Skip to content

Khabar BSB: Nasyid VS Koir.

Assalamualaikum wbt semua warga Blinkers,

Apa khabar semuanya? Agak lama Kak Eima tidak bertanya khabar semuanya ya. Kak Eima harap semuanya sihat sejahtera lebih-lebih lagi di musim cuti sekolah ini. Cuti-cuti sekolah begini sudah tentu ramai yang pergi bersiar-siar bersama-sama keluarga tercinta di lokasi-lokasi yang menarik kan. Tentu seronok kerana dapat berjalan-jalan sambil menenangkan fikiran setelah penat belajar. Apa-apun, jadikan cuti sekolah kali ini sebuah kenangan yang paling manis bersama ahli keluarga semua. Yang jauh kita dekat-dekatkan. Yang renggang kita rapat-rapatkan saf. Lepas itu, apabila sudah habis sesi sakan berjalan, barulah ada idea yang gempak-gempak untuk menulis bagi Projek Penulisan Blinkers yang Kak Izanor anjurkan. Kan?

Kak Eima juga sedang bercuti di kampung bersama keluarga. Seronok sangat rasanya sampai Kak Eima buat-buat lupa ada tugasan besar yang menanti.

Apa perkembangan Kak Eima sekarang ini selain mengembangkan badan, pipi dan melapiskan dagu ya? Sebenarnya Kak Eima diberi tanggungjawab untuk menyambung kolaborasi bersama Kak Ain yang bijaksana itu untuk menulis siri Buletin Sri Bangsar atau singkatannya BSB. Kak Eima sangat teruja apabila menerima tawaran untuk menulis siri itu sehinggakan kering idea dan kering gusi. Muahaha haha..Apa pun, doakan kak Eima dapat menulis laju-laju dan kuat-kuat bagi siri ini ya.

Sekarang ini Kak Eima sedang sedaya upaya untuk menyerap aura si Betty selaku ketua BSB dalam diri dan dalam masa yang sama cuba mendapatkan kuasa membaca minda si Betty. Ini kerana walaupun Betty adalah seorang yang sangat skema, dia merupakan pelajar yang agak berfikiran matang, cerdik dan berhati-hati setiap kali membuat keputusan. Maka tidak hairanlah, Kak Eima sendiri sangat sukakan watak Bettylina ini.

Novel pertama Siri BSB.

Bagi yang belum mengetahui siri BSB ini, BSB sudah ada tiga siri. Pertama BSB Kini Berwajah Baru, BSB Perang Rumah Sukan dan BSB Juara Rumah Sukan. Akan datang, sekarang ini Kak Eima sedang mahu menulis untuk siri yang keempat iaitu, BSB Nasyid VS Koir. Jadi, tungggggguuuuuuuu…sama-samalah kita bernasyid dan berkoir ya. Kak Eima berhajat mahu kalahkan segala opera dan persembahan soprano yang ada nanti. Silap haribulan rock kapak, rock parang, rock sabit, rock cangkul, rock batu, The Rock, rocket dan rock n roll habis menangis leleh-leleh tiga baldi.

Tidak ketinggalan juga sebelum terlupa bagi Blinkers atau non-Blinkers yang sudah membaca AMCK, Kak Eima ucapkan terima kasih banyak-banyak. Begitu juga yang telah memberi komen-komen positif melalui grup kita itu, kak Eima sangat hargainya. Terima kasih banyak-banyak sekali lagi. Amboi, perasan macam menang anugerah Berita Harian bagi undian Pelakon Tambahan Popular pula.

Terlanjur menulis di sini, Kak Eima ada sediakan satu cerpen. http://eimamanan.blogspot.com/2013/05/cikgu-cikguku-gangster.html

Selamat membaca dan selamat bergembira di cuti sekolah. Berhati-hati jangan sampai ada yang cedera pula ya. Lakukan aktiviti yang berfaedah. Yang penting, jangan cari fasal, nanti sesal.

Lepas baca jangan lupa undi bintang dan komen sekali. Bintang-bintang itu semua akan didermakan kepada Gadis Bintang. Sekian terima kasih. Wassalam. Berjumpa lagi di lain entri.

Music can change the world because it can change people. -Bono-

Be Sociable, Share!
Published inEima Manan

6 Comments

  1. SElepas ini BSB akan muncul watak baru iaitu BettyEima.. adik kepada BettyLina.. 🙂

  2. eima manan eima manan

    Amboih sukanya dia, kena buat mak betty mengandung lagi nampak gayanya. Lepas tu, baru huru-hara betty dengan kerja-kerjanya. Wah, agak bagus sekali idea tu 😛

  3. Nur Farzana (Ana Farzana-fb) Nur Farzana (Ana Farzana-fb)

    hihi..pandai kak eima dgn abg fitri

    • Eima Manan Eima Manan

      No komen.

  4. Iqmar Iqmar

    Hahahahahaha!

    • Eima Manan Eima Manan

      Hahahahahahaa! 😀

Leave a Reply