Skip to content

Fazla Coach Bola Sepak Negeri Sembilan

Assalammualaikum dan Hey Yo Blinkers!

Prap, pret, prap, tup, tup * bunyi efek letup-letup jari*

Lama Abang Fazla senyap, hari ini mahu buat bising kembali.

Wehoo… (> o < )b

Macamana? Tajuk bunyi kool?

Fazla Jurulatih Bola Sepak Negeri Sembilan!

Ayat tajuk  belum habis lagi.

Fazla Jurulatih Bola Sepak PASTI Negeri Sembilan!

Sebelum itu buat siapa yang tidak pernah dengar nama PASTI, ia merupakan pusat didikan kanak-kanak diantara umur empat hingga enam tahun. Sama ‘geng’ dengan taska dan tadika.

Ini kiranya posting blog ‘live’ Abang Fazla opss… Coach Fazla. Sewaktu Blinkers semua membaca posting ini, saya berada di…

 

Kedah Darul Aman! (>o<)b 

 

Sangat suka Kedah , sangat suka ikan pekasam, sangat suka jelapang padi, sangat suka …

OK. OK. Coach Fazla sila FOKUS!

Sebut semua benda yang suka, tapi gambar yang suka satu pun tidak ada.

Baiklah kembali kepada ‘Perjalanan ku ke Kedah’

 

bas-sekolah-blink

 

Bertolak semalam (Khamis 27.6.2013) naik ‘ Bas… Bas… Bas … Sekolah! ‘
Sejuk usah ceritalah, cuma tidak keluar salji sahaja dalam bas itu. Gigil woh!

 

Sampai Kedah pukul 6 pagi, solat subuh, dan mula snap-snap

subuh-masjid-zahir

 

 

 

Coach Fazla, ini mahu cerita bola atau cerita melencong ke Kedah?

Ya ampun! Tersasar lagi. (Wahal sedang mati idea mahu tulis apa)

Apa pun, Coach Fazla ditempatkan bersama pasukan bola sepak di sebuah homestay yang kool.

sham-homestay-alor-setar

 

Sangat hebat, ada spa ikan!

spa-ikan

( Ok… taklah spa ikan sangat, itu ikan guppy ‘longkang’. Disebabkan lapar, semua pun mereka gigit. (-_-)’ )

Petang tadi turun ke tempat perlawanan esok di Stadium Abdul Halim, Jalan Suka Menanti.

Sempat juga melihat kelibat pesaing-pesaing tim bola sepak dari negeri lain.

 

pepatung-sibu-sibu-kedah

 ( Mereka sedang sibuk tangkap sibu-sibu (pepatung) … ohh… harapnya terlupalah pada bola hehehe )

Tiba-tiba penolong jurulatih Coach Fazla beritahu, “ Esok tim kita dalam kumpulan bersama tuan rumah (Kedah) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”

Wah! Awal-awal lagi sudah jumpa tim ‘keras’. Diceritakan kepada Coach Fazla, tim Kedah ini jurulatihnya Radhi Mat Din! Bekas pemain professional Kedah! Entah ya atau tidak. Apa pun Coach Fazla perlu hadapi juga cabaran ini.

Baiklah, tangan sudah mula seram sejuk. Bayangan kemenangan (insyaALLAH) mahu dimainkan selalu di dalam kepala. Ini pengalaman pertama Coach Fazla ke peringkat kebangsaan untuk Liga Kebangsaan Bola Sepak Pasti. Apa pun boleh terjadi, dan sudah pasti mahu doakan kejadiaan yang bagus-bagus!

Akhir sekali Coach Fazla mahu mengajak semua Blinkers yang membaca posting ini turut sama berdoa mengaminkan kemenangan tim bola sepak Pasti Negeri Sembilan.

(Jika tidak sokong Negeri Sembilan pun, mohon aminkan bersama juga boleh? (>_0)v )

 

“ Ya Allah, Allahurabbi, Allahurabbi, bersama masa dan kesempatan yang kami perolehi. Kami gunakan untuk usaha-usaha latihan bagi pertandingan ini. Benar, ada pasukan yang lebih kuat usahanya dari kami. Namun, kami tetap memohon belas ehsan rahmat dan kemurahan MU ya ALLAH. Andai baik buat kami kemenangan ini, berikanlah kemenangan itu buat kami, buat anak-anak kecil yang kuat berusaha ini. Usaha dan tawakal kepadaMU kami panjatkan. Amin. Amin ya Rabb”

tim-bolasepak-pasti-negeri-sembilan

Coach Fazla dan kesepuluh pemain bola sepak PASTI Negeri Sembilan
Nama pasukan : Negeri Sembilan Strike!
(Hobin Jang Hobin!)

 

P/S : Buat pembaca blog ( kamulah itu Blinkers!) yang tinggal berhampiran , Coach Fazla jemput datang ke Stadium Abdul Halim, Jalan Suka Menanti esok. Boleh kita berjumpa, sambil-sambil lihat perlawanan bola tim Coach Fazla. Jika datang usah malu ke khemah Negeri Sembilan dan tegur saya ya! (>_o)v . Di padang Coach Fazla macam singa, usah lari!

 

Coach-ajafazla-kedah

 Ikhlas dari negeri jelapang padi Kedah Darul Aman,

Coach Fazla (ewahhh )

Published inAja FazlaTerbaru

3 Comments

  1. Iema Manan Iema Manan

    “okay, ingat semua Negeri Sembilan Strike, kita apa? kita poyooooo!!!! yeah! jadikan The Red Warrior sebagai pembakar semangat! hidup The Red Warrior!”

    mesti pakai dialog tu kan?

    tau dah.

  2. Nur Farzana(Ana Farzana) Nur Farzana(Ana Farzana)

    coach fazla, adakah pemain -pemain bola sepak coach yang profesional itu memenagi pertandingan itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *