Skip to content

SPM bersusun A?

Tahniah kepada Blinkers yang gembira dengan keputusan SPM.

image

Gembira dan syukur bukan hanya untuk mereka yang bersusun A. Bagi yang sudah maklum keputusan yang bakal keluar dan bagi yang terima keputusan melebihi harapan ia juga satu kegembiraan, cuma ia tidak dipandang dan diraikan kan. 😉

Untuk Blinkers yang kecewa setelah usaha dibuat, bagi Blinkers yang kecewa dengan nasib yang tidak menyebelahi, jangan putusasa. SPM itu bukan titik penamat tetapi ia sebuah kisah yang baru bermula. Kisah yang bakal kita tentukan dan dimana kehidupan kita letakkan. Insan yang berilmu, dermawan, hartawan, sampah masyarakat, cemerlang , bahagia atau kecewa kita yang tentukan, kita yang pilih. Kerana tika itu keputusan ditangan kita.

Jika mahu berjaya, berusahalah kearah itu. Sijil SPM tidak menjanjikan kejayaan kehidupan seseorang. Ia cuma tiket arah bidang yang mahu kita pergi. Tetapi tanpa usaha ia sama sahaja dengan Sijil SPM yang biasa-biasa. Walaupun sijil SPM biasa-biasa, dengan usaha kita akan sampai juga pada cita-cita, cuma jalannya munkin agak panjang atau lebih cemerlang. Kerana tuhan sentiasa memberi yang terbaik untuk kita walaupun dalam bentuk yang kita tidak ingini cuma kita tidak tahu. Bersyukur dan teruskan kehidupan.

Selamat datang ke dunia baru!!

Aja Fazla adalah 2 individu yang bergabung tenaga dalam satu nama.

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inAja FazlaTerbaru

Be First to Comment

Leave a Reply