Skip to content

Kawanan Dari Geng Aku Mahu CK!

Assalamualaikum

Fuh rindu nak menulis di belog Blink Blink. Pada setiap hari Ahad, memang giliran Kak Eima untuk menulis di belog Blink Blink ini. Kadang-kadang buntu jugalah tak tahu nak menulis apa di sini. Ahad yang lepas Kak Eima tak menulis di sini sebab sibuk dengan bengkel penulisan Blink. Lagi pun, Kak Eima tiada simpan karangan untuk diautomatikkan pos sebab kebiasaannya Kak Eima suka menulis di saat-saat yang akhir. Kononnya lebih thrill. Tulis siap-siap, lepas tu simpan, tak thrill. (alasan, padahal takde idea)

Kalau boleh Kak Eima ingin sekali beramah mesra dengan para Blinker setiap hari tetapi apakan daya, Kak Eima tak terdaya. Bukan makna Kak Eima sombong atau apa (perasan diva le pulak) cuma tak cukup masa. Masa yang ada cukup-cukup untuk menelaah buku bagi mempertingkatkan mutu penulisan selepas ini. Bunyi macam taraf nak ambil master dengan phd dah. Sabo je la ya. Hihi. Itulah kalau Blinkers ada instagram, jangan malu-malu tambah rakan Kak Eima. Kak Eima suka lepak di situ.

Okay, Kali ni Kak Eima nak bercerita tentang topik kawan sejati dan Kak Eima ambil contoh dalam buku Aku Mahu CK.

20130623_134919

Kita mulakan dengan kisah Ahmad Badwi yang pernah disisih oleh sahabatnya sendiri iaitu, Aman, Razak, Husin Onn, Mahazir dan Najip. Lima sahabat karib itu langsung tidak menyokong Ahmad Badwi setelah dimalukan oleh The Wanababes. Itu yang Kak Eima berangin sangat. Sanggup mereka tinggalkan Ahmad Badwi begitu sahaja. Langsung tiada sokongan moral. Memang tak bagus sekiranya kita ada kawan-kawan yang begini. Menjatuhkan motivasi kita sahaja. Tapi nasib baik Ahmad Badwi berani mengubah nasibnya sendiri dan selepas itu, barulah lima sahabat tadi terhegeh-hegeh mahu berkawan semula dengan Ahmad Badwi yang kacak dan kuat. Jangan tak tahu, Ahmad Badwi sebenarnya sangat kacak selepas mukanya tiada jerawat. Pagi tadi Kak Eima sempat melihat Ahmad Badwi tengah berkawad di tengah padang. Memang kool habis. Abang Botak pun ada tadi, siap kenyit mata pada Kak Eima. Hihi. Sikit masa lagi, Ahmad Badwi setanding dengan pengacara Jetlag di TV9 Iedil Putra. Selepas ini Fahrin dengan Tengku Affin boleh selamat jalan!

Okay, siapa ingat dengan Sharifah Aliyah yang takut bersosial itu? Kalau kita ada kawan seperti Sharifah Aliyah yang payah hendak berbual, jangan cepat sisihkan dari organisasi kawan kita okay. Cubalah berbaik dan bersangka yang elok-elok. Jangan mengumpat pula sok sek sok sek “ Sharifah Aliyah sombong!” “Sharifah Aliyah perasan!” “Sharifah Aliyah mulut busuk!” “Sharifah Aliyah patut kena buang sekolah dan daftar ke sekolah orang upaya kategori bisu”. Di sinilah peranan seorang kawan apabila melihat kawan dalam kesusahan. Cuba dekat, berborak dengan patah perkataan yang lembut bak sutera secara istiqomah. Biar dia tenang dan selesa dengan kita. Bukan senang orang mahu meluahkan masalah pada sembarangan orang. Jadi kita sebagai kawan, wajib menjadi kawan yang boleh dipercayai dan tidak sesekali menyebarkan apa yang telah kawan kita beritahu kepada orang lain. Nanti jadi rosak hubungan persahabatan.

