Skip to content

Alamak! alamak!

Hello Blinkers!

Alamak-alamak!. Akhirnya hari yang TIDAK dinantikan tiba juga. Hendak atau tidak kita perlu menghadapinya. Ada yang suka dan menanti-nanti hari peperiksaankah? Kak Aja kalau tiap kali peperiksaan mesti rasa masa terlalu cepat. ” eh! esok hari peperiksaan?” Tepuk dahi berkali-kali, menyesal tiada guna.

Masa untuk membuat latihan sudah tamat, masa untuk mengulangkaji juga sudah tamat. Apa yang boleh dilakukan adalah berdoa dan bertawakal sahaja. Pengang buku ke hulu dan ke hilir untuk sedapkan hati. hahah…( ini amalan orang tidak baca buku)

Paling penting bertenang dan jawab sahaja soalan. Betul atau salah itu cerita lain. Janji tiada jawapan yang kosong. Mana tahu rezeki kita, tiba-tiba betul pula jawapan yang kita berikan. ย  :p

Cerita zaman ambil peperiksaan

Bahagian paling tidak suka, tulis nama, nombor kp dan nombor …. (tidak ingat apa namanya, tapi seperti nombor giliran). Eh! bahagianย ini ok lagi, bahagian hitamkan yang bulat-bulat yang bertanda ABC 123 tu. Kerja ini yang paling risau aka was-was. Kalau tersalah tanda, kalau terlebih hitam, kalau tertanda lebih dari bulatan. Aduhai risau rasanya. Selalu terfikir komputer tidak dapat baca. Bila padam ada tanda kusam-kusam, itupun risau. Ergh!! tak suka tak suka.

Kalau tidak dapat jawab (ini cerita sahaja, tiada jaminan akan berjaya kalau mengikut petua-petua ini)

1. Meniru, ini hanya sesuai untuk orang yang sihat matanya pada jarak jauh. Tapi kena minta izin dulu pada tuan punya jawapan baru dapat berkat. (Sebenarnya lagi senang mahu tiru, kerana diberi ruang untuk melihat jawapannya)

Amaran: Kami tidak bertanggungjawab kalau adik-adik tertangkap kerana mencuba cara ini.

2. Balik dadu.

3.Tikam. Pejam mata dan letakan pensil di mana-mana. Di situ letak di situlah jawapannya.

4. Kira-kira. Kira huruf pada soalan, kemudian kira jawapan. ABCDE, kira 123 sehingga nombor terakhir. Kalau nombor itu jatuh pada huruf C, ย maka C lah jawapannya.

5. Tembak. Ini akan dilakukan pada minit-minit terakhir sahaja. Soalan pun tidak baca.

Ok. Sudah selesai jawab soalan, masa pun sudah tamat mari kita cari ais krim. lalalala…

 

Kepada yang mengambil peperiksaan Selamat menjawab soalan, kami doakan semoga adik-adik Blinkers dapat menjawab dengan sebaiknya dan mendapat keputusan yang baik.

Kepada yang tidak, selamat bercuti.

Kepada yang bakal, selamat mengulangkaji. Siapa berusaha dia mendapat yang terbaik atas apa yang diusahakan.

 

C yaa!

 

 

Aja Fazla adalah 2 individu yang bergabung tenaga dalam satu nama.

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inAja FazlaTerbaru

18 Comments

  1. Terbaiklah ‘tips’ Aja Fazla, silap hari bulan digantung sekolah kerana meniru
    Hahaha

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Sebab itu risiko tanggung sendiri. ๐Ÿ˜‰

      Terima kasih turunkan komen Insan Biasa yang luar biasa *thumb up*

      • Najwa Wawa Najwa Wawa

        Saya pernah cuba cara yang 5.Saya tembak sebanyak 10 soalan.Nasib baik semuanya betul.

        • Aja Fazla Aja Fazla

          Najwa Wawa,

          Hehehe … tembak berlubang tidak kertas? ๐Ÿ˜‰ .
          Selepas ini pastikan senjata semua siap diisi sebelum peperiksaan ok! ๐Ÿ˜€

          • Najwa Wawa Najwa Wawa

            Tak berlubang sebab saya tembak guna pensil yg tidak tajam,tumpul jer….

  2. HMMM…Aiskrim itu Aja Fazla sahajalah yang belanja….Boleh ?

    • Boleh! cabaran seterusnya adalah cikpuan Norintan79 perlu cari Aja Fazla untuk dibelanja ๐Ÿ˜‰

  3. Ok….Kalau saya jumpa Aja Fazla saya suruh beli satu kedai aiskrim itu , ya ! ๐Ÿ™‚

    • Aja Fazla Aja Fazla

      OK! Cabaran diterima ;). Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 boleh? ๐Ÿ˜€

  4. nana kecik nana kecik

    aja fazla terbaik nanti kalau dapat no. satu aja fazla belanja tau =D

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Wah! ini kes berat sekarang hehehe.

      OK! No 1 untuk peperiksaan tahun ini ya?
      Nana Kecik tahun berapa?

  5. nana kecik nana kecik

    10 thn

    • Najwa Wawa Najwa Wawa

      Aja Fazla pernah cuba ke mana-mana cara yang ada di atas?

  6. Delaila Delyana Delaila Delyana

    Kalau saya dapat nombor 1, 2 atau 3, belanja buku Projek Cupcake Ain Maisarah dengan Cupcake Mata Panda tau! Aiskrim nak beli aiskrim KitKat satu kotak tau!

  7. Na'ilah Jalani Na'ilah Jalani

    Saya rasa macam pernah buat saja yang kira huruf tu. hehe
    Memori jawab periksa. ^_^

  8. rusyaida nasuha rusyaida nasuha

    dapat kertas semula 1%-100%!tu la meniru lagi…akak ni,blinker kene rajin rajin mana boleh baling dadu klau kene tangkap naya entah2 kene halau!

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Rusyaida, suka spirit itu! Blinker kena rajin-rajin betul-betul!

      Apalah Kak Aja inikan hehehe

      yang benar
      Abang Fazla ๐Ÿ˜‰

Leave a Reply