Skip to content

Berakhirnya syawal.

Bulan syawal

Pic: www.planetforkid.org

Ramadhan sudah berakhir dianugerahkan dengan syawal. Hepi-hepi juga, bila fikirkan kembali apa yang kita dapat dari usaha kita pada Ramadhan 2013 ini. Adakah perangai kita semakin baik. Amalan kita buat pada bulan Ramadhan masih kekal atau kita hanya puasa sahaja, kerana semua orang puasa. Haih! ini puasa kerana mengejar pahala Allah atau sekadar budaya. Rugi-rugi.

Syawal pun sudah hampir habis. Siapa yang sudah selesai puasa enam aka puasa sunat syawal? Sudah? Alhamdullilah, Tahniah. Belum lagi? Masih sempat lagi kalau mahu puasa enam. Puasa sunat Syawal 2013 hanya ada kali ini sahaja, lepas ini tiadalah puasa sunat syawal 2013. Rugi-rugi kalau tidak lakukan. Marilah kita kuatkan semangat untuk melakukan puasa sunat ini. Berusaha Aja berusaha!. Abang Fazla juga ya… Biskut Double Choc.chip itu masih boleh tunggu. Bulan syawal tidak menunggu.

Nama sahaja puasa sunat 6 hari tapi beratnya melebihi puasa 28 hari. Satu hari puasa sama seperti pertama kali belajar puasa. Cabaran mahu mengisi perut dan menuruti kehendak anak tekak ini memang tinggi. Tebal sungguh nafsu. Doakan kami moga berjaya mengharungi dugaan ini.

Tahan-tahan ada lagi 3 jam. Mahu berbuka apa petang ini?…..

Aja Fazla adalah 2 individu yang bergabung tenaga dalam satu nama.

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inAja FazlaTerbaru

One Comment

Leave a Reply