Umie Aidah pula memang tidakk kisah langsung fasal kawan, janji pangkat dia naik. Umie Aidah seorang kawan yang paling bahaya. Beraninya tidak mengira tempat. Sekiranya dia hidup di zaman Jepun menyerang Malaya, kemungkinan besar gadis ini ialah tali barut. Kalau dia hidup di zaman pemerintahan Hitler, mungkin juga jadi isteri Hitler. Itu belum kira jika dia berada satu kapal dengan Napoleon, besar kemungkinan Umie Aidah jadi gundik Napoleon yang paling kejam! Kalau suatu hari dia memegang tampuk pemerintahan negara, tidak mustahil kita akan mendapat pemerintahan kuku Wolverine. Mungkin Malaysia boleh musnah. Kalau berkawan dengan Umie Aidah, asyik kena kerah jadi askar dia sahaja 24 jam. Silap haribulan dia kerah jadi bibik, pemandu peribadi dan tukang kebun sekali. Awas ya kalau berjumpa kawan ala-ala diktator begini. Boleh jadi psiko kita nanti. Suka mengarah itu ini pada kawan sendiri macam orang gaji datin, memang tidak elok ya. Kawan kita pun ada hati dan perasaan.

The Wanababes pula, Kak Eima memang tabik. Walaupun mereka sangat nakal dan suka membuli orang lain, tetapi persahabatan mereka kekal dan sangat seimbang. Cuma Lindalah, tidak tahu apa hendak jadi dengan dia seorang kalau The Wanababes tahu kisah sebenar belakang tabir dia. Adakah The Wanababes akan menerima Linda seperti biasa atau campak terus ke Sungai Klang? Kita rungkaikan misteri itu kemudian nanti.

Kesimpulannya, pandai-pandailah memilih kawan. Jangan sampai kawan kita memerintah seperti Umie Aidah yang kejam itu. Geram betul Kak Eima dengan Umie Aidah ini. Terbayang lagi Umie Aidah yang goyang kaki sambil tengok jari kuku semasa kena kritik dalam mesyuarat pengawas baru-baru ini. Memang nak kena cabut gigi depan dia bagi rongak. Barulah malu apabila hendak bagi arahan kepada semua orang kan? Kan? Kan?

Jadi, apa manfaat yang Blinkers dapat dari baca coretan Kak Eima kali ini?

  1. berkawanlah dengan baik.
  2. elakkan mencanang cerita keburukan kawan di merata pelusuk dunia. nanti Allah buka aib kita. Malu tak? Mestilah malu. What u give, u get back.
  3. jangan jadikan kawan sebagai orang suruhan. Fasha pun tak gila kuasa sangat tau.
  4. cakap elok-elok dengan kawan apabila dia ada masalah. Sama-samalah selesaikan masalah kawan.
  5. sentiasa doakan yang baik-baik untuk kawan kita. Dalam doa, sebut nama kawan kita. Untuk pengetahuan, apabila kita berdoa yang baik-baik untuk kawan, ibu bapa dan saudara seislam kita, begitu jugalah Malaikat akan mendoakan kita. Besar ganjaran yang kita dapat kan?
  6. jangan perlekehkan dan memandang rendah pada kelemahan kawan. Boleh jadi kelemahannya adalah kekuatan dia yang sebenarnya. Bagi sokongan moral dan sama-sama memotivasikan diri.
  7. tidak terlalu meninggi diri. Sederhanalah apabila bercakap dengan kawan.
  8. bergurau berpada-pada. Kalau buat salah, minta maaf. Jangan ego.

Ada lagi yang mahu ditambah? Sila tambah sendiri di ruang petak komen. Kalau taknak, fineeee.

