Skip to content

Komik Si Budak Kecil

Sejak Abang Aman aktif menjelajah ke sekolah-sekolah dan memberi bangkel tentang lukisan dan komik, Abang Aman jumpa ramai kartunis-kartunis cilik yang sangat-sangat berbakat!

Dah tentunya, mereka ini semua mengingatkan Abang Aman masa zaman Abang Aman budak kecil dahulu. Abang Aman memang aktif melukis komik. Abang Aman beli beberapa buku latihan baru yang khas untuk lukis komik! Tak silap, ada banyak juga la. Abang Aman lukis-lukis, dan beri kawan-kawan baca. Bila akhir tahun, Abang Aman buat kuiz tentang komik-komik Abang Aman. Siapa jawab betul, Abang Aman hadiahkan permainan atau komik lama Abang Aman. Hehehe!

Masa tu, apa yang paling seronok ialah melihat kawan-kawan happy baca karya kita. Bagi Abang Aman, karya komik ketika zaman kanak-kanak adalah karya yang jujur dan penuh passion!

Sebab itu juga, Abang Aman nasihatkan setiap pelajar yang menyertai bengkel komik Abang Aman di sekolah, supaya simpan komik-komik yang pernah mereka hasilkan sekarang. Kerana komik itulah yang akan sentiasa mengingatkan diri kita untuk sentiasa melukis dan menulis dengan seronok dan jujur.

Ini ialah antara 1 karya lama yang Abang Aman masih simpan hingga sekarang. Tajuknya ‘Anchor Woman’ iaitu pembaca berita wanita. Tapi ini ialah karya adaptasi dari drama jepun yang Abang Aman sangat minat waktu itu.

07

08

Apapun, ini juga karya yang Abang Aman rasa paling berharga. Setiap kali Abang Aman rasa hilang semangat ketika melukis komik Lawak Sekolah, Abang Aman akan baca komik ini dan bayangkan perasaan ketika seronok melukis komik dahulu. Dan automatik, semangat itu akan datang!

Jadi, kepada adik-adik semua, pernah tak adik-adik hasilkan komik dalam buku latihan sebelum ini? Kalau ada, cerita apa yang adik-adik lukis? Dulu, selain dari cerita tentang pembaca berita ini, Abang Aman pernah lukis cerita tentang seorang wanita yang tiada kawan, tetapi setiap barang yang dia sentuh akan hidup dan berkawan dengan dia… Lagi, cerita tentang 7 binatang hodoh yang punyai kuasa pelangi yang ditugaskan menentang penjahat yang nak musnahkan bumi! Hoho, cerita adik-adik pula bagaimana?

Sebelum Abang tamatkan entry ini, Abang Aman harap, adik-adik yang sangat berminat untuk melukis dan terbitkan komik, jangan berhenti melukis. Tapi pada masa yang sama, jangan abaikan pelajaran juga. Seimbangkan keduanya ok? Abang Aman ada ramai kawan yang dahulunya melukis bersama Abang Aman, tetapi mereka telah berhenti. Kalau Abang Aman juga berhenti dulu, pastinya Lawak Sekolah tak pernah tercipta. Pastinya tiada Robita. Pastinya tiada Bard Badzli. Pastinya tiada Nera Elena…

Jadi, terus melukis dengan seronok ya!

Salam tembam.. AmanWan!

https://www.facebook.com/amanwan.official

^____^v

Pelukis nomik Lawak Sekolah yang tembam!

Be Sociable, Share!
Published inAman Wan

18 Comments

  1. Abang Aman Wan lukis sendiri ke kartun tu ?Ada bakat jadi pelukis ni =$

    • Hehe, yup! Ini lukisan semasa tingkatan 1. Alhamdulilah, sekarang sudah jadi pelukis Lawak Sekolah! Yeay!

  2. Nak pinjam komik Hikayat Aman Wan tu. Aaaa. Nampak menarik. Heee.

    • Hoho, nanti bila ada perjumpaan, Aman akan bawa. 😀

  3. syaza syaza

    nak fotostat bole?esok bagi balik.. >_<

    • Hoho, buku ini sudah lusuh. Tetapi mungkin akan datang Aman akan fotostatkan dan jadikan sebagai hadiah. Hmm.. menarik juga idea ni. :p

      • syaza syaza

        hadiah?okeh..jimat duit saya..hoho *kenapa puji diri sendiri? :p

  4. Delaila Delyana Delaila Delyana

    Saya minat melukis tapi bila tengok majalah lain, saya putus asa. Tiada keyakinan diri waktu itu. Saya rasa saya tidak hebat.

  5. Muhd Fitri Muhd Fitri

    saya ada buat komik dekat buku latihan sekolah saya. Tajuknya lawak gempak ! saya sudah membuat 4 komik lawak gempak.

  6. Adam Iskandar Adam Iskandar

    Memang terbaeeekkkkkkk…Abang aman ni!!!

  7. Abang Aman memang terbaekkk!!Buat komik abang aman yang pertama bila??

  8. Syarifah Wafa Syarifah Wafa

    saya pun suka lukis komik jgk.masih simpan sampai skrg..tapi cerita komik saya biasa2 je..
    megisahkan sorang budak yg sama peranagi mcm saya 😛

Leave a Reply