Skip to content

Untuk kita-kita aje.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kak Ju ucapkan kepada semua pembaca warga Blinkers.

Hari ini, giliran Kak Ju pula yang corat coret serba sedikit. Memandangkan Kak Ju baru sahaja habis menonton filem The Terminal, Kak Ju rasa itulah topik yang akan Kak Ju kongsikan serba sedikit. Minggu sebelum ni dah berkongsi mengenai Man of Steel, kali ni cerita mengenai filem lagi. <Errr, tak apa ke? ^_^>

th

Walaupun Kak Ju seperti juga orang lain mempunyai TV di rumah, tapi kebiasaannya TV tu warnanya tetap juga hitam dan senyap sunyi. Kalau bertukar warna pun, dek kerana orang lain yang membukanya. Sebenarnya, Kak Ju bukan tidak menonton TV, cumanya tak banyak rancangan yang Kak Ju suka ditayangkan di kaca TV itu. Dan kalau ada pun, kebanyakan waktunya, Kak Ju pula yang tiada di situ. 🙂

Apabila Kak Ju bercerita tidak menonton, sebenarnya dalam zaman serba canggih ni, menonton bukan sahaja melalui TV seperti satu waktu dahulu. Zaman ini, sudah ada berbagai alternatif untuk menonton kan. Walaupun agak lambat menonton cerita-cerita yang berkenan di hati, tapi Kak Ju tak susah hati tiada rancangan menarik di kaca TV, kerana internet kan ada. Haaa, apa lagi , macam-macam ada kat dalam ni. Cerita Korea, Hong Kong, China kung-fu, Iran, Arab, Hindustan, tuuuu dia ambik, pilih lah mana yang berkenan. Faham tak faham bahasa dah nombor ke sebelas. 🙂 Adik- adik pula suka cerita dari negara mana? Dan kalau suka pula, cerita yang bagaimana adik-adik suka? Boleh kongsikan dengan Kak Ju di ruangan komen di bawah? Kak Ju berbesar hati kalau warga pembaca blog dapat sama-sama berkongsi dengan Kak Ju dan PBB yang lain.

Tom_Hanks_article

Okey, berbalik kepada cerita The Terminal yang baru ditonton tadi, filem ini dipercayai diadaptasi daripada kisah benar seorang rakyat Iran. Cerita sebenarnya agak sadis, namun dalam filem ini, Tom Hanks berjaya membawakan watak Victor dengan baik. Insiden lucu sengaja dipaparkan bagi menarik perhatian penonton kekal menonton dan terdapat juga unsur moral dalam filem ini. Ada unsur persahabatan, kisah-kisah manusia, kadangkala pula , mengikut budi bicara manusia atau keadaan itu lebih baik daripada sentiasa ‘follow the rules’. Dan yang paling penting, adalah keazaman yang tinggi dalam mencapai impian. Susah bagaimana pun, akhirnya Victor berjaya juga menunaikan janji pada bapanya. Bertuah dapat anak macam ni kan?

Kak Ju fikir, nama watak ini sangat sesuai dengan jalan ceritanya. Victor = Johan. Berjaya mencapai impiannya. Ketika Kak Ju menulis ini, terus fikiran Kak Ju teringat kepada seorang kenalan Kak Ju yang bernama Victor. Alhamdulillah, dia menerima hidayah agama Islam, dan nama barunya kini adalah Johan. Kak Ju tumpang gembira di atas perubahan dirinya.  Lari tajuk la plak.

Satu lagi yang Kak Ju ingin kongsikan adalah pentingnya kita pandai berbahasa asing. Seperti halnya dengan Victor, yang pada mulanya tidak pandai berbahasa Inggeris, menyukarkan dia berkomunikasi dengan orang lain. Kak Ju pun sama juga, lidah ni berbelit-belit nak bercakap bahasa yang bukan bahasa ibunda kita kan. Apapun, mari kita sama-sama tambah vocabulary bahasa asing. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

OMA

Sedikit sedutan kisah ketika Kak Ju dan rakan-rakan belajar bahasa asing, ada Kak Ju coretkan dalam novel comel, “Oh, My Arabic!”. Kak Ju suka kaver buku ini kerana warnanya HIJAU. Dah makin lama hidup ni, barulah Kak Ju perasan yang Kak Ju dan hijau tak dapat dipisahkan. Sama macam gambar pengenalan Kak Ju dalam blog ni kan. Hujung atas sampai hujung bawah, warna HIJAU yang menguasai … 🙂 Sama macam warna yang Abang Alam kongsikan dalam post sebelum ini.

Kak Ju akhiri dulu coretan untuk kita-kita ni. Kita sambung lagi di lain kali. Sebelum tu, Kak Ju nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Hanya tinggal beberapa hari Ramadan akan menjelang tiba.

Kepada rakan pembaca yang belum add friend Kak Ju di fb, mari kita berkenalan, add Kak Ju dan kita jumpa di sana. www.facebook.com/jumiejain.blink

Salam,

Kak Ju

 

Published inJumie Jain

2 Comments

  1. Saya suka post kak Ju kali ini! Saya suka filem dari negara Korea.. Lebih lebih lagi komedi romantik… Rancangan Varieti seperti RunningMan mempunyai ramai peminat di Malaysia… *ehem..lari tajuk… Rancangan yang saya suka adalah seperti yang pernah saya bagitahu kepada kak Ju.. Yang tidak terlalu serius..Ada pengajaran dan mendatangkan perubahan/keinsafan.. Eh,panjangnya…cukup sampai disini sahaja… ^_^

  2. Nadzirah, rupanya tidak keluar komen Kak Ju tempohari. Ya, Kak Ju ingat sebab Nadzirah yang kongsi citarasa… Lain kali tulis panjang lagi pun tak apa, asalkan tulis mesti Kak Ju baca punyalah. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *