Skip to content

Janji Ramadhan

Salam Ramadhan.imagesCA3F5Z4K
Hantu susu hantu gigi
Bertemu kita sekali lagi.

Blinkers tahu hari ini hari apa? Hari Sabtu. Eh, hari Ahad. Maknanya sudah cukup putaran seminggu. Bermakna Kak Eima kena tulis sesuatu di belog ini. Yeay!

Kak Eima harap, Blinkers semua sihat walafiat di bulan puasa yang mulia ini.

Hari ini sudah masuk 12 Ramadhan. Setakat ini apa yang sudah kita lakukan? Apa yang kita belajar dari hari puasa kelmarin?

Diharap Ramadhan kali ini banyaklah perkara yang manfaat telah kita lakukan. Apabila kita berpuasa, bermakna bukan sahaja menahan perut lapar dan dahaga anak tekak tetapi keseluruhan anggota badan. Oleh itu, kenalah ambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan ketakwaan kita. Jadi, mari kita berjanji pada diri sendiri. Angkat tangan kiri kanan silih berganti berikrar semuanya :

Saya janji akan menjaga mata dan menundukkan pandangan dari melihat atau menonton perkara yang tidak elok.

imagesCAKHBZFO

Saya janji telinga ini tidak akan mendengar perkara yang tidak elok seperti umpatan, cacian atau mendengar lagu sehingga lalai.

Saya berjanji akan menjaga kedua-dua belah tangan ini dengan betul-betul. Kalau nak menaip, kena fikir dulu baik buruk. Kalau nak membeli, elakkan pembaziran. Saya juga akan cuba bersedekah, menolong dan berdoa banyak-banyak untuk muslimin dan muslimat lain.

Lagi satu saya berjanji akan menjaga kaki ini tidak ke tempat-tempat yang tidak elok atau terajang orang sesuka hati atau pun tidak berlama-lama di bazar Ramadhan mencari kuih yang diidam-idamkan selama tiga jam.

Saya juga berjanji akan menjaga hati agar tidak menanam sifat dengki sesuka hati, iri hati dan cemburu buta pada sesiapa pun serta memaafkan orang lain yang telah menyakitkan hati saya. Jangan gaduh-gaduh dan naik angin.

Anime-Naruto-Fox-Snake

Saya janji lagi akan menjaga mulut agar tidak bercakap perkara-perkara yang tidak elok, mencebik, menjuih, memuncungkan mulut apabila mak meminta tolong kacau gulai di dapur, terjerit-jerit atau berbisik-bisik memaki orang dan menyumbat makanan sesuka hati sehingga terburai perut.

petua-khatam-al-quran-bulan-ramadhan-waktu-berbuka-puasa

Yang ini celup dari Google. Tak tahu siapa empunya asal.

Dan yang terakhir, saya juga berjanji akan menjaga fikiran, jiwa dan nafsu saya supaya tidak tercemar dan sekaligus memporak-perandakan keseluruhan anggota badan berbuat perkara yang tidak elok.

Mampu?

Ramadhan-12

Celup dari Illy Brotherarts. Comel!

Semoga hari ini lebih positif dari semalam. Selamat menjalani ibadah puasa. Jangan ponteng puasa dan solat.

untitled

 

Wassalam.

 

Ok, bye.

 

 

 

Published inEima Manan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *