Skip to content

Cuti-cuti sekolah edisi terakhir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Blog Blink. Kak Ju doakan semuanya dalam keadaan sihat sentiasa.

Cuti sekolah hanya tinggal sedikit sahaja lagi. Apa yang adik-adik lakukan ya kalau cuti sekolah? Kalau Kak Ju lah ada cuti yang panjang macam adik-adik, alangkah seronoknya.. Sebab kalau cuti sekolah, masa kita adalah fleksibel, dan kita ada banyak sangat masa untuk lakukan apa-apa sahaja pekerjaan.. (asalkan tidak menyalahi undang-undang dan pastinya bermanfaat ya 🙂 Boleh membaca, menulis, melukis, mengira, menanam, berkebun, bertani (erk, bukankah berkebun dan bertani tu sama? ), dan macam-macam lagi… kalau biarkan Kak Ju tulis, jawabnya blog ni akan panjang berjela-jela dan akan ada bahagian, sama macam si Alif tu ^_^.

Bercerita pasal berkebun dan bertani ni, Kak Ju ada satu teka teki teka tekuk. Gambar di bawah ni diambil dari halaman rumah Kak Ju. Bolehkah adik-adik teka tumbuh-tumbuhan apa yang berebut-rebut nak tumbuh dalam gambar ini? Siapa terror dapat jawab, tulis dekat komen di bawah ni ya.

966790_476080529139248_457781071_o

 

Bercerita mengenai cuti sekolah, sebenarnya Kak Ju ada banyak cerita yang berlaku ketika cuti sekolah. Zaman Kak Ju membesar dahulu, dunia gajet masih lagi tidak berleluasa seperti sekarang. (Dan Kak Ju memang takut mahu guna komputer ketika pertama kali kelas komputer… hihihihi… Kak Ju rasa giant apakah ni. tak suka, tak sukanya…..Dan ada satu insiden lucu mengenai Kak Ju dan komputer ketika itu 🙂

Kalau hari sekolah, rutin kita sama sahaja. Bangun pagi, bersiap-siap nak ke sekolah. Kak Ju selalu kena marah dengan adik Kak Ju sebab Kak Ju suka slow dan rilex je pagi-pagi. Hahaha, adik Kak Ju dah bising-bising ni, minta Kak Ju cepat, tapi Kak Ju masih macam tu. Akhirnya adik Kak Ju selalu tinggalkan Kak Ju, sebab Kak Ju minta dia pergi dahulu ke sekolah..Nak tahu Kak Ju rilex sebab apa? Sebab…….

 

…..

…..

Sebab sekolah Kak Ju tu dekat sahaja dengan rumah. hihihi… Kalau sekolah menengah, lintas jalan besar sikit, dah masuk pintu pagar sekolah. Kalau sekolah rendah pula, Kak Ju jalan kaki atau naik basikal je. Seronok kan jadi pelajar sekolah?

Aiiik? Kenapa pula tiba-tiba masuk cerita pasal sekolah ni? Emmmm, sebenarnya Kak Ju nak cerita yang kalau tiba masa cuti sekolah, adalah masa yang paling seronok. Sebab ada macam-macam aktiviti Kak Ju boleh buat . Dan yang paling best sekali adalah aktiviti balik kampung!… Kampung Kak Ju sangat jauh (nisbahnya berbanding rakan-rakan yang lain), jadi inilah saatnya aktiviti cuti sekolah Kak Ju akan jadi lebih bermakna berbanding hari lain, dan rakan-rakan yang lain…

Jadi apa kaitan cuti dan semua ni? Kenapalah Kak Ju bercerita pasal kebun, pasal pokok dan tiba-tiba pasal balik kampung di cuti sekolah pula ni?

Sebenarnya (berapa banyak sebenarnya daaa)… cuti sekolah ni adalah peluang mengasah, menghiris dan menajamkan (semuanya berkaitan dengan pisau kan?) apa sebenarnya yang adik-adik suka lakukan. Nanti apabila dewasa, adik-adik akan ingat yang “Eh, saya pernah buatlah benda ni dahulu.” atau “Oh, inilah aktiviti masa lapang saya, tanpa sedar saya dah bekerja dalam bidang ini?”… Itu antara beberapa dialog la.. jangan keluar dialog, “Oh, my Arabic!” sudah…:)

Okeylah, sebelum blog ni panjang berjela-jela tak cukup kain ela, adik-adik bolehlah hantarkan bakat penulisan adik-adik kepada Blink. Sepertimana yang Kak Izanor umumkan, ada dua pertandingan anjuran Blink.

1) Aku Mahu…..

2) Superhero….

Cepat-cepat, siapa yang belum hantar, boleh hantar sebelum tarikh tutup pertandingan.

Selain itu, Kak Ju juga ada buatkan satu mini-pertandingan buat adik-adik. Yang mana terasa mahu jadi novelistar tu, boleh hantarkan cerpen adik-adik tidak lebih dari 1000 patah perkataan bertajuk (Oh, My ……..) (p/s: ….. tu adik-adik isi sendiri).

Hadiah mini pertandingan ini adalah novel comel ‘Oh,My Arabic’ dan nama pemenangnya akan Kak Ju umumkan di wall FB Kak Ju. Tarikh akhir adalah Ahad ini, 9 June 2013. Manalah tahu, ada antara adik-adik yang bakal jadi novelistar seperti Trio A-B-C.

970108_474766849270616_840352213_n

Hantarkan kisah menarik adik-adik di [email protected]

Kak Ju tarik brek setakat ini dahulu ya.

Boleh add friend Kak Ju di FB. www.facebook.com/jumiejain.blink

Be Sociable, Share!
Published inJumie Jain

3 Comments

  1. Bestnya aktiviti cuti sekolah.. ^_^

  2. Najwa Amir Najwa Amir

    Poko cili kot. Wah say nak join lah!

  3. Ya, cuti sekolah memang seronok. Kak Ju ni kalau boleh, hari-hari pun mau cuti.. hihihi (dikejar majikan nanti).. Najwa: Dalam gambar tu ada 4 jenis pokok tumbuh-tumbuhan. Semuanya dah selamat Kak Ju merasa kecuali Sayur Kangkung.

Leave a Reply