Skip to content

Rawak Jumaat

Hai. Assalamualaikum Blinkers! Salam Jumaat.

“Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.”

Semoga cergas dan cerdas semuanya. Tidak lupa juga, didoakan selalu diberkati Ilahi. Amin.

Kak Eima ucapkan selamat datang ke belog BlinkBlink dan selamat membaca segala coretan bagi pembaca yang buat pertama kali berkunjung di sini. Bagi yang selalu berkunjung di sini, stay cool. Orait.

Bagi yang belum mengenali siapa Kak Eima yang bulat macam tembikai nih, boleh klik di link yang disediakan selepas habis baca semua surat tak rasmi ini.

Bagi yang belum tahu buku apa yang Kak Eima tulis dengan Kak Ain Maisarah, tajuk buku itu ialah Aku Mahu CK (Cari Keberanian). Makan kuah lodeh ke, makan ketam masak lemak cili api ke, tengok buah lemon ke, beli Ambi Pur Lemon ke, tengok apa-apa yang warna kuning tu, ingatlah buku diraja itu. 😀

Bagi yang masih tertanya-tanya ‘cerita pebenda Aku Mahu CK tuh ehh Kak Eima?’

Cerita tentang tiga watak iaitu Sharifah Aliyah yang sangat anti sosial di sekolah.

Ahmad Badwi yang mencari penawar sedih setelah direjek dan diejek oleh seorang awek dan juga dipulaukan oleh sahabatnya. Dia memberanikan diri masuk Persatuan Kadet Polis dan membentuk identiti yang lebih meyakinkan dari yang sebelum ini.

Umie Aidah yang berperang dengan The Wannababes. Umie Aidah pengawas yang sangat garang tetapi sampai sekarang dia seringkali tertewas dengan kesalahan yang dibuat oleh The Wannababes.

Boleh klik di sini untuk sneak peak bagi yang belum baca lagi http://blog.blinkblink.my/kawanan-dari-geng-aku-mahu-ck/#axzz2rFB07MeA

Testimoni Aku Mahu CK tanpa diupah oleh mana-mana pihak atau parti (tak menahan…)

Nurul Farhanah – Saya dah habis baca buku Aku Mahu CK! Yeayy! Best sangat. Saya rasa mahu baca lagi, lagi dan lagi. Apa pun, buku itu saya akan simpan elok-elok. Sayang sangat padanya. Buku Aku Mahu CK telah memberi panduan kepada saya. Saya dapat merasakan semangat keberanian apabila habis baca buku itu!

Ahmad Faiz – Buku Aku Mahu CK tu best sangat.

Adilah Amran – Mari lah beli buku berwarna kuning ini. Jalan ceritanya menarik. Penulisnya pun comel dan gagah! Novel ini memang terbaik cap jari Adilah! Hohoho.

Amir Taufiq di instagramnya sambil bergambar dengan buku AMCK– Sangat meletop!
Waktu hari raya tahun lepas Kak Eima ada buat pertandingan bergambar dengan Aku Mahu CK. Boleh jamu mata di sini http://blog.blinkblink.my/keputusan-pertandingan-bergambar/#axzz2rFB07MeA

Bagaimana Kak Eima boleh menulis buku dengan Blink Book?

*Sambil tenung siling diiringi lagu rock kapak*

Kak Eima masuk pertandingan menulis satu bab pada tahun 2010 kot yang  melalui FB Kak Ain. Ingat-ingat lupa. Masa itu Kak Eima sekali dengan Abang Chik Naim Jalil, Mamabella, Hanna Johan, Kak Jumie Jain dan Kak Aisyah terpilih untuk menulis dengan Kak Ain setelah hantar cerita satu bab. Melalui pertandingan itulah segalanya bermula. Terima kasih Kak Ain kerana memberi peluang ini. Akan ku cuba menulis sebaik mungkin walaupun nampak macam poyo. Hahaha.

Feeling waktu mula-mula tunggu Aku Mahu CK terbit dulu.

Malu kucing pun ada. Sudah tentu teruja tetapi dalam masa yang sama takut terhadap penerimaan pembaca Kak Ain yang lain. Yelah kan, tidak semestinya Kak Eima menulis dengan Kak Ain, Kak Eima kena rasa lega dan yakin orang akan baca buku itu. Penulis mana yang tak takut buku yang ditulisnya tak ada orang minat baca kan? Eh, dah beli ke belum buku Aku Mahu CK? Belum? Alaa….

Harapan dari buku Aku Mahu CK

Harapan Kak Eima cuma satu. Semoga mendapat inspirasi daripada rasa tidak yakin pada diri sendiri. Mungkin waktu baca sekarang, belum dapat mesejnya. Tetapi harapnya, buku ini dapat buat para Blinkers berfikir serba sedikit dari cerita Sharifah Aliyah, Umie Aidah dan Ahmad Badwi. Kalau tak sekarang pun, mungkin 10 tahun di masa akan datang.

*******IKLAN TAK BERBAYAR******

Pesta Buku PWTC 2014.

Cerita pasal tajuk pesta buku 2014 ini pula, Bagi Blinkers yang belum tahu tema apa yang BLINK BOOK buat tahun ini, tema kedai Blink Blink ini ialah HERO BLINK BLINK. (berapa banyak Blink daaa…). Menarik kan? Nanti kita gebang lebih lagi pasal pesta buku ini. Cuma saja beritahu awal-awal tentang temanya, manalah tahu Blinkers berkobar mahu pakai baju superhero 3G atau Gadis Bintang bagi meraikan siri feveret  Hero Sri Bangsar kan atau pun merancang pergi ke pesta buku dengan pakai sedondon ungu semuanya. Boleh masuk dalam FB. Hihihi. Aip, yang penting niat simpan duit beli buku baru Blink Book nanti. 😀 😀 😀 😀 😀

Berlangsung selama berapa hari?
11 hari.

Bila tarikh pesta buku tu Kak Eima?

Jika diizinkan Allah, dari 24 April (Khamis) – 5 Mei (Isnin) 2014. Kita jumpa di sana nanti. Jangan lupa, tanda di kalendar Blink tu (yang ada), yang tak ada, boleh tanda di kalendar lain atau buat alarm di telefon dari sekarang. Hehehe 😀

Sebelum Kak Eima undur diri,

Boleh tengok siapa Kak Eima di sini yang beum kenal. http://blog.blinkblink.my/pengenalan-diri-eima-manan/#axzz2rFB07MeA dan di sini http://eimamanan.blinkblink.my/

tetapi pesan awal-awal, jangan terkejut tengok muka tembam Kak Eima okay. Terkejut okay lagi, jangan histeria, termuntah darah dan tak selera makan sudahlah ya. Sesudah masuk ke sini, jangan lupa klik add Facebook Kak Eima dan berkongsi pendapat atau ingin menyumbangkan idea tentang Siri Buletin Sri Bangsar yang katanya akan bertukar ke Siri Gosip Sri Bangsar. 

Jumpa lagi di hari yang lain.
Jaga kesihatan. Jaga minda.
Baca habis tak apa yang Kak Eima tulis ni? Hebatlah kalau memang baca habis.

Entah apa-apalah Kak Eima ni kan…

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inEima Manan