Skip to content

Surat Kenangan Pesta Buku Antarabangasa PWTC 2013..suweet! Ah ding dong.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalammualaikum.

Menemui Blinkers dan saudara-saudari cikebom cikebom. Di doakan semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan ceria hendaknya . Kalau tidak sihat, cepat-cepat makan ubat ya.  Abang Azanil di sini alhamdulillah. Sudah baca surat pertama Abang Azanil? jika belum baca, sudi-sudikanlah diri untuk membacanya nanti ya. http://blog.blinkblink.my/surat-salam-perkenalan-with-love-ewah-azanil-fitri.html

Tujuan Abang Azanil menulis surat kali ini adalah sekadar untuk berkongsi cerita tentang kenangan sewaktu Pesta Buku Antarabangsa PWTC yang telah pun berlangsung dari 25 April sehingga 4 may 2013. Ini adalah tahun yang ke-3 Abang Azanil terlibat bersama kedai Pink. Ha.. jangan pula ada yang berhajat mahu pergi pula sebab ianya sudah pun berakhir. Sekarang hanya tinggal kenangan sahaja. Kalau nak pergi.. tahun hadapan bolehlah. Insya-allah.

Untuk menjayakan Kedai Blink di pesta buku, warga Blink Book telah bertungkus lumus membuat persiapan. Kak Ain Maisarah misalnya tanpa henti mengedit buku-buku agar dapat diterbitkan di PBAKL. Begitu juga Super Editor Blink Book, Kak Ann yang bertungkus lumus sampai mata pun dah macam beruang panda… tak cukup tidur. Tuan Pengurus pula, dalam tahap kesihatan yang kurang baik turut berusaha agar semua perancangan berjalan lancar. Abang Azanil tabik spring toing..toing! kepada mereka semua. Tidak lupa juga warga kerja Blink Book yang lain. Nanti kecil hati pula. Hehehe..

Proses meletakan glitter pada topeng Dak Gedik
Proses meletakan glitter pada topeng Dak Gedik

Bercerita tentang persiapan PBAKL 2013, Abang Azanil pun ada persiapan juga..takkan mahu goyang kaki pula.

Abang Azanil buat apa?.. Abang Azanil buat projek topeng Dak Gedik untuk promosi novel siri Hero Sri Bangsar.

 

 

 

 

Gi..gi..gwiyomi.. gwiyomi
Gi..gi..gwiyomi.. gwiyomi

 

Siapa Dak Gedik tu? Haa..  dia adalah watak superjahat dalam Siri Hero Sri Bangsar yang akan muncul dalam buku ke-8 HSB yang bertajuk Hero Mahu Saiz M.  Jahat sangat ke Dak Gedik ni? Apa kuasanya? Tunggu…

 

 

 

 

Tukang pasang lampu seorang sahaja. Yang lain nak berposing depan kamera je.
Tukang pasang lampu seorang sahaja. Yang lain nak berposing depan kamera je.

Sebelum berlangsungnya pesta buku, seperti biasa krew Kedai Blink telah bergotong royang menghias kedai secantik mungkin.

Tema untuk tahun ini adalah Blink-blink.  Abang Azanil ditugaskan memasang lampu lip lap lip lap dan kemudian barulah ditutup dengan kain organza biru.

Bila buka sahaja lampu.. wa lau wei! cantik ah ding dong! Bila kerja menghias kedai sudah selesai barulah kerja menyusun buku dilakukan.

 

 

Boleh jadi kontraktor pelamin pengantin macam ni.
Boleh jadi kontraktor pelamin pengantin macam ni.
Habis hias kedai.. baru susun buku. Wah stok Hero vs KL Gengstar dan Lawak Sekolah 2 sampai dulu. Bestnya!
Habis hias kedai.. baru susun buku. Wah stok Hero vs KL Gengstar dan Lawak Sekolah 2 sampai dulu. Bestnya!
Kita posing dulu depan buku baru.. Senyum..klik!
Kita posing dulu depan buku baru.. Senyum..klik!
Orang lain sudah pulang tetapi krew Kedai Blink masih sibuk menghias. Syabbas bette.. syabbas..
Orang lain sudah pulang tetapi krew Kedai Blink masih sibuk menghias. Syabbas bette.. syabbas..

 

Berposing depan buku terbaru. Hohoho..
Berposing depan buku terbaru. Hohoho..

