Skip to content

Warna dan Kesannya Terhadap Bilik

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Abang Alam doakan pembaca blog BlinkBlink dan Blinkers sihat-sihat belaka.

Kali ini, Abang Alam ingin kongsikan jadual warna dan kesannya menurut kajian yang telah dibuat oleh pakar warna.

Betul, warna pun ada kesannya. Contoh paling mudah, merah. Selain merah digunakan sebagai tanda-tanda bahaya atau amaran di jalan raya. Menurut kajian, warna merah juga dapat membangkitkan selera makan kita.

papan tanda jalan raya BERHENTI_flickr_oyf

Siapa tahu restoran makanan segera yang terdapat warna merah di dinding restoran tersebut?

Lima terpantas jawab di komen akan menerima bintang! Huhuhu, mahu tiru Kak Izanor dalam group Projek Penulisan Blinkers.

Okey, Abang Alam sertakan jadual warna dan kesannya.

jadual warna dan kesannya

Apabila kita memilih mengecat bilik warna hijau, kita akan terasa segar dan rasa tenang. Sama seperti kita berada di hutan yang penuh kehijauan dan dapat menghirup udara segar. Sebab itu, warna popular untuk dicat di bilik untuk perempuan ialah merah jambu atau ungu dan warna popular untukย  bilik lelaki pula ialah biru atau coklat.

Jadual ini adalah sebahagian sahaja contoh warna dan kesannya. Mahu lebih lagi, lagi dan lagi… ada terdapat dalam novel Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah. Bermacam lagi Abang Alam kongsikan selain warna di dalam buku tersebut.

novel projek dekor-dekor ain maisarah

Jumpa lagi. Oh, bagi yang belum berkawan dengan Abang Alam lagi di Facebook, boleh klik nama >>: Alamanuar blink

Seorang desainer dan 3D artis. Bersama BLINK BOOK, beliau sebagai penulis bersama menghasilkan novel Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah. Beliau kini tinggal di Kuala Lumpur. Gemar aktiviti melukis, melancong dan window shopping

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inAlam AnuarTerbaru

9 Comments

  1. Ermm… KFC? hehehe….
    BTW,best sangat buku Projek Dekor-dekor tu! Banyak tips berguna yang saya dapat…
    Best juga Entri kali ni.Siap ada kuiz lagi. huhuhu… ๐Ÿ™‚

    • Alam Anuar Alam Anuar

      Ya betul Syazma dan terima kasih. Dapat bintang ๐Ÿ™‚

  2. Haziq Haziq

    saye baru je bace buku dekor dekor tu tadi dah berulang kali dah…ttp terbaik…

    • Alam Anuar Alam Anuar

      Oh, terima kasih banyak-banyak Haziq. Amat menghargainya ๐Ÿ™‚

  3. Nur Farzana(Ana Farzana) Nur Farzana(Ana Farzana)

    KFC dan McDonald. Oh, glamor dan mewah, suci dan bersih, sotisfikated dan misteri. ehem ehem nampaknya saya mempunyai ciri-ciri yang hebat.jangan termuntah dulu! belum habis lagi. namun disebabkan saya ini baik hati(oh lagi sekali) saya tak akan sambung. SYOK SENDIRI sekejap. ๐Ÿ™‚

  4. Nana kecik Nana kecik

    abang alam saya orang ke-4 dapat tak?saya pun nak cat bilik tapi tak boleh sebab cat mahal ๐Ÿ™ ๐Ÿ™ ๐Ÿ™

    • Alam Anuar Alam Anuar

      Nana dapat lima bintang :). Cat yang berjenama, memang mahal. Tetapi ia berkualiti. Boleh cuba cari jenama tempatan seperti Seamaster paint. KCC paint pun okey.

  5. nana kecik nana kecik

    Terima kasih abg alam ๐Ÿ˜€ x de adiah ke hehehe

  6. Orang Misteri Orang Misteri

    saya rasa kalau abang alam bagi hadiah kat pemenang lagi bagus.contoh dia macam buku Projek Dekor Dekor ke,cat percuma ke,atau pun blink coin 50.(kalau abang Alam terimalah).kalau tak tapek.ini cuma idea je.assalammualaikum(kalau tak jawab dosa)(joke)?

Leave a Reply