Skip to content

15 December 2013 dalam kenangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua Blinkers. Lama sungguh Kak Ju tak menulis di blog ini. Nasib baiklah ada Kak Izanor, Abang Super Hero, Abang Deko-deko, Kak Emma, Abang Aja Fazla dan Abang Aman menulis corat coret di sini.

Ada beberapa sebab mengapa Kak Ju lama tidak menggerakkan jari jemari Kak Ju atas keyboard ini. Salah satu di antaranya Kak Ju tidak mengadap sebarang alat telekomunikasi selama beberapa tempoh. Alangkah gembiranya hidup Kak Ju waktu itu, selepas berhari-hari kerja Kak Ju dengan komputer dan yang sewaktu dengannya. Selepas semuanya dah kembali seperti sedia kala,komputer di rumah Kak Ju pula yang buat perangai. Nampak sangat cik PC tu merajuk dengan Kak Ju kan!

Okeylah lagi kalau Cik PC buat perangai, netbook Kak Ju mula menunjukkan tanda-tanda merajuk. Mula mula ia sangat slow mengalahkan siput sedut, lepas tu sekarang ini tak dapat kesan line internet pula. Sudah godek itu ini, nampaknya tak berkesan juga. Sudah la tu, kalau tersentuh sedikit, terus tarikmuncung panjang dengan tunjukkan skrin hitam dia! Terkebil kebillah kita kat depan ni aa. Okey okey Kak Ju tak nak terus terusan cerita mengenai cik PC dan En Netbook tu, sebenarnya Kak Ju nak cerita mengenai perjumpaan Blinkers01 yang diadakan 2 minggu lepas di KLCC. Gigihnya Kak Ju menaip gunakan handphone demi tatapan Blinkers. (Nak uwaaaaa pun ada, uhuk uhuk). Tapi tak apa, makin ditunggu nanti tak tertulis pula. Tak rela Kak Ju nak menyimpan perasaan yang menggunung pada Blinkers ini seorang diri.

lima penulis

Terima kasih pada Kak Izanor yang sudah menulis bagi pihak rakan-rakan penulis yang lain. Hati Kak Ju terpanggil-panggil untuk berkongsi juga sedikit sebanyak apa yang dirasai pada hari itu. Pertama sekali, Kak Ju ucapkan terima kasih buat semua warga Blinkers yang datang memeriahkan pertemuan. (Inilah perasaan yang menggunung tinggi mengalahkan Gunung Himalaya tu hehehe).Bak kata Kak Anno, selama ini berchit chat dan berbalas-balas komunikasi hanya di alam maya. Kali ni secara berdepan depan pula. Bagi Kak Ju sendiri, ini kali kedua Kak Ju berkesempatan bertemu dengan para Blinkers,  selepas ada antaranya yang kita sudah pun temui di PWTC awal tahun ini.

IMG_20131221_115738 Hadeerah yang bawa baju putih siapa ni ya?

Ada satu peristiwa lucu yang kalau diingat kembali Kak Ju sudah tersenyum senyum nampak gigi. Tapi tak ada warga Blinkers yang tahu. Apa? Ada yang nak tahu juga? Nanti Kak Ju kongsikan di akhir garisan. Eh , di akhir tulisan.

 

IMG_20131221_120000   Pasangan adik beradik Anis dan Aina. Terima kasih untuk hadiah comel itu!

Selain gambar yang Kak Anno sudah kongsikan, ini pula gambar gambar yang sempat Kak Ju dan warga Blinkers rakamkan. Ada antaranya dari fb warga Blinkers sendiri. Ada yang rajin menyunting dan gambar jadi lebih kreatif. Ada yang gambarnya siap ada blink blink lagi.

IMG_20131221_120131Geng Novelistar yang cool.

Alamak Ju sudah rasa seperti nenek kebayan yang terbongkok-bongkok mencari jalan pulang. (Baca: mata Kak Ju dan jari jemari rasa berpinar pulak. Tulisan kecil sangat. Rasa mahu guna handphone sebesar gajah masa masa terdesak gini). Sebelum Kak Ju jadi nenek kebayan betul dan mula tulis panjang panjang lagi macam Al, baik Kak Ju berhenti dulu. Gambar gambar lain yang menarik akan Kak Ju kongsikan di lain waktu.

IMG_20131221_115546

Ada gambar Lily Violet,  Khairina, pasangan adik beradik Sofi dan Kak Pah, Aisyah, Saiful, Fatin yang menang pen gajah, dan ramai lagi. Kak Ju juga nak ucapkan terima kasih sekali lagi pada warga Blinkers yang menulis ucapan, berikan hadiah-hadiah yang comel ( awak tahu siapa yang Kak Ju maksudkan ) dan juga atas kerjasama semua.   Kak Ju paling seronok masa menjadi Kak JUri hari tu. Macam macam ragam dan gaya adik adik semua. Pening mahu memilih para pemenang. Mata dan telinga kena pantas nak melawan kadar kecepatan Blinkers yang tak sabar menjawab soalan! (Bagus, semangat inilah yang kita mahukan. Wah dah jadi macam Cikgu Aini pula Kak Ju ni) Okey Kak Ju sambung lagi dan tambah gambar gambar menarik untuk tatapan warga Blinkers.

CYMERA_20131227_204657

Kemaskini : Peserta lelaki tunggal, Saiful yang menjawab hampir kesemua teka movie dan Fatin (yang menang pen gajah).

CYMERA_20131227_201340

Dan yang ini, gambar bersama Aina yang memang ikut tema, blink blink gitu gambarnya!

IMG_97905602728664

Dan ini satu-satunya gambar yang kami para penulis dan pelukis, dan abang-abang KBO beramai-ramai yang sempat dirakam oleh mama Khairina. Kredit gambar buat si Pinky ini ya.

konon peace

Ops… lupa pula. Nak tahu cerita lucu yang warga Blinkers tak tahu itu?

Ceng ceng ceng….

 

Sebenarnya pagi tu Kak Ju ada bawakan sedikit sarapan untuk alas perut kita semua. Hanya Kak Anno yang tahu Kak Ju ada bawa kuih. Memandangkan pagi pagi tu kita semua ada buat rombongan Cik Kiah tawaf taman KLCC, jadi kuih kuih tu semua kekal diam dalam beg tak terusik. Hehehe.

Satu lagi, sempena lagi beberapa hari kita semua akan meninggalkan tahun 2013, Kak Ju ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014 pada semua!.

Semoga tahun hadapan akan membawa lebih banyak keceriaan, kebahagiaan dan kita semua menjadi insan yang lebih baik. Jumpa lagi di lain kali, BYE…

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inJumie JainTerbaru

2 Comments

  1. Annyyss Annisah Annyyss Annisah

    Selamat Tahun Baru juga..kak Jumie, Blinkers dan semua Penulis..

    • JumieJain JumieJain

      Terima kasih Annyyss!♡

Leave a Reply