Untuk pesta buku tahun ini, ada 3 buku karya Abang Azanil diterbitkan iaitu Hero vs KL Gengstar, Hero vs Pengemis Gedik dan Nomik Lawak Sekolah : Belajar berpesatuan.

Wah.. seronok bukan main bila dapat tatap ke tiga-tiga buku tersebut. Senyum sampai ke telinga.

Berbaloi-baloi segala usaha.

 

 

 

Sekali beli 6 terus buku Hero Sri Bangsar. Mahu melompat bintang rasanya. Yippi!
Sekali beli 6 terus buku Hero Sri Bangsar. Mahu melompat bintang rasanya. Yippi!

Keesokan harinya.. Pesta Buku Antarabangsa pun bermula.

Pagi-pagi lagi Kedai Blink sudah diserbu pengunjung.

Inilah saat yang dinanti-nantikan iaitu melihat para pengunjung membeli buku siri Hero Sri Bangsar dan Lawak Sekolah.

 

 

 

 

 

Sudah siap bawa dari rumah untuk ditandatangani. Cool!
Sudah siap bawa dari rumah untuk ditandatangani. Cool!

 

Tambah seronok bila ada yang mahu minta tandatangan.

Seronok.. seronok..seronok.. (gaya ipin) :)

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak dapat beli buku, beli poster pun jadi lah..
Tak dapat beli buku, beli poster pun jadi lah..
Baik beli buku ini.. jika tidak. kami akan Fire! Bzz..bzzz..
Baik beli buku ini.. jika tidak. kami akan Fire! Bzz..bzzz..

Kedai Blink tahun ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran 4 orang penulis Blink Book yang baru. Jika sebelum ini hanya Abang Azanil, Kak Izanor, Kak Ain dan abang tembam Aman Wan sahaja yang ada untuk menandatangani buku, kini sudah ada Kak Eima Manan, Kak Jumie Jain (amboi.. kelas nama kau Jah!) Abang Alam dan Abang Fazla. Kedai Blink semakin melatop! kebaboom! Seronok para pengunjung dapat berjumpa dan minta tandatangan dengan setiap penulis.

 

 

 

Jumie Jain. Aku Mahu jadi Novelistarzzz
Jumie Jain. Aku Mahu jadi Novelistarzzz
Eima Manan. Aku Mahu C.K
Eima Manan. Aku Mahu C.K
Alam Anuar. Projek keropok lekor.. eh silap.. Projek Deko-Deko
Alam Anuar. Projek keropok lekor.. eh silap.. Projek Deko-Deko
Aja Fazla. Projek Cupcake.
Aja Fazla. Projek Cupcake.

 

DSC_0245
Bersama penulis, Cik Puan Rahmah Mokhtar.

Sepanjang pesta buku berlangsung Abang Azanil dapat bertemu dengan ramai orang. Ada rakan penulis, rakan pembaca, rakan FB yang selama ini hanya bertegur sapa di FB pun dapat jumpa. Orang kampung, abang rela, macha cleaner.. Hey! itu pun nak masuk list juga ke? ops.. terlebih sudah.. hehehe.. bukan apa, seronok terlampau.

 

 

 

 

Blogger tegar : Dunia Edy.
Blogger tegar : Dunia Edy.

 

Nazry Salam. Penulis Misi 8A, 10A.
Nazry Salam. Penulis Misi 8A, 10A.
Umi Daniel. Penulis novel Tim Best. Dua dari kiri.
Umi Daniel. Penulis novel Tim Best. Dua dari kanan.
Penulis muda : Fatin Hanani Gwiyomi
Penulis muda : Fatin Hanani Gwiyomi
Super editor Blink Book. Kak Ann.
Super editor Blink Book. Kak Ann. Bukan yang pegang kek tu ye. Yang sedang pegang hp tu.

 

Salah seoarang pemenang kuiz di FB.Tahniah.
Salah seoarang pemenang kuiz di FB.Tahniah.

Oh ya.. Pemenang peraduan kuiz di FB pun ada datang untuk menuntut bela hadiah.

Harap-harap mereka gembira dengan hadiah yang tidak seberapa itu ye.

 

 

 

 

 

 

 

 

Super3G.. jangan jelous ye. :)
Super3G.. jangan jelous ye. 🙂

 

Haa! Gadis Bintang pun Abang Azanil dapat jumpa.

