Skip to content

Kenangan di bulan puasa.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Assalammualaikum..
Oho hoi! Blinker semua. Harapnya masih cute dan kacak walaupun sedang berpuasa. Abang Azanil di sini masih kacak dan ceria walaupun berpuasa. (POYO!) Blinkers semua puasa tak? Kalau puasa… bagus!. Kalau tak puasa… ermm.. sendiri fikirlah. Hehehe . Oh ya, Abang Azanil nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada Blinkers-blinkers yang beragama islam. Jangan ponteng puasa tau! Kalau uzur tu tak mengapa la.

Kali ini  mahu bercerita tentang apa ya? memandangkan sekarang ini kita semua berada dalam mood puasa, apa kata Abang Azanil berkongsi cerita tentang kisah puasa.

Abang Azanil mula belajar puasa rasanya sewaktu darjah dua. Agaknya la, ingat-ingat lupa. Hehehe… Hari pertama puasa, Abang Azanil lemah sampai tak larat nak berjalan  sampai kena usung pergi ke tempat makan. Buka puasa pun sambil terbaring mengalahkan orang sakit. Ish ish ish! teruk betul.

Ada sekali tu Abang Azanil begitu rindukan suara azan maghrib. Punyalah tak sabar nak berbuka sampai tunggu azan maghrib atas pokok jambu air. Sambil tunggu, makan la jambu air atas pokok. Batal sudah! berapa minit je lagi. Rugi..rugi!

Suatu hari dalam bulan puasa Abang Azanil kena demam campak. Jadi, tak puasa la berhari-hari. Kakak dan adik pun cemburu sebab tengok Abang Azanil tak payah puasa, lalu mereka pun berdoa di tepi tangga “Ya Allah… bagilah kami demam. Amin.” Doa dimakhbulkan, selang beberapa hari mereka pun demam campak. Amik kau! Nak sangat. Bila dah kena barulah tahu azabnya. Yang letihnya mak Abang Azanil sebab nak melayan tiga orang anaknya yang merengek sakit. Semua gara-gara tak nak puasa.

Sewaktu di rumah bujang kami berkumpul ramai-ramai sambil menunggu azan di tv. Tidak lama kemudian Abang Azanil dengar doa berbuka puasa disiarkan. Abang Azanil pun sambar air dan terus minum. Terus kawan tegur, “Hoi! itu baru doa berbukalah.. belum azan lagi.” Apa lagi, bersembur air oren. Gelojoh betul!

Abang Azanil jarang tinggal sahur. Nak jadi cerita, ada sekali tu Abang Azanil terjaga dari tidur dan lihat jam sudah pukul 5.40 pagi. Apa 5.40? Alamak-alamak nasi lemak, berapa minit lagi nak azan subuh. Berdesup Abang Azanil berlari pergi ke dapur ambil nasi. Kemudian makan sambil berdiri di tepi tingkap. Perancangannya bila bunyi azan subuh Abang Azanil akan berhenti makan. Makan punyalah laju. Rupanya salah tengok jam da.. bukannya 5.40 tapi 4.50! Tertipu Tipah!

Macam-macam peristiwa yang berlaku sepanjang bulan puasa. Semuanya menjadi kenangan yang sering Abang Azanil ingat bila tiba bulan Ramadan. Rasanya cukuplah setakat ini Abang Azanil  kongsikan. Cerita panjang-panjang nanti, takut tak jadi kerja pula Blinkers semua.

Oh ya, Sempena bulan Ramadhan ini Kedai Blink Online ada membuat promosi. Haa.. jangan ingat pasaraya sahaja yang buat promosi, KBO pun ada tau! Dengan setiap pembelian di KBO akan menerima sampul Angpow Ain Maisarah secara PERCUMA !!! ya PERCUMA.. Bolehlah gunakan sampul yang ada muka Kak Ain tu untuk beri duit raya. Mesti gempak punya lah. Blinkers semua boleh layari :  www.kedaiblink.com

Itu sahaja perkongsian untuk minggu ini. Seperti biasa,

Kepada yang belum jadi rakan Abang Azanil di FB boleh add—> Azanil Fitri Blink. Dan..

Kepada yang belum jadi rakan fanpage di FB boleh like———-> Azanil Fitri Novelis.

Berjumpa lagi di lain masa. Terima kasih kerana sudi membaca.

Pecah kaca pecah gelas,

Lepas baca harap balas. (komen)

Penulis Blink Book

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inAzanil FitriTerbaru

9 Comments

  1. Fify Fyqa Fify Fyqa

    Best !

  2. Haziqah Razied Haziqah Razied

    Tergelak baca kenangan abang Azanil. tapi, BEST!!

  3. ain ghanie ain ghanie

    terbaik

  4. Syamimie Batrisyia Syamimie Batrisyia

    Hahahahahah lawak sungguh cerita Abang Azanil

  5. Nur Farzana(Ana Farzana) Nur Farzana(Ana Farzana)

    hahaha…lawak sungguh! dan jangan lupa poyo sungguh(jangan marah..nanti raya saya minta maaf erk..hehe) dan ….sungguh segalanya sungguh menarik!

  6. Terbaik punya kakak adik ,dua-dua minta demam. Amik kau nak demam sangat!

Leave a Reply