Skip to content

Aja Fazla bercinta di dalam buku?

Akhirnya wujud blog khas untuk penulis-penulis Blink Book Sdn Bhd mencoretkan ( membebel ) kisah suka duka mereka, kisah makan-makan mereka, kisah semalam dia pergi pasar malam makan tam-tam, kisah penulis-sakit-perut-2-kali-sebelum-dapat-menulis-post-blog-pertama-ini-yang-mana-akhirnya-dia-penat-dan-masuk-tidur-dahulu!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Hey Yo! Blinkers!

Akhirnya wujud blog khas untuk penulis-penulis Blink Book Sdn Bhd mencoretkan ( membebel ) kisah suka duka mereka, kisah makan-makan mereka, kisah semalam dia pergi pasar malam makan tam-tam, kisah penulis-sakit-perut-2-kali-sebelum-dapat-menulis-post-blog-pertama-ini-yang-mana-akhirnya-dia-penat-dan-masuk-tidur-dahulu!

Okeh! Macam ada orang hendak baca SANGAT! (mata pandang atas) kisah penulis pergi pasar malam beli tam-tam!

Kak Aja Fazla boleh saya ….”
Abang Aja Fazla kenapa semalam tidak pakai spek?”
Bro/Sis Aja Fazla terima kasih atas buku yang comel ini.”

Sebenarnya bila isi borang bahagian jantina itu pilih Male atau Female?

(Amboi! tersirat sungguh pertanyaan murni ini.)

Baiklah, baiklah. Sebelum bercerita panjang lahir di hospital mana, masa keluar ada tanda-tanda apa (Eh! Kak Izanor terbatuk?) sekolah di mana, tingkatan berapa tamat sekolah, selepas sekolah sambung belajar atau tidak, sudah pecah kaca perlu guna cawan plastik (eh! Abang Azanil kenapa terbatuk juga!) , sijil simpan dalam kotak jugakah (eh! Kak Eima berhingus!), dapat idea menulis dalam kereta ke? (Eh! Kak Jumie tekan break!), ada beg khas untuk menulis ke? (Eh! Abang Alam mahu sorok badan dalam beg forensik?) dan seribu satu kisah-kisah seTembam Aman Wan, kita jawab soalan asas dahulu …

Siapa Aja Fazla?

Aja Fazla adalah kombinasi nama 2 penulis, Fazla Idha dan Aja Daud. Namun atas sebab-sebab tertentu, kami digabungkan dalam satu nama khas Aja Fazla. Jadi, bila isi borang bahagian jantina, memang taklah guna nama Aja Fazla bro! (Emo!)

Aja is another half of Fazla and vice versa

Baik sudah jelas! (Kenapa ada sengih-sengih di wajah?)

Mahu panggil apa, terpulanglah. Panggil Fazla saya akan menyahut, dipanggil Aja saya sahut juga (on behalf) sebab Aja selalunya sibuk dengan dapur ;).

Merupakan penulis paling ‘muda’ di dalam Blink Book Sdn Bhd, tetapi cukup tua untuk bekerja. Jadi pihak pengurusan tidak akan dipersalahkan bawah akta mengambil pekerja bawah umur.

Emm… apa lagi mahu dikongsikan ya? Saya ini orang yang suka ditanya barangkali, jadinya bila tiada soalan jadi kaku sekejap

Err… serius baru tahu Blink Book, Aja Fazla menulis buku apa?

“Err adik mahu autograph?”
Serius poyo! Inilah yang saya (Fazla) lakonkan sebelum buku keluar di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013.
Aja kata, “Kenapa perlu cakap macam itu?”

Ini kerana pengurus Blink Book sendiri beritahu, penulisnya perlu jadi poyo!
(Nota : Apabila post blog ini dibaca pada 27 tahun akan datang, istilah ‘poyo’ itu barangkali sudah pupus. Di zaman ini tahun 2013, istilah ‘poyo’ sedang popular dan membawa maksud ‘macam bagus sangat kau!’ )

Bukanlah! poyo bukan kata kunci dialog mahu autograph itu keluar, sebenarnya lebih kepada keterujaan buku akhirnya TERBIT! dan mengawal rasa segan bila berjumpa dengan pembaca (entah ramai entah ada yang membaca tulisan Aja Fazla nanti).

Kisah jerit payah terbitnya buku pertama, rasanya kita cerita di post lainlah (lebih menangguh dari menulis sebenarnya kisah itu).

Err… serius! Aja Fazla menulis buku apa?

Eh! belum cerita ya? ek?

Projek Cupcake Ain Maisarah

Projek Cupcake Ain Maisarah

Ada Novel Comel juga :
Cupcake Mata Panda

Novel Comel Cupcake Mata Panda

Sudah hampir akhir post blog pengenalan ini (serius terbeku sekejap mahu tulis apa!) . Sebelum mengundurkan diri izinkan kami mempromosi juga Facebook Penulis yang baru kecil-kecil anak berlari.