Terharu rasanya bila melihat watak ciptaan sendiri bermesra dengan para pembaca dan pengunjung.

Sememangnya ia satu kenangan yang manis.

 

 

 

 

 

 

 

Nampak sangat teruja.
Nampak sangat teruja.

Di PBAKL 2013 juga Abang Azanil telah menerima sijil Bengkel Penulisan Skrip anjuran Finas dan PTS.

Dapat jugalah bertemu dengan novelis ternama, Tuan Ahadiat Akashah.

makin manislah kenangan di pesta buku.

 

 

 

 

Menerima sijil yang membawa gelaran Dato'.. Yoolah..
Menerima sijil yang membawa gelaran Dato’.. Yoolah..
Terima kasih kepad penyokong-penyokong yang mengundi saya.. Perasan pemenang ABPBH.. POYO!
Terima kasih kepad penyokong-penyokong yang mengundi saya.. Perasan pemenang ABPBH.. POYO!

Dan bertambah-tambah lagi manisnya apabila Kedai Blink telah memenangi anugerah Gerai terbaik, tercantik dan tergwiyomi untuk tiga tahun berturut-turut.

Tak sia-sia juga jadi pekerja TNB pasang lampu lip lap lip lap dan  jadi pekerja kontraktor pelamin pengantin. Memang berbaloi-baloi.

 

 

 

 

Alamak banyaknya.. boleh habis ke ni?
Alamak banyaknya.. boleh habis ke ni?

Sewaktu berlansungnya pesta buku, salah seorang penulis Blink iaitu Abang Alam Anuar telah menyambut hari lahirnya yang ke.. alamak tak ingat lah pula. hehehe..

Jadi Kedai Blink pun buatlah cup cake red valvet untuk meraikan birthday boy itu.

Abang Azanil pun pertama kali merasa kesedapan kek yang diberi nama red valvet itu. Memang sedap.

Siapa yang buat? sudah tentulah penulis Projek Cupcake iaitu Abang Aja Fazla. Yummy!

 

 

 

 

 

 

Kebetulan pesta buku tahun ini diadakan pada musim Pilihanraya Umum ke-13.. wah.. 2013 PRU-13.. baru Abang Azanil perasan. Pada hari terakhir pesta buku, Abang  Azanil sempat singgah ke PWTC sebelum berangkat pulang ke Pahang. Dia punya Jem.. tu dia..

Demi negara yang tercinta. Ku tempuhi jua jem ini.
Demi negara yang tercinta. Ku tempuhi jua jem ini.

Rasanya itu sahaja coretan Abang Azanil untuk tatapan Blinkers dan saudara saudari cikebom-cikebom semua. Nanti tulis panjang-panjang takut sampai ponteng sekolah pulak nak habiskan baca surat ni. Jadi cukup setakat ini sahaja. Lain kali kita berutus surat lagi. (Poyo!) Harap kita dapat bertemu lagi di warkah yang akan datang. Sambutlah salam kerinduan di angin lalu.. ewah. Jangan nakal-nakal, jangan tinggal solat, lintas jalan pandang kiri kanan, nak makan cuci tangan, sudah makan sila cuci?.. pinggan. Mengarut sudah.. Okey.. bye. Tata titi tutu..

 

Jumpa lagi tahun hadapan. BYE!
Jumpa lagi tahun hadapan. BYE!

Pecah kaca pecah gelas,

Sudah baca harap balas.

 

Senyum Selalu

Azanil Fitri Blink.

https://www.facebook.com/azanilfitri.blink

https://www.facebook.com/HeroAzanilFitriNovelis

Nota : Surat ini adalah cetakan komputer. Tidak perlu tandatangan.

Penulis Blink Book

Be Sociable, Share!
Published inAzanil Fitri

15 Comments

  1. Wah..bestnye! Tapi kenapa saya tak dapat jumpa pun Gadis bintang..dia datang bila eh?

  2. Nanti ade pesta buku dekat shah alam pesta buku selangor ade tak kedai pink ain maisarah nanti

  3. warkah abg azanil awesome. nampaknya sy akan menjadi pembaca setia gitu *eceh* =)

  4. AmirahSafiee AmirahSafiee

    surat surat abg azanil saya dh baca semuanya ,. bestt (Y)

  5. Nana kecik Nana kecik

    Abang azanil kena hentam ke dengan super 3G hehehe =D

Leave a Reply