Skip to content

Cerapu : Misteri Jiran Sebelah

Joana menyewa bersama-sama 3 orang kawannya di sebuah flat. Rumah flat tersebut boleh tahan selesanya. Cukuplah bagi mereka yang masih bujang. Joana seorang yang antisosial dan sangat panas baran. Manakala dua orang kawannya itu pula, Hera dan Piah sangat peramah. Disebabkan dua karakter yang bercanggah manggah tu, Joana kurang rapat dengan mereka. Bercakap perkara-perkara yang penting sahaja. Hera dan Piah sudah faham dengan sikap Joana jadi mereka tidaklah mengambil hati sangat. Apa yang penting, masing-masing reti bayar sewa bila cukup bulan. Itu sahaja.

 

Nak dijadikan cerita, Joana selalu berkurung di dalam biliknya dan jarang keluar bilik kecuali ke tandas, ke dapur, keluar rumah dan juga semasa ketiadaan kawan-kawannya sedang melepak menonton tv di ruang tamu. Bila semua dah tak ada, barulah dia berani menonton tv seorang diri.  Joana memang tidak mahu ambil kisah tentang apa-apa. Baginya, lantak lah!

Suatu hari, Hera dan Piah keluar rumah. Maka tinggallah Joana seorang diri.

Duk duk duk duk duk..bunyi bola dilantun ke dinding. Bunyi itu datangnya dari arah jiran sebelah. Joana agak bengang kerana bunyi itu betul-betul di sebelah tempat dia menonton televisyen. Bunyi itu sangat menganggu konsentrasinya yang tengah syok layan tengok cerita hindustan.

Duk duk duk duk duk duk duk duk duk..! Bunyi bola dilantun ke dinding tidak henti-henti.
Joana mengetuk-ngetuk dinding juga berharap jiran sebelah rumah faham maksudnya supaya berhenti melantun bola. Tetapi, bunyi lantunan bola itu makin kuat. Seperti mahu pecah dinding saja.

hantu

Oleh kerana tidak tahan lagi dengan sikap kurang ajar jirannya, dia bertekad untuk menjerit supaya berhenti bermain melantun bola. Jarak antara tingkap rumah sewanya dengan jiran sebelah hanya sedepa setengah sahaja. Jadi senang Joana nak memarahi jiran sebelah.

Joana menjenguk kepalanya ke arah tingkap rumah sebelah. Mujurlah waktu itu, ada seorang wanita tua sedang menjemur kain di balkoni.

“Makcik..boleh tak suruh siapa yang melantun bola kat dinding tu berhenti. Jangan buat macam tu lagi. Saya nak tengok tv pun terganggu.” Marah Joana. Dia memang betul-betul bengang.

“Minta maaf..anak makcik memang begitu.” Makcik itu tersenyum-senyum. Tapi senyumannya sangat mengerikan pada pandangan mata Joana. Gigi makcik itu hitam.

“Eeeii..macam gigi hantu makcik tu.” Kata Joana perlahan.

Sebentar kemudian, bunyi lantunan bola sudah tidak kedengaran lagi. Barulah tenang hati Joana.

Jam 6 petang. Joana terdengar pintu rumah dibuka kunci menandakan kawan-kawannya sudah balik. Waktu itu dia sedang memasak megi ayam. Perutnya terlalu lapar. Dia terdengar bunyi bising di luar rumah. Kedengaran kawan-kawannya seperti bercakap dengan beberapa orang perempuan.

“Assalamualaikum..” sapa Hera dan Piah sebaik melangkahkan kaki ke dalam rumah. Joana yang sedang menuang megi ayam ke dalam mangkuk menjawab salam perlahan. Bau megi ayam yang masih panas terus menusuk masuk ke dalam rongga hidung Hera dan Piah. Kecur jugalah air liur Piah terbau megi ayam tu.

“ Cakap dengan siapa kat luar tadi..” Tanya Joana berbasa basi.

“Hemm..dengan orang yang mahu menyewa sebelah rumah kita ni. Dia tunggu tuan rumah bawa kunci nak tengok keadaan rumah tu. ”

“Sewa rumah sebelah? Baguslah. Taklah bising sangat nanti. Tadi masa tengok tv, anak makcik sebelah ni duk melantun-lantun bola sampai nak pecah dinding..!” marah Joana masih bersisa.

“Makcik sebelah rumah kita? Makcik mana? Sebelah bilik kau ke..?”

“Taklah..sebelah rumah kita ni la..” jawab Joana lagi.

“Rumah sebelah ni mana ada orang cek oiii..dah dua minggu kosong. Tak ada siapa duduk. Tuan rumahnya baru datang hari ini.” kata Hera.

Dalam hati Piah menyumpah la juga pada Joana. ‘Tulah kau, antisosial sangat sampai tak tahu menahu hal sekeliling..’

“Mungkin kau dengar bola melantun sebelah rumah sana tu..biasalah hidup rumah flat macam ni..macam-macam bunyi. Bunyi seret kerusi la, seret meja la, sudu jatuh la..” kata Hera yang sudah terbaring atas kerusi panjang.

Gulp. Tiba-tiba mukanya seperti kebas. Joana terkedu. yang melantun bola tadi tu siapa? Habis tu dia cakap dengan makcik gigi hitam macam hantu tadi siapa pulak??? Ha..ha..haaa..Hantu betul ke???

nenek

sengal tak cerita ni???

“kenali jiran anda. haha..”

Nota kaki : Cerpen ini Kak Eima tulis pada tahun 2010. Masa ni belum jadi penulis Blink lagi. Saja nak pos cerpen lama. Tulis suka-suka sambil berlatih menulis cerita. Kak Eima tak adjust apa pun demi mengekalkan keoriginalitian tatabahasa. Barulah dapat bezakan penulisan dulu dan sekarang. Kak Eima sangat menggalakkan Blinkers menulis cerpen sebagai koleksi. Tidak kiralah apa pun tema. Kadang-kadang dengan menulis cerpen, kita akan tahu dengan sendiri apa jenis genre penulisan kita. Macam Kak Eima sendiri, sudah tentulah cerita merapu meraban. Bahahahhah 😀

Oh ya satu lagi, semua gambar kartun senget-benget (macam tuan dia jugak) yang doodle. Comel tak? hahhhaha. Jangan mara aaa. Nanti Kak Eima post lagi cerpen yang lain. Tunggguuuu.
12/12/2010

Be Sociable, Share!
Published inEima MananUncategorized

8 Comments

  1. Delaila Delyana Delaila Delyana

    Cerapu? Cerpen + merapu ke kak? Bestlah! Saya pernah alami sekali, pintu tandas diketuk semasa saya berada di dalam tandas. Padahal tak ada siapa pun kat rumah melainkan saya!

    • hehe . akk eima ! best lahh . buat lagi boleh ?

      • Iema Manan Iema Manan

        In Sha Allah, kalau rajin Kak Eima buat lagi. 🙂 Terima kasih sudi baca, Irma.

    • Iema Manan Iema Manan

      Hai Delaila. Cerita merapu = cerapu. Siapalah agaknya yang ketuk pintu tu…

  2. Illie