Berhubunglah kita di Facebook : www.facebook.com/aja.fazla

Buat yang sudah membaca buku Projek Cupcake Ain Maisarah, saya dan Aja ucapkan ribuan terima kasih semoga ia memberi kebaikan buat pembaca.

Buat yang sudah membaca dan membuat resepi yang terkandung di dalam buku tersebut, saya dan Aja ucapkan tahniah! dan kongsikanlah gambar projek itu di FB tag kami! :D!

Buat yang sudah membaca juga, tahu yang kami juga merupakan pengusaha kedai kek One Piece Bakery di www.OnePieceBakery.com (Tunggu apa lagi, tempah segera kek istimewa untuk hari istimewa anda! )
(Pengurus : Ehem! Ehem! Ehem!)

Buat yang sudi beramah mesra dengan saya (Fazla) di Kedai Blink Ain Maisarah Pesta Buku Kuala Lumpur tahun 2013, saya rekodkan kegembiraan dan syukur dapat bertemu pembaca yang disayangi Allah dirindui Nabi.

Buat pembaca semua, izinkan saya dan Aja meneruskan langkah penulisan kami, mohon doa dan sokongan semua agar bertambah pokok-pokok getah di dalam ladang getah kami yang baru dibuka ini (Baca : bertambah buku)

Akhir sekali, saya secara peribadi mahu merakamkan di sini, terima kasih yang tidak sempat saya lafazkan semasa bertemu insan-insan ini di Kedai Blink Ain Maisarah tempoh hari.

  • Tenaga kerja kedai blink: Tuan Ramzan, Tuan Fauzul, Tuan Abid, Tuan Chao, Tuan Ikram, Cikpuan Miza, Cikpuan Qatrun (sebutan ‘Q’ ke dalam sedikit bunyinya). Terima kasih atas sokongan menjual buku-buku Blink dan saya khasnya (sudah dapat kek ok!)
  • Rakan-rakan penulis Blink Book : Salute kepada penulis senior Tuan Azanil Fitri yang kool sahaja, Tuan Aman Wan yang merendah hati walaupun dia sebenarnya popular gila, Cikpuan Izanor, guru tulis kami, orang lama yang memang lama!, Tuan Naim Jalil (spirit tetap ada). Salute hentak kaki juga kepada rakan penulis baru Blink Book Tuan Alam Anuar yang ringan tulang dan ketua dekorasi kedai, Cikpuan Eima Manan yang lucu orangnya, Cikpuan Jumie Jain yang laris novelnya. Terima kasih menyokong penjualan buku kami juga. (Ok sudah dapat kek juga ya!)
  • Tuan pengurus Tuan Syaizul Amal, Ketua penulis Puan Ain Maisarah, Ketua Editor Puan Ann semua kami salute 2 tangan. Mereka tidak cukup tidur menyiapkan urusan menerbitkan buku-buku baru. Juga atas peluang dan pintu penulisan yang diberikan kepada kami.
  • Rakan-rakan penulis dan yang belum menulis. Akhirnya kami berjaya ada buku! Mimpi soalan “Mana buku? Mana buku?” sudah tidak kerap ke udara dalam dimensi mimpi kami. Keh keh keh
  • Penyokong-penyokong jauh dekat, terima kasih, terima kasih, terima kasih
  • [email protected]@[email protected] penulisan dan bisnes kami Puan Ainon Mohd dan Prof Abdullah. Salute spring! Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!

Okeh! saya mahu tisu! Tiba-tiba ada banyak bawang di atas meja ini….

 

– Aja Fazla 12.5.2013 | Ahad

Aja Fazla serasi bersama quote

Aja Fazla adalah 2 individu yang bergabung tenaga dalam satu nama.

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inAja Fazla

3 Comments

  1. Salam =)
    Yeay saya orang pertama yang memberi comment. ^_^
    Oh, adakah Aja dan Fazla pasangan suami isteri? Hehe.
    Insyaallah saya akan membeli buku ini sebagai tanda sokongan kepada akak dan abang Aja Fazla. *Eh, tidak apa kan jika saya menggunakan abang dan akak? =D*
    Saya doakan agar Aja Fazla akan menulis lebih banyak buku pada masa akan datang. =)
    Sekian,
    Peminat yang comel. Hehehe.

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Salam Na’ilah =)

      Terima kasih atas kesudian mencoret komen di sini.
      Yeah! Tahniah! tahniah!

      Boleh sahaja panggil kami abang dan kakak :D.
      Bila sudah baca buku Projek Cupcake Ain Maisarah itu nanti, belek-belek, ada jawapan status di situ 😉

      Sukanya peminat comel komen hehehe 😀

  2. Dja Dja

    Thanks Aja … sudi datang ke sekolah akak. Susah benor nak menyebut nama sekolah ye ?! 😀

Leave a Reply