Skip to content

Demi masa!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kak Ju ucapkan.

Amboi amboi lama sungguh Kak Ju tak menaip di sini. Pagi ini Kak Ju akhirnya berkesempatan. Itulah masa memang sering  mengejar kita. Tak boleh leka sedikit, tiba-tiba masa sudah sampai ke penghujungnya.

timeBegitulah dengan hidup kita ini. Pejam celik pejam celik, tahun baru 2014 sudah hampir sebulan berlalu. Tak lama lagi setengah tahun, dan akhirnya tahun baru lagi. Apa orang zaman sekarang kata, “Jarum jam cepat sangat berdetik.”

Sejak dua menjak ini, kita semua dikejutkan dengan perubahan cuaca yang sedikit berbeza dengan kebiasaan. Ada sesetengah tempat mencecah suhu paling rendah pernah dicatat 19  darjah Celcius (di Besut, Terengganu) dan 17  darjah Celcius di Kuala Krai, Kelantan. Ehemm.. siapa di sini dari Pantai Timur? Memang sangat ketara perbezaan suhunya tu kan. Dah ala-ala tinggal di Cameroon Highland.  Siapa yang memang sudah tinggal di Cameroon Highland pula waaa lagilah sejuk dengan bacaan yang Kak Ju perasan hari tu menjunam 12 darjah Celcius. Eh macam pembaca ramalan kaji cuaca pula Kak Ju ni. Ok ok stop it.

TINJAUAN CUACA SEJUK DI BESUT

Sebagaimana yang Kak Ju coretkan di atas tadi, masa yang berjalan berkaitan dengan putaran bumi kita. Sekarang ini pula, heboh dengan ramalan Malaysia akan turun salji. Semuanya berkemungkinan, kerana bumi kita tidak pernah diam dari menjalankan amanah dari-Nya. Cuma sekiranya ia berlaku pada zaman ini, Kak Ju dan kita semua pasti merasai pengalaman yang tak pernah terbayangkan.

Jordan

Bagi yang beragama Islam, dengan fenomena perubahan cuaca ini mengingatkan kita semua pada satu hadis akan tanda-tanda kedatangan Imam Mahdi.  “Maka jika kamu telah melihatnya (imam Mahdi), berbaiatlah kepadanya walaupun harus merangkak di atas salju yang dingin.” (HR. Ibnu Majah)

Para Blinkers usah pula takut sampai tidak lalu makan, tidak lena tidur dan sebagainya ya. Tarikh bumi berhenti sebenarnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Penuhkan aktiviti kita dengan perkara-perkara yang berfaedah. Kak Ju harap coretan Kak Ju kali ni yang bunyinya seperti serius (tapi tidaklah serius sangat) tidak disalehertikan. Cuma setiap yang berlaku ada permulaan sebelum tiba ke pengakhirannya.  Seperti coretan pagi ini juga, Kak Ju sudah kena berhenti. Cukuplah dahulu. Nanti di lain masa Kak Ju sambung lagi dengan coretan yang lain pula.

Bagi sesiapa pembaca yang belum add friends Kak Ju, bolehlah add dan berkenalan di sini

Jumpa lagi.

Kredit gambar: Internet.

 

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inJumie JainTerbaru

5 Comments

  1. Ainul Zulaikha Ainul Zulaikha

    Waaaa 🙂
    Best juga jika Malaysia salji. Boleh main salji dengan Kak Ju!

    • mohammad haqim mohammad haqim

      seronok lah sangat :3 . tahu tak ini adalah antara tanda-tanda kiamat ?

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Entah-entah Kak Ju sudah beku dahulu hehehe

      • Ainul Zulaikha Ainul Zulaikha

        Mana ada laaaa 😛

  2. Ainul Zulaikha : Hahah betul kata Abang Aja Fazla, entah-entah Kak Ju yang beku dulu sebekum sempat main. Blinkers Haqim : Kiamat itu pasti akan berlaku, cuma kita semua yang tidak tahu bila harinya. Jadi, buat yang terbaik, dan dekatkan lagi dengan Yang Maha Pencipta 😀

Leave a Reply