Skip to content

Kami di negara sejuk (konon)

Assalamualaikum! Blinkers..

Sekarang kita seperti mengalami  suhu musim luruh (autumn kata orang England). Nyamankan, panasnya tidak menyengat, berangin dan kadang-kala dingin. Mahu tahu, ada tempat suhu jatuh 12 darjah celsius. Kami yang dalam 20 darjah celsius pun sudah terasa, apatah lagi 12 darjah. Malam-malam membungkus sejuk. Pada yang berangan hendak berada di negara 4 musim, inilah masanya. Apa kata pergi berkelah.. hmmp.. menarik cadangan ini. Minum pagi atau petang dihalaman rumah (malas mahu keluar jauh huh!). Cuaca pun tengah cantik. Kikiki.. berangan mahu baca buku sambil baring-baring bawah awan. Mahu buat esoklah…

Setiap perkara ada kesannya, hampir seisi rumah kena selsema. Alhamdullillah Kak Aja sihat. Abang Fazla berstokin seperti tinggal di negara 4 musim dan diserang demam juga (setelah menguruskan emaknya yang mendapat demam denggi. Baca di post ini : ). Kini demam sudah sembuh, selesema hampir sembuh, setelah diberi sup ayam, kini batuk pula. Kalau batuk mahu beri apa ya?

Adooi!.. Cik Pia kencing dalam seluar pula…..

 

p/s: Jaga kesihatan, makan banyak buah untuk vitamin dan kurangkan minuman sejuk.

 

Kak Aja;

 ^ ____ ^

Published inAja FazlaTerbaru

4 Comments

  1. Assalamualaikum Kak Aja Abang Fazla,saya kini sudah menulis lebih kurang 20 cerita pendek berkaitan kisah keluarga saya.Ramai yang mencadangkan saya agar menghantar cerita tersebut untuk diterbitkan namun saya masih tidak pasti tentang hal ini.Bolehkah Kak Aja dan Abang Fazla tolong saya? P/S:Cerita saya lebih kurang 3 m/s bagi setiap tajuk.Kak Jumie Jain bagi cadangan untuk hantar cerita saya di PTS tapi saya tak tahu caranya dan kalau sempat, replylah cepat.

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Waalaikummusalam Che Nur Athirah,

      Cerita keluarga! Mesti banyak kisah menarikkan keluarga Nur Athirah.
      Mengenai menerbitkan buku dengan penerbit buku.
      Begini, prosedur lazimnya, kita dapatkan email ‘editor perolehan’ atau hantar pertanyaan ke bahagian editorial sesebuah syarikat penerbitan itu.

      Minta pencerahan kepada mereka dengan siapa kita patut berurusan mengenai proposal penulisan buku. Apabila sudah terima email/alamat editor yang berkenaan, hantarkan proposal penulisan kita itu kepada mereka. Selalunya pihak penerbit ada borang proposal menulis buku yang perlu diisikan oleh bakal penulis. Selanjutnya, pihak editor akan menyemak karya cadangan kita itu dan maklumkan keputusan mereka.

      Beranikan diri hantar 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *