Skip to content

Man of Steel dan Seorang Tua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga Blinkers. Apa khabar? Sudah lama Kak Ju tidak bercerita di ruangan Blog Blink ni kan?

Sebenarnya banyak yang sudah terjadi selama dua minggu ini. Cuma kerana kesuntukan masa, Kak Ju tidak sempat menulisย  dan berkongsi cerita ceriti kehidupan yang dilalui bersama adik-adik. Kak Ju rasa adik-adik pun sudah mula sibuk kerana sekolah sudah pun dibuka semula kan?

Okey, pejam celik pejam celik sudah genap seminggu Kak Ju melalui kisah pahit dan manis ini dalam satu hari. Kisah ini terjadi pada hari khamis minggu lepas, tapi baru hari ini Kak Ju boleh menulis dan post di blog. Sebenarnya Kak Ju mahu tulis terus kisah-kisah ini pada hari kejadian, namun handphone Kak Ju pula kehabisan bateri dan makin menunjukkan ciri-ciri kenazakannya.ย Kalau tak, dah berkobar-kobar Kak Ju menaipnya ketika sedang duduk dalam LRT sebelum tiba ke destinasi. Orang kata, kalau tulis masa kejadian masih baru berlaku, kisahnya masih lagi segar bugar.

Tapi walaupun lambat, Kak Ju kotakan juga janji pada adik-adik yang inbox dan tanya apa kisah sedih itu.

“Nak mulakan yang mana satu dulu ni ya?” Kak Ju tak tahu nak mulakan yang mana satu, kisah pahit sampai Kak Ju rasa sedih sangat atau kisah cool yang buatkan Kak Ju rasa berbunga-bunga dalam hati. Ianya berlaku dalam jarak masa yang sama.

Adik-adik nak tahu yang mana satu dulu ya?

Emmm, Kak Ju rasakan, baiklah Kak Ju kongsikan dengan kisah gembira dulu ya. Kalau tak nanti, air mata dah penuh dan mata pun dah kelabu asap, terus spoil dan tak ada mood nak baca kisah cool kat bawah-bawah ni kan? ^__^

Teng teng teng…

MOS

Setelah sekian lama tak ke panggung wayang untuk melihat cerita-cerita yang menarik hati, hari ini Kak Ju dapat tiket free menonton filem Man of Steel . Kali terakhir Kak Ju lihat cerita ala-ala sama ini adalah X-Men, kisah Wolverine tu. Yang gebash gedebush lawan penjahat segala, nanti akhir cerita hero pun menang. Dah lama sangat kan. Eh, itu tiket yang Kak Ju kena bayarlah. Ada satu lagi cerita tu, yang ni best sebab dapat tonton dengan seisi keluarga, pun Kak Ju dapat tiket free, cerita Geng:Pengembaraan Bermula. Adik-adik ingat tak cerita apa ni? “Betul betul betul…” Cerita apa lagi kalau bukan filem kegemaran ramai, Upin dan Ipin.

Okey, okey, kembali kepada cerita Man of Steel ni. Oleh kerana Kak Ju suka la cerita-cerita yang memang tak logik ni, dan dapat pula tiket free, Kak Ju pun apa lagi, ambillah peluang mewakili majikan Kak Ju ke sini.

MOS_2

Abaikan muka Kak Ju yang berminyak tu ya…

Sama juga seperti cerita Wolverine si Kuku tajam, Man Of Steel ini pun penuh dengan aksi-aksi melayang, debush debush , si penjahat lawan si penyelamat dunia dan sebagainya sampailah ke akhir garisan , eh ke akhir filem, memang berlawan sajalah cerita ni. Dah namanya pun superman kan, agaknya kalau Superhero 3G berlakon pun, samalah macam tu. Melayang dan terbang, gedebuk-gedebuk lawan penjahat aje kerjanya.

MaryB

Bersama Mary Mesaglio, Gartner Analyst, penganjur majlis (jauhnya Si Mary ni datang, dari Barcelona, fuh!Eh, tengok tu, dah sama warna la tudung dan rambut blonde ๐Ÿ˜€ )

Secara keseluruhannya, cerita ni memang menepati selera Kak Ju. Baru sahaja Kak Ju nak puji, cerita ni sesuai untuk tontonan semua, sebab tidak ada scene yang tidak sepatutnya, bila akhir cerita ada pula babak yang sepatutnya kena CUT. ๐Ÿ™‚

Dalam angan-angan tak sudah Kak Ju ni, terbayang-bayang kalau satu hari nanti pihak Blink Production akan keluarkan filem sebegini. Seronoknya… ada tak adik-adik yang suka cerita-cerita macam ni juga?

Alamak, dah panjang sangat tulisan ni. Macam mana Kak Ju nak tulis kisah pahit pula ni ya? Okey, Kak Ju tulis sikit sahaja, sebab dah janji kat atas ni kan? Kisah panjang-panjang nantilah dahulu. Kisah sedih ni Kak Ju lalui sebelum hati Kak Ju gembira kesan menonton filem MOS tadi.

PakCikTua

Dalam perjalanan ke Premier Man Of Steel itu, Kak Ju dipertemukan dengan seorang Pak Cik Tua yang sudah bongkok tiga, dan buta pula. Barang-barang yang dipegangnya sangat berat dan banyak.

Pak Cik Zainal ini mahu ke hentian bas di Mid-Valley, dan malangnya Kak Ju ini tidak biasa dengan kawasan itu. Jadi Kak Ju perlu tanya ramai orang untuk sampai ke tempat tujuan Pak Cik ini. Nothing impossible kan? Hihih sampai juga Kak Ju, lepas dah tanya orang tu orang ni, (dengan bantuan Pak Cik Zainal juga bagi klu secara kasar)

“Pak Cik dari mana?”

“Dari pusat orang cacat. Pak cik jual ni banyak tempat,” kata Pak Cik Zainal merujuk kepada barang-barangnya yang sangat berat . (Kak Ju cuba pegang , arghhhh beratnya! Kalau Kak Ju jadi Lady Of Steel, mungkin Kak Ju dah boleh bantu ringankan beban Pak Cik Zainal, tapi sebab Kak Ju tak ada 1/10 pun dari kekuatan Alfi, tak dapat nak tolong angkat juga.)

Bla bla bla…

Dalam fikiran Kak Ju, teringin nak tulis kisah kehidupan Pak Cik Zainal. Kak Ju rasa seperti Alif, Trio A-B-C pula, yang menyiasat sendiri kisah-kisah benar untuk ditulis. Minggu ini Kak Ju akan jejak semula laluan Pak Cik Zainal ini. Kak Ju nak buat undian, adik-adik nak baca tak kalau Kak Ju tulis kisah berdasarkan kisah hidup Pak Cik Zainal? Tulis undian adik-adik di ruangan komen ya?

p/s: Bagi sesiapa yang belum add friend Kak Ju, boleh add di www.facebook.com/jumiejain.blink

 

Be Sociable, Share!
Published inJumie Jain

7 Comments

  1. Alyssa Sophia Alyssa Sophia

    Setuju!

  2. athirah athirah

    Nak tahu kisah Pak Cik Zainal.. he he ๐Ÿ™‚

  3. JumieJain JumieJain

    Kak Ju dah jejak semalam, tapi tak jumpa lagi. Kak Ju akan teruskan misi ni. InsyaAllah.

  4. ShazzlynLuna ShazzlynLuna

    Wah! Kak Ju dah tengok ceritanya? Lina dah tengok,3D lagi.kehkehkeh.

  5. Lina lagi advance kerana sudah menonton versi 3D ๐Ÿ™‚

Leave a Reply