Skip to content

Pertandingan Menulis Cerpen: Aku Mahu…

 

poster cerpen aku mahu AMEND

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN: AKU MAHU…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

APA YANG HARUS DILAKUKAN?

Bagi menyertai pertandingan ini, anda hanya perlu menulis sebuah cerpen berkaitan dengan tajuk utama. Tuliskan apa sahaja kemahuan, keinginan atau impian yang sering berlegar dalam kotak fikiran. Para peserta tidak boleh mengikut mana-mana tajuk novel siri Aku Mahu yang sudah terbit. Cerpen hendaklah mencecah 400 patah perkataan, namun tidak melebihi 1000 patah perkataan. Tajuk cerpen mengikut kreativiti sendiri dan dimulakan dengan perkataan ‘Aku Mahu…’

Contoh: Aku Mahu Jadi Novelistar

Contoh 2: Aku Mahu ke Bulan

Contoh 3: Aku Mahu Laptop Kaca

PEMILIHAN PEMENANG.

Pemenang akan dipilih hasil perbincangan dan penilaian para penulis BLINK.

HADIAH PERTANDINGAN.

Pemenang tempat pertama akan memenangi sejumlah RM50 + 5 buah buku PTS. Cerpen ini berkemungkinan diterbitkan dalam majalah BLINK pada masa akan datang.

Tiga pemenang hadiah saguhati: 3 buah buku PTS setiap seorang.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN.

  • Pertandingan ini boleh disertai oleh semua orang tidak mengira umur, bangsa atau kewarganegaraan.
  • Jawapan ditulis menggunakan  Bahasa Melayu penuh. Singkatan ejaan dan penggunaan bahasa SMS / slanga akan ditolak serta-merta.
  • Tuliskan keseluruhan jumlah perkataan di hujung penamat cerpen.
  • Para peserta juga perlu jadi ahli kumpulan PROJEK PENULISAN BLINKERS di link ini: https://www.facebook.com/groups/projekpenulisanblinkers/

RINGKASAN MAKLUMAT PERTANDINGAN.

Tarikh tutup : 9 Jun 2013

Tarikh umum pemenang : 14 Jun 2013

Hantarkan penyertaan ini menggunakan emel peribadi anda kepada [email protected]

Sertakan juga maklumat peribadi berikut :

  • Nama Penuh :
  • Alamat Penuh :
  • Umur :
  • No Telefon :
  • Tajuk Cerpen:

Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruang komen atau dalam kumpulan PROJEK PENULISAN BLINKERS.

Selamat menuliskan kemahuan dan bertanding!

Be Sociable, Share!
Published inIzanor Sharif

22 Comments

  1. Intan Aneesha Intan Aneesha

    Kak Izanor,dah ada ker orang buat aku mahu Glamor??

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Intan Aneesha hantar saja apa-apa tajuk pun, asalkan bukan dari siri Aku Mahu yang sudah terbit.

  2. Aiman Aiman

    Fightting!!!

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      ^_^

  3. boleh tak kalau nak hantar lebih dari satu karya?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      BOLEH. 🙂

  4. akak .. emm .. nanti bila dah nak hantr penyertaan sekali sertakan dengan cerpen tu kan ??

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Ya. Letakkan biodata dan cerpen sekali.

  5. Intan Aneesha Intan Aneesha

    Kak Izanor,, apa hadiah bagi tempat yang kedua??

  6. maryam mustafa maryam mustafa

    Kak Izanor,cerpen ini perlu ditulis di dalam microsoft word atau pada kertas kosong?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Maryam: Taip dalam Microsoft Word dan emelkan seperti yang tertera dalam syarat pertandingan.

  7. Nurul Husna Mohamed Taib Nurul Husna Mohamed Taib

    Kak, kalau bilangan perkataannya terlebih bagaimana?? Adakah akan ditolak?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      YA. Lebih 1000 penyertaan akan ditolak. Nurul Husna ikut saja semua syarat yang tertera okey.

  8. Fans Fans

    kak izanor, singkatan perkataan 2, mksudnya tidak menjadi tak ya?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Ya, betul 🙂

  9. arin arin

    klau dialog, guna perkataan ,contoh “manisnyer” boleh tak?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Maaf lambat jawab Arin. Perkataan itu boleh digunakan tapi dengan ejaan yang betul = manisnya. Selepas ini akan ada pertandingan cerpen yang lain, Kak Izanor harap Arin boleh menyertainya. Masuk dalam group FB: Projek Penulisan Blinkers okey 🙂

  10. kalau menggunakan bahasa inggeris tapi di taip Italic macam mana pulak?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Kaisah, maaf lambat jawab. Pertandingan Aku Mahu ini sudah tamat. Di masa akan datang Kaisah boleh usaha menyertai pertandingan yang lain. Masuk saja dalam group FB: Projek Penulisan Blinkers bagi mengetahui perkembangan terkini. Tentang persoalan itu, masih boleh menggunakan perkataan Inggeris dengan syarat berkaitan dan benar-benar penting untuk cerpen itu.

  11. azmina hazirah azmina hazirah

    Kak izanor boleh tak saya tulis tajuk Aku Mahu Puasa Penuh?

  12. anis nabilah anis nabilah

    Saya nak tanya mcm mana nak hantar novel dekat internet

  13. Akak nak tanya bila ada lagi pertandingan cerpen ni . Saya dah buat satu cerpen bertajuk Aku MAHU Jadi Ahli Silat

Leave a Reply