Skip to content

Ada Apa Dengan Puteri Gunung Tendang dan Tujuh Hantaran Ajaib?

pgtendang

Mempersembahkan beberapa pengalaman ketika Izanor menuliskan kisah puteri rupawan yang menetap di puncak gunung tertinggi. Catatan ala-ala di sebalik tabir pembikinan manuskrip yang terakam. Apa yang seronok sehingga penulis tersenyum tiga jam tanpa henti? Apa pula cabaran yang membuatkan tempurung otak terasa senget dan berpuar-putar? Selamat membaca!^^

1. Laptop Kak Izanor asyik semput-semput. Ia banyak kali terpadam secara mengejut ketika jari ini rancak menekan keyboard dan membantutkan kelancaran idea. Huhu. Laptop pun pandai bersikap diva mengikut watak Putera calon suami Puteri Gunung Tendang agaknya. Mujur adik bongsu sudi pinjamkan laptop selama dua minggu. Selepas itu, Kak Izanor sambung menulis menggunakan laptop adik yang seorang lagi pula. Alkisahnya… kerjasama Ejen Fujitsu, Ejen Acer dan Ejen Asus yang menentukan kejayaan kes dongeng ke-6.

laptop[1]*Jangan tengok gambar makanan, tengok warna badan laptop*

2. Pengembaraan kali ini memang super mencabar. Jadual tidur langsung tidak menentu. Setiap kali mengantuk dan pura-pura tak dengar bunyi jam loceng, Kak Izanor paksakan juga tubuh supaya bangun. Minda seolah sudah set perkataan ‘Oh, mesti siapkan Puteri Gunung Tendang!’ Cara mahu tegakkan tubuh ialah dengan hujung kaki yang menendang-terus melonjak ala-ala gimnas profesional. Dua kali pandang tidak ubah seperti atlet lompat jauh okey, tetapi… setakat melangkah bucu katil sajalah. HEHEHE.

3. Katak, oh… katak… mengapa tidak comel? Selain pasukan ejen pari-pari (Fizz, Tizz dan Milo), semestinya ada beberapa watak baru dalam kes dongeng kali ini, salah satunya ialah: KATAK. Kak Izanor membuat kajian tentang rupa, sifat, kesukaan katak dan banyak lagi. Sebenarnya, ada juga katak yang tidak menggelikan dan sejuk mata memandang. Namun, watak katak perlu dihodohkan supaya menimbulkan konflik kebencian ramai. Rela atau tidak… Kak Izanor terus kebalkan jiwa untuk menatap imej-imej katak yang berkulit menggerutu demi merealisasikan penulisan ini.

(X_____________X)

katak*Katak ini comel, bukan? Tetapi tak salahnya ia beracun*

4. Dalam banyak-banyak babak, perang mulut di antara Milo dan Nenek Meroyan paling menguji komputer minda. Mereka berdua bergaduh ketika tujuh hantaran sedang dinilai. Muka surat asyik tersekat di angka 138, Kak Izanor memang STRES dan bercakap seorang diri: “Bila mahu tukar muka surat baru? Arghhh!” Tulis punya tulis, rasa tidak menyakinkan… padam! Lama termenung mahu mencipta pergaduhan yang dramatik… gagal! Kak Izanor terus buka tab baru, Google dan buat perkara lain. Ia memakan masa berhari-hari juga, selepas halaman 139 berjaya dijejak: Izanor Sharif menjerit YESsss dan penyakit ini berterusan hingga ke penamat cerita 😀

5. Sepanjang proses penulisan, boleh dikatakan hampir setiap minggu Izanor ditemani Cheese Leleh keluaran dapur OnePieceBakery. Kek superlazat yang menyembuhkan stres dan melancarkan hujan idea.^^

cheeseleleh[1] *Satu bekas setiap hari, ini minggu yang tamak beli 4 bekas sekaligus hohoho*

“Mereka mahu panggil beta Gun, Gunu, Cik Nung, Cik Dang, Ten Ten, Tenda…” Mencebik dan menggoyangkan bahu kegelian. “Semuanya merepek dan tidak sofistikated langsung! Lagipun, buat apa guna nama singkatan? Hilanglah keunikan! Sejak itu beta terus keluarkan perintah larangan, tiada siapa yang berani timbulkan isu nama lagi.”

– Puteri Gunung Tendang –

Kisah Puteri Gunung Tendang ini adalah buku dongeng ke – 6 dalam siri Dongeng Sri Bangsar. Ia akan diterbitkan pada PBAKL 2014 : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC yang berlangsung selama 11 hari (24 April – 4 Mei). Jumpa di sanaaa~

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inIzanor SharifTerbaru

10 Comments

  1. Kenapa harus 139? Kenapa tidak 187 (Tarikh lahir dia.18 haribulan 7 😛 ) Apapun, tahniah =D sebab berjaya mengatasi cabaran tersebut

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kaseyyy dear Nurhazimah. Kak Izanor harap Nurhazimah akan menyukai kisah Puteri Gunung Tendang ini.^^

  2. Izzah Zakaria Izzah Zakaria

    Wah, macam best saja novel kisah Puteri Gunung Tendang ini. Harap-harap terjumpa dekat kedai buku mana-mana… 😀

  3. Dh beli dh kat PBAKL 2014 tu. Beli terus pakej hero 150. Tapi, blom baca lg walau satu mukasurat pon. Haha… (kerja sekolah melambak seperti Gunung Everest) =(

  4. aleya mysarah aleya mysarah

    Kak AIN MAISARAH best lah baca novel kak ain. Saya sangat minat dengan kak ain.

  5. Buku-buku yang ka ain tulis memang best giler sume kengkawan saye suke. Saye pun nak ikut jejak langkah kak ain lah.

  6. 0412280104 0412280104

    bila nk keluarkan buku dongeng yang lain …

  7. Nur Syuhadah Nur Syuhadah

    saya selalu pinjam kat kawan buku kak ain maisarah… dia ada banyak buku kak ain maisarah ..

  8. Nur Syuhadah Nur Syuhadah

    saya dh ada buku Puteri Gunung Tendang dan buku Senah White dan The Wannababes Kerdil ..

  9. NurAlya NurAlya

    Saya dah lama minat novel kak ain tau…sbb sumenya best and menarik…

Leave a Reply