangan dan brek di kaki. Tapi kalau Kak Ju sudah tinggalkan penulisan, lama pula untuk Kak Ju panaskan enjin idea Kak Ju supaya menulis dan terus tulis.

Biasanya Kak Ju tulis apabila Kak Ju dalam keadaan sedih. Agaknya idea yang turun dari langit tu, mudah benar hinggap dalam kepala Kak Ju apabila sedang sedih, dan tangan ini akan laju menaip. (Sekarang kan zaman IT, nasib baiklah tak perlu tulis tangan, sebab kalau tulis tangan, agaknya dah pening-pening lalat dah editor nak baca tulisan Kak Ju, sebab macam cacing kerawit. Sebiji macam halangan yang dihadapi oleh Trio A-B-C kan?)  Kenapa jadi macam tu ya? Emmm agaknya, sebab kalau kita sedang gembira, tentu kita tak akan mengadap komputer untuk menaip kan? Tentu sudah lakukan aktiviti dan sedang menikmati kegembiraan tu. Bagaimana pula dengan pembaca? Adakah ada yang sama seperti Kak Ju? Atau ada yang idea datang tak kira masa?

Haa, satu lagi sebelum Kak Ju terlupa. Selalunya idea menulis Kak Ju akan datang ketika Kak Ju sedang memandu. Hai, pelik-pelik betul masa idea ni muncul. Terutamanya kalau Kak Ju ‘stuck’ tidak bergerak dalam jammed, masa ni berebut-rebut idea nak keluar. Biasanya Kak Ju simpan sahaja dalam kotak memori, ataupun kalau ada pen dan kertas masa tu, Kak Ju akan catat, dan kemudian.. alamak, kadang-kadang nota tu pun dah hilang… Tapi kebiasaannya, kita menulis berdasarkan pemahaman, pemerhatian dan apa yang kita lihat dan rasa pada masa itu.

Haaa kan Kak Ju dah kata, kalau Kak Ju dah mula menulis, mulalah tak ada ‘handbrake‘. Sebelum  ayat ni makin panjang-panjang,tak muat entry blog, eloklah Kak Ju berhenti dahulu ya. Nanti jadi seperti Si Alif pula, kalau dah mula menulis blog, sampai ada bahagian-bahagian 🙂

Apapun, buat pembaca semua.. selamat membaca.. (Err.. sempat lagi menaip).

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inJumie Jain

16 Comments

  1. Assalamualaikum kak jumie =)

    Masih ingat saya : Heba?

    buku AKU MAHU JADI NOVELISTAR tu saya dah baca. buku tu dah kena pinjam ngan 6 kawan saya.. dah jadi macam perpustakaan bergerak je. masih ada 4 kawan saya lagi yang nak pinjam..hadoiiii,

    Saya dan sahabat saya dalam proses penulisan novel..hehehe. sekadar mencuba. InsyAllah boleh siap dgn segera..

    Aku Mahu Jadi Novelistar the best Novel!

  2. Waalaikumussalam Heba..
    Nama yang unik, mestilah Kak Ju ingat.. Masa Heba datang dengan Mama hari tu Kak Ju terus ingat Heba….
    InsyaAllah Kak Ju doakan Heba dan kawan-kawan terus menulis, lagi dan lagi, dan lagi….
    Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca AMJN.. Nantikan buku-buku Blink dalam siri akan datang.

    • Hehe… Terima kasih kerana masih ingat saya =)

  3. popular hebatalla kamnur…kak jumie ingat saya tak???yang haritu yang chat dengan kak jumie haritu…

    • Jumie Jain Jumie Jain

      InsyaAllah . Ingat Hani yang banyak berkongsi citarasa.

  4. anis nabilah anis nabilah

    Kak ..mcm mana nak jadi novelistar teringin la…bole ke tahun empat jadi novelistar sebab dah ada idea

    • Sesiapa pun insyaAllah boleh jadi novelis. Ada satu buku pun dah jadi novelis. Anis teruskan menulis dan lagi lagi. Kak Ju doakan satu hari nanti Anis pun bakal jadi novelistar.

  5. anis nabilah anis nabilah

    Saya pun tgh buat novel ni nanti saya nak hantar kat internet

    • Okay…. banyakkan membaca dan menulis. Itu sahaja 🙂

  6. anis nabilah anis nabilah

    Tq ..kak ju

  7. anis nabilah anis nabilah

    Nak hantar buku novel kat internet macam man a ?

  8. anis nabilah anis nabilah

    Kak ju nak tandatangan kak ju mcm mana ?

    • Anis: Baru Kak Ju perasan yang komen Kak Ju sebelum ni tak keluar. Anis jangan marah ya. Nanti kita jumpa di PWTC lagi tahun depan, insyaAllah. Ataupun ketika ada perjumpaan dengan Blinkers, kita boleh bergambar sama-sama.

      15 hb ni ada perjumpaan Blinkers 01 di KLCC, jom jumpa di sana.

  9. anis nabilah anis nabilah

    Hantar karya novel ringkas dekAt mana ?

    • Buat permulaan, Anis boleh mula menulis dalam diari, atau boleh juga tulis dalam blog. Yang penting, jangan putus asa, OK?

  10. Kak Ju .. Saya teringin membaca Aku Mahu Jadi Novelistar ..

Leave a Reply