Okay, ini sahajalah hasil nukilan hari ini. Nanti kita berjumpa lagi. Kalau Blinkers ada cadangan untuk Kak Eima tulis pada hari Ahad depan, boleh beritahu awal-awal. Setiap cadangan/topik (yang bersesuaian untuk zaman remaja) itu akan ada hadiahnya. Hadiahnya ialah sebuah Novel Comel bertajuk Surat Misteri Untuk The Wanababes ATAU  novel Aku Mahu CK.

Oh ya, jangan lupa tambah rakan di Facebook Kak Eima iaitu ;

https://www.facebook.com/whatevereima

dan

Instagram : eimamanan

Sebelum itu, mulai hari ini Kak Eima akan perkenalkan kawan kita dalam dunia belog. Setiap hari Ahad, setiap seorang. Dia baru sahaja mula tulis di belog dan Kak Eima ucapkan terima kasih kerana sudi add blog eimamanan. Semoga adik Diyana terus menulis ya. Namanya Diyana Zulkifli. http://greenyawesome.blogspot.com/

A friend is someone who gives you total freedom to be yourself. – Jim Morrison

Be Sociable, Share!
Published inEima Manan

8 Comments

  1. Nur Azwa Nur Azwa

    Bagus betul posting ini!Memberi segala informasi berguna~Tahniah Kak Eima!

    • Eima Manan Eima Manan

      Terima kaseeeeeyyy!

  2. Fify Fyqa (Eqaa) Fify Fyqa (Eqaa)

    Wah banyak tips yang sangat berguna .. Syabas Kak Eima ! 😀

    • Eima Manan Eima Manan

      Syabas juga buat Fify kerana habis baca nukilan di atas. 😀

  3. anis nabilah anis nabilah

    Hebat

  4. Eima Manan Eima Manan

    Bak kata cendekiawan, yang hebat itu datangnya dari Allah, yang kurang dan lemah dari manusia sendiri.

  5. nurul ain nurul ain

    saya suka buku ni

  6. Iqmar Iqmar

    Novel Aku Mahu CK sangat Thorbaek! Superduper suka!
    Nak kongsi cerita dengan Kak Eima..
    Masa hari pertama persekolahan pada tahun ini, setiap masa di sekolah saya akan genggam dan baca novel AMCK walaupun sudah berkali-kali saya baca! Ia sumber kekuatan saya pada masa itu (macam budak tadika padahal sudah tingkatan 3 >_< ) _< ! Balik kepada cerita, pada hari pertama persekolahan itu.. adalah sedikit rasa nervous dan tengah syok-syok saya baca AKCK <– sebab novel ini sememangnya novel yang memberi efect besar pada saya.. tiba-tiba datang pelawat. Pada mulanya saya tak dapat teka siapa yang datang. Tapi rupa-rupanya ketua dewan undangan negeri Kota Tinggi yang baru sahaja naik pangkat pada ketika itu! (musim pilihan raya) Masa tu adalah sedikit rasa ngeri sebab sebelum ni guru kelas sibuk beritahu jadual padat setiap minggu kelas, homework melambak-lambak.. tiba-tiba pula terima kejutan dengan lawatan mengejut itu.. <– mana tak ngeri walaupun pada hari pertama persekolahan -_- ! Dato' itu ada mintak diantara kami dalam kelas itu untuk memberi tahu azam baru pada tahun ini. Saya mahu aja senaraikan semua azam yang saya senaraikan dalam cabaran Kak Eima tapi tak kesampaian kerana ada kawan lain yang potong line T__T ! Endingnya, novel Aku Mahu Ck memang best ! Hihihi, penguat semangat saya juga! Oh ya, berkat novel itu juga saya sekarang lebih peka akan penjagaan muka! Saya juga selalu buat sauna muka yang kakak Ahmad Badwi buat itu ! HIhihi… saya terapkan selepas baca novel itu sebab sebelum ini saya tak tahu menahu sama sekali tentangnya!

    Terima kasih =D !

Leave a Reply