Skip to content

Raya – raya biskut raya.

Salam hari Jumaat Blinkers. Tinggal beberapa hari sahaja untuk menyambut syawal.

chocolate-chips-double - CopySabtu, ahad, isnin,selasa, rabu, SELAMAT HARI RAYA !!!

Rumah siapa sudah ada kuih raya. Kalau diikutkan sepatutnya masing-masing sudah ada buat kuih raya. Samaada yang dibuat sendiri atau tunjuk-tunjuk. Khabarnya Kak Izanor sudah membuat kuih siput antarabangsa. Ada pelbagai bangsa khabarnya.  Tidak sabar Kak Aja mahu melihat, siput-siput Kak Izanor. Terutamanya yang berbangsa Negro. Jangan marah ye Kak Izanor.  ^_______^

Apa pilihan biskut raya tahun ini. Tahun ini kami tidak banyak membuat biskut,  cuma biskut Double Chocolat Chip (ini biskut wajib kena sorok, kalau sudah jumpa mahu sekelip mata habis. Terutama Abang Fazla pantang jumpa… Habis). Kedua biskut Rolled Oats (Ini pun wajib juga). Ketiga, yang ini pelakon tambahan atas permintaan sahaja Biskut Mama Carie dan Biskut semperit. Ini biskut klasik, biskut dolu-dolu.

Biskut kegemaran Blinkers tahun ini biskut apa ya? Biskut wajib dicari disetiap rumah yang dikunjungi.

Oh! Biskut suji… sedap biskut ini, mahu google resepilah…

Pesanan: Buatlah biskut raya walaupun sejenis bersama keluarga, barulah meriah hari raya dan menjadi kenangan manis dikemudian hari. Bau biskut sahaja teringat hari raya, bau biskut sahaja, teringat keluarga.

 

Memandangkan Raya tidak lama lagi, Kami Kak Aja dan Abang Fazla mengucapkan Selamat Hari Raya. Kami juga mahu memohon maaf atas segala salah ejaan dan kata yang segaja  sengaja juga yang tidak disengajakan.

(  ^ _______ ^ ) v   Blink! Blink! Blinkers

Love , Kak Aja.

Aja Fazla adalah 2 individu yang bergabung tenaga dalam satu nama.

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inAja FazlaTerbaru

15 Comments

  1. Iema Manan Iema Manan

    Selamat hari raya Kak Aja! Hidup sek kito. Muahahahahahahaha 😀

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Eima! Wek! 😛 (Fazla)

  2. haA haA

    Yeay semperit

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Amboi dia seronok betul! 🙂

  3. Qila Qila

    waaaa!! nyum nyum :3

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Tahun ini kuih apa menjadi hidangan di hari raya Qila?

  4. Nur Farzana(Ana Farzana) Nur Farzana(Ana Farzana)

    oh pastinya buat kuih raya sendiri tahun ini,,ada dalam enam jenis. yang saya ingat ialah conrflakes madu, popia nestum, semperit, tat nenas dan cookkies chocolate chip. abang aja dan kak fazla perlu cuba cari resepi pai epal. kalau dah buat, saya ingin meminta pendapat iron chef atau lebih glamor gold chef berkenaan rasanya. My favourite!

    • Nur Farzana(Ana Farzana) Nur Farzana(Ana Farzana)

      kejap kejap..terbalik..sori..salah taip lah pulak! nama panggilan untuk kak aja dan abang fazla.. minta ampun!

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Aha! Banyaknya kuih muih di rumah Farzana!

      Tat nenas memang kegemaran kami, tapi tak rajin buat, rajin makan makteh buat hehehe.

      Pai Epal, suka ya! InsyaALLAH Abang Fazla minta Kak Aja buat tutorialnya di dalam blog blink ini. Mahu?

  5. Mawar Zulaikha Mawar Zulaikha

    Nak biskut double chocholate chip….

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Boleh, jika dijual secara online mahu? 😉

      Ini boleh dikatakan biskut signature kami.

  6. Hannah Hannah

    kuih yang wajib ada di rumah saya adalah kuih arab, kuih mazola dan coklat cip

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Kuih mazola yang banyak kacang-kacang itukan?

      Itu memang kegemaran Abang Fazla!

  7. aina kiera (ash) ;) aina kiera (ash) ;)

    Wahhh, kuih Double chocolate chip….My Favourite, hehe ^_^

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Hehehe … tabik spring! Sama kita (abang fazla) peminat chocolate chip! 😀

Leave a Reply