Skip to content

Idolaku Srikandi

Assalamualaikum Blinkers

Memandangkan pertandingan menulis cerpen IDOLA oleh Kak Izanor sedang berlangsung, jadi Kak Eima mengambil kesempatan ini untuk menulis perihal idola. Bukan mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya ya, itu lambat lagi.

Sebelum itu, apakah maksud idola? Idola ialah seseorang yang dipuja dan kita teringin sangat mahu menjadi sepertinya. Contohnya ; Malaysian Idol yang bermaksud idola/pujaan rakyat Malaysia. Ada sesetengah belog mengupas isu perkataan ‘idola’ ini. Jadi, Kak Eima harap yang membacanya tidaklah terlalu memberat-beratkan atau mempropagandakan isu makna idola sebelum menjadi lebih melarat. Biasanya idola atau role model ialah seseorang yang boleh memotivasikan kita untuk hidup berjaya di dunia dan di akhirat.

Jadi, sekarang role model Kak Eima sudah tentu orangnya cantik, berbudi bahasa, menjaga tingkah laku, pandai, seorang yang banyak berjasa kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. Bijak mengambil hati dan menasihati. Sangat merendah diri. Seorang yang kaya. Handal berlawan dan bersukan. Pendek kata, dia memang seorang yang sangat hebat mental, fizikal dan spiritual.

Mahu tahu siapa suri tauladan/role model Kak Eima?

Ianya dari kalangan srikandi-srikandi Islam zaman dahulu kala yang langsung Kak Eima tak pernah jumpa. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kalau membaca kisah mereka, Kak Eima akan menjadi  bersemangat dan hilang segala duka.

mujahidah

Antara srikandi-srikandi Islam :

1. Nusaibah binti Kaab – Srikandi Medan Pertempuran
2. Safiyah Binti Abdul Mutalib – Pahlawan Wanita Pertama Membunuh Musuh Islam
3. Khaulah Binti Azwar – Pahlawan Wanita Serba Hitam
4. Siti Masitah – Berkorban Kerana Allah
5. Sumayah Binti Khubath – Orang Pertama Mati Syahid
6. Asma Binti Abu Bakar – Wanita Berhati dan Berjiwa Waja
7. Zinirah – Pulih Penglihatan Kerana Beriman Kepada Allah
8. Ratu Balqis – Kisahnya Dalam Al-Quran
9. Ghaziyah Binti Jabir – Dahaganya Dipuaskan Oleh Allah
10. Aishah, Isteri Firaun – Mahligainya di Syurga
11. Sarah, Isteri Nabi Ibrahim – Kehormatan Dirinya Dipelihara Allah
12. Khadijah Binti Khuwalid – Orang Pertama Memeluk Agama Islam
13. Siti Hajar – Kisahnya dengan Telaga Zam-Zam
14. Ummu Salamah – Kebijaksanaannya Terbukti di Hudaibiyah
15. Ummu Haram – Pejuang Wanita Pertama Menyeberang Lautan
16. Ummu Hakim Binti Al-Harith – Pejuang yang berwibawa dan kental
17. Ummu Sulaim – Mas Kahwinnya adalah Islam
18. Asma Binti Yazid – Raja pidato dan pejuang yang tabah
19. Ummu Waraqah Binti Abdullah – Wanita yang Syahid dan Hafaz al-Quran
20. Khaulah Binti Thalabah – Allah Mendengar dan Mengabulkan Doanya
21. Tumadhar binti Amru (Al-Khansa) – Ibu Para Syuhada dan Penyair Tersohor
22. Halimaton Armiah – Wanita yang Menundukkan Singa
23. Azdah binti al-Harith bin Kaldah – Srikandi Perang Maisan
24. Nabi Safiyah Binti Huyai – Tawanan Perang Khaibar Yang Dimuliakan
25. Ummu Sanan Al-Islamiyah – Allah Memberinya Salam
26. Siti Al-Malik Binti Al-Aziz – Pemerintah Pintar dan Bijaksana
27. Zubaidah Binti Jaafar – Permaisuri Dermawan
28. Nailah bint Farafsah – Jarinya Putus Melindungi Khalifah Uthman Affan
29. Ummu Fadhl binti Harith – Menentang dan Menjatuhkan Maruah Abu Lahab
30. Fatimah az-Zahra – Pemimpin Wanita Kaum Muslimin
31. Aishah binti Abu Bakar – Al-Siddiqa

Ada ramai lagi sebenarnya seperti Ainul Mardhiyah, Rabiatul Adawiyah dan lain-lain. Yang itu, Blinkers boleh senaraikan sendiri okay.

Role model memainkan peranan penting dari segi psikologi kita. Sekiranya kita minat pada seseorang, kalau boleh jangan melampau-lampau sehingga 24 jam lalai memuja siang dan malam. Sebelum kita mengangkat seseorang itu sebagai role model kita, berhati-hatilah. Jangan hanya kerana populariti, kejayaan dan kedudukannya, kita sudah jadikan dia sebagai role model. Perlu juga melihat dari segi yang lain juga. Kita perlu tanya pada diri sendiri, adakah dengan menjadikan dia sebagai role model, boleh mengubah kita menjadi orang yang berjaya? Untung atau tidak untuk dijadikan contoh? Adakah dia betul-betul memberi inspirasi berguna untuk kita?

Tengok sahajalah K-POP. Terlampau minat, sampai semua gaya mahu tiru, semua tentang K-POP mahu ambil tahu sampai ke kerak bumi. Ada juga yang sampai mengigau terkencing malam. Ada juga yang sampai jadi gila bayang. Mandi tak basah, makan tak selera, malam-malam jadi sendu.  Ada juga yang sanggup berhabis wang ringgit gerudi tabung tin biskut tawar. Macam-macam hal sampai memudaratkan diri sendiri. Kronik betul. Tetapi Kak Eima tahu, Blinkers bukan yang begitu. Semuanya bagus-bagus belaka. (jelas lagi bersuluh tengah bodek)

Pilihlah role model yang terbaik dan berkualiti. Jadi, kita kenalah berfikir dari pelbagai sudut. Jangan berfikir setakat 90 darjah sahaja tapi 360 darjah terus. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Ini pula adalah link dari sebuah belog mengenai kesan-kesan sekiranya terlalu memuja selebriti.

Jadi Kak Eima mahu Blinkers fikir dan fahaminya betul-betul ya. Baca dan semat dalam hati. Mana tahu, boleh dibuat karangan sekolah nanti semasa peperiksaan. Kalau tak larat nak baca, save dalam dokumen dan bila ada masa lapang boleh baca.

http://educare-aspirasi.blogspot.com/2010/03/pengaruh-selebriti-beri-kesan-buruk.html

Jadi sekarang siapa idola Blinkers? Tepuk dahi tanya diri sendiri. Kalau Tanya Pakcik Jefri, memang dia tak tahu.  Sebelum jawab, fikir betul-betul.

Yang  belum add FB Kak Eima, sila add. Blinkers boleh inbox Kak Eima untuk sebarang pertanyaan atau perkongsian. Kak Eima bukan kanibal okay jadi jangan segan, jangan takut untuk bertegur sapa. 😀 Pleaseeeee???

Puss-in-Boots-2011-Photo-40

Okay, itu sahaja untuk kali ini. Dipersilakan share belog ini sekiranya rasa sesuai. Sharing is caring.

p/s : Penat menulis, tak ada orang komen. Baca ke tidak? Huk aloh.

Published inEima Manan

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *