Skip to content

Perjumpaan Blinkers 01: Keriangan Di Taman KLCC

 

foto foto

~29 Blinkers : 5 Penulis BLINK : 15 Disember 2013~

Salam magis semua! Mempersembahkan catatan pertemuan bersejarah di antara penulis dan Blinkers yang penuh dengan keriangan. Ini adalah perjumpaan yang pertama kali diadakan oleh TIM BLINK dan diberi nama Perjumpaan Blinkers 01. Kami hanya memilih sebanyak 30 orang pembaca sahaja. Kami ingin berkenalan lebih rapat dengan pembaca, camkan bentuk muka, senyuman, jenis cermin mata, cara lilitan selendang (hamboiii)… sekurang-kurangnya tahu tempat asal serta biodata mereka walau tiga baris cuma. HEHEHE.

Di antara MISI perjumpaan ini adalah:

  • Saling bertegur, berketawa, memahami dan bertanyakan apa sahaja soalan.
  • Berkongsi cerita dan minat dalam bidang penulisan.
  • Meraikan Blinkers yang sering menyokong karya kami.
  • Meningkatkan kemesraan di kalangan Blinkers sendiri dan juga penulis.

Alhamdulillah. Semua sasaran tercapai dan kami sangat gembira dengan sambutan yang diberikan. Baiklah… Kak Izanor ingin berkongsi pengalaman, peristiwa dan babak yang terjadi pada hari itu. Oh, sepatutnya memang ada 30 orang, namun ada seorang Blinkers yang menarik diri di saat akhir atas situasi tertentu-menjadikan jumlah hanya 29 Blinkers sahaja.

Pertemuan dan pusat berkumpul dijadualkan di hadapan kolam air pancut. Selepas itu, kami berarak ala-ala rombongan sekolah menuju ke seberang:satu kawasan bulatan bertangga yang ada banyak pokok besar. Acara dimulakan dengan proses pembahagian kumpulan. Setiap seorang Blinkers datang cabut undi menerusi kotak magis yang Izanor sediakan. Dalam kotak itu sudah terlipat kertas-kertas kecil yang tercoret nama seperti: Nomik – Novelistar – Dekor – Dongeng dan Hero.

 

jalan pusing

Inilah barisan perarakan ‘Blinkers Sri Bangsar’ =)

 

geng dongeng

Kumpulan Dongeng: Khairina – Hadeerah – Athifah – Sarah – Adilah – Aina dan diketuai Izanor Sharif.

geng hero

Kumpulan Hero: Saiful – Iman – Anis – Aina – Lily – Illie dan diketuai Azanil Fitri.

geng dekor

Kumpulan Dekor-Dekor: Farah – Julie – Balqis – Shofiyah – Kieymah – Syakirah dan diketuai Alam Anuar.

geng novelistar

Kumpulan Novelistar: Nisa Kelopak Bunga – Anis – Wanie – Nur Yusra – Afifah dan diketuai Jumie Jain.

geng nomik

Kumpulan Nomik Lawak Sekolah: Aisyah – Norismahani – Fatin – Syafiqah – Arissa – Farhanah dan diketuai Aman Wan.

Yeah, setiap kumpulan dipimpin oleh seorang penulis. Blinkers yang hadir terdiri dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Paling muda berusia 9 tahun dan paling remaja sekali adalah tiga sekawan yang sebaya 21 tahun. Meriah! =) Perbezaan umur langsung tidak menjejaskan persefahaman dan kerjasama mereka ketika berusaha menjawab soalan-soalan secara berkumpulan. Apa aktiviti yang dilakukan? Apa bentuk soalan yang perlu dijawab? Jom tengok paparan cantuman gambar macam-macam aksi dan ragam.

aksi amanaksi azanil dan alam aksi azanilaksi farisyaazanil mcaksi afifahpenonton tak puas haticuba jawabcuba tekageng hero banyak jawab

Abang Aman, Alam dan Azanil sedang melakonkan sesuatu supaya dapat diteka oleh para penonton. Bagi setiap permainan, mereka tunjuk contoh apa yang harus dibuat dan seterusnya Blinkers pula mewakili kumpulan masing-masing. Semua memang sporting (walaupun kena pujuk kena panggil My Princess dulu… hehehe) dan spontan tampil ke hadapan. Ada tugasan yang sangat mudah, pelakon baru angkat tangan sikit… sudah terbongkar jawapannya. Tajuk filem seperti Titanic, Tangled, Ultraman… hai memang sonanglah!

Lebih-lebih lagi Raja Filem dari kumpulan Hero, satu-satunya Blinkers lelaki dalam perjumpaan ini. Eh-eh… dia sungguh cergas dan teka hampir semua tajuk lalu membuatkan ahli kumpulan lain menjeling pasrah adanya. Abang Azanil memberikan gelaran ‘Kaki DVD’ khas buat Saiful 😀

Tiga permainan yang dijalankan iaitu:

Filemstar Blinkers (buat aksi seperti poster, watak utama atau sebutkan tagline)

Leonardo da Blinkers (melukis kaver novel dalam masa 10 saat sahaja)

Ahli Nujum Blinkers (ini betul-betul perlu bijak TEKA dan ada gen-gen nujum dalam badan sebab soalan semua umum)

Selesai makan tengahari (Penulis belanja Blinkers KFC), bila-bila saja saat terluang, Blinkers akan minta tandatangan penulis. Ada yang bawa novel, buku nota peribadi dari rumah dan…. terdapat beberapa orang yang bawa baju T putih: Khas untuk mengumpulkan lakaran tandatangan kami berlima (termasuk Abang Fauzul pegawai Blink pun terbabit sama hehe)

Walaupun agak sukar uruskan fokus mata pen marker di atas kain-ia boleh jadi tercakar atau mengembang… namun Kak Izanor rasa seronok dan suka melihat corak yang terhasil.^^

aman sign baju t

Abang Aman Wan lukiskan Nera, Robita dan Bard secara eksklusif. Lihatlah gaya pengkomik silangkan kakinya itu…

baju t lily solo

baju t lily

Ini baju T milik Lily.

Semestinya sesi bergambar yang tidak mungkin dilupakan dan dilepaskan semua. Kami terburu-buru KLIK merakamkan memori bersama selepas tamat acara perjumpaan. Sementara tunggu kedatangan ibu bapa atau ahli keluarga Blinkers, kamera masing-masing bekerja keras memberikan khidmat kepada tuan mereka. Kak Izanor kenal dan ingat semua nama 29 Blinkers kerana menguruskan emel-mesej penyertaan sejak mula lagi. Tambahan pula, separuh daripada Blinkers sudah selalu berkomunikasi di Facebook dan dikenali. Abang Aman cemburu okey sebab dia tak ingat nama semua. Hohoho~

with illiewith iman

Illie yang bersemangat Blinkers hadir memakai Jaket cun dan Iman Nazihah berselendang tribal.

with khai bungawith fatin

Bersama Khairina dan Fatin.

with juliewith saiful

Bersama Julie dan Saiful.

with nisa kelopak bungawith sarah

Bersama Nisa dan Sarah.

with anis1481268_1428923750658488_477064031_n

Pasangan adik beradik yang edit kilauan pada gambar ini. Anis dan Aina.

dengan athifah n shofiyah

Oh, lagi satu pasangan adik-beradik yang berbakat menulis. Athifah dan Shofiyah. Mereka selalu menang dalam pertandingan yang Kak Izanor buat di group Projek Penulisan Blinkers.

anis syafiqah n wanie syazawith balqis auni

Sahabat baik yang serasi berseluar pink. Anis dan Wanie. Gambar yang hujung pula ialah Balqis Auni.

  dengan Arissa1527044_654004034652606_867082374_n1479645_193334620855783_695339124_n

Dari kiri: Arissa – Aina – Nur Yusra (beg biru dia sangat cantik)

with aisyah

Aisyah! Berkali-kali dia mahu bergambar dan masa ini dialognya ialah… “Kita buat gwiyomi” HEHE.

   with hadeerah

Hadeerah ahli termuda dalam kumpulan dongeng. Oh, nampak foto dalam pegangan Hadeerah? Itu adalah gambar yang memuatkan kami semua 29 Blinkers + 5 Penulis = 34 orang seperti yang tertampal di bawah ini.

foto ramai

 1511316_635382839852229_1443447590_n960272_635382663185580_299128935_n

Izanor dan KLCC <3

580577_635382793185567_262240776_n

Memperkenalkan Lily. Terima kasih sudi layankan hasrat Kak Izanor yang mahu bergambar latar belakang menara KLCC, mahu nampak air pancutlah, bangunanlah hehe. Ini masa kami baru selesai solat asar. Ramai Blinkers lain sudah balik.

with dongeng

Kumpulan Dongeng di 15 minit yang pertama… oh, semua sopan lagi dan tenang-tenang saja. Cakap berbisik-bisik, bunyi angin pun tak dapat dikalahkan. Tik-tok, tik-tok… apa yang berlaku selepas itu, hah biar gambar jadi bukti. Semua tak berhenti bergambar dan dalam jiwa bagaikan ada hormon ‘princess-princess.’ Gambar profil terkini ada yang sudah bermahkota okey. Hehehe.

Kak Izanor sangat terhibur dan seronok memiliki ahli kumpulan yang pelbagai ragam dan gila-gila.

geng dongeng selfie

1467375_654003837985959_1398515034_n

1524849_654003941319282_574040339_n1525071_654003967985946_1959804245_n 1525648_654004127985930_33705113_n999234_654004144652595_2084430512_nselfie bertujuhselfie tujuh lagi

Sememangnya kebanyakan gambar di dalam catatan ini adalah milik Blinkers sendiri. Kak Izanor tiada kamera dan telefon pula rosak pada hari kejadian. Super terima kasih semua yang hadir, berpanas, berpeluh, berkorban tenaga, bergembira dan meluangkan masa bersama. Kami amat menghargainya! Semoga menyukai hadiah khas pemberian penulis itu 😉 Sampai kita bertemu lagi!

vv(^_________________________^)vv

 ramai2konon peace

Barisan TIM BLINK yang sudah bekerja keras menjayakan majlis perjumpaan ini. Kami merancang untuk mengadakan Perjumpaan Blinkers 02 dengan tema yang berbeza pula pada cuti sekolah bulan Mac nanti. Kepada Blinkers yang terlepas peluang, nantikan pengumumannya ya! Jangan sedih-sedih… kami sentiasa ingin bertemu dengan semua Blinkers dan meraih detik keriangan yang serupa.

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inAlam AnuarAman WanAzanil FitriIzanor SharifJumie JainTerbaruUncategorized

29 Comments

  1. Dzuhaila Aina Dzuhaila Aina

    Ahahaha, gambar geng dongeng yang last tu Kak Anno cepuk manja kat kita hahajaha

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Aina… Cepuk manja pun tak kesampaian. Itu hanya cepuk angin, tahu? Ahahaha~

  2. Annyyss Annisah Annyyss Annisah

    macam menarik je…tahniah TIM BLINK

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kasih banyak Annyyss.^^

  3. Weeee… Masih ingat Perjumpaan Blinkers ’01 😀 Kenangan yang akan melekat di ingatan saya sampai bila-bila :3

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Weee… kenangan yang melekat di fikiran kita semua Shofiyah ^_^

  4. Iqmar Iqmar

    Bestnya T_T _< ! hihihihi, semoga Perjumpaan Blinkers Batch 02 saya turut join! =D .. Tapi nak jumpa juga Blinkers dari Batch 01! <- mengada XD

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Mari-mari-mari join… oh, kita pun tak tahu lagi siapa Blinkers Perjumpaan 02 nanti. Yang penting, Iqmar dapat menjalin perhubungan persahabatan yang baru juga 🙂

  5. Macam best je.. macam best je.. xD

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Yun Sing: Ya… memang BEST pun. Hehe~

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Mana tahu ada rezeki nanti dapat berkunjung ke Semenanjung 🙂

  6. Mukaku jelas terpampang di situ ! Maaflah , tudung macam ____ . 🙂 Hehe …

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Tudung Arissa okey saja 😉

  7. Heleluw ……….Tak sabar bulan Mac nanti! Kite cadangkan buat kat Utara atau tempat lain selain KLCC ..Hehehehe …

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Nanti kami fikir-fikirkan ikut kesesuaian semua pihak okey. Tungguuu…:)

      • Terima kasih Kak Izanor! Ya, ya.Saya akan SETIA menunggu <– dramatik sangat.silakan muntah.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Yalah… rindu juga >________<

  8. sedihnya tak dapat pergi…..huhuhu….tak dapat bertemu penulis-penulis yang dikagumi dan digemari….

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Nur Sofiyyah Blinkers yang dihargai… Mesti jumpa kami di perjumpaan akan datang 😉

  9. Illie Saffiya Illie Saffiya

    Gambar saya terpampang di situ. Oh, tidak dapat ku lupakan! Geng Hero! :p

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Hehehe. Geng HERO di hati Illie!

  10. Aisyah Aqiilah Zulkifli Aisyah Aqiilah Zulkifli

    Hohooo,kenapa masukkan gambar saya yang buruk masa sedang jawab soalan tuu? :3 Huwaaa

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Eh-eh… sebab comel dan cantik Kak Izanor masukkan gambar ini-bukti Aisyah yang bersemangat dan bersungguh-sungguh. Cayalah.^^

  11. Mahu saya belikan beg biru itu? Sementara stok masih ada~ Hehe. Terima kasih share!

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Hehe. Comel saja tawaran Nur Yusra. Kak Izanor sudah cukup gembira dengan sokongan yang diberikan selama ini. Super terima kasih! 🙂

  12. Huhu, bestnya blinkers2 yang dapat pergi.. Harap2 saya dapat menghadiri perjumpaan blinkers yang kedua nanti 🙂

Leave a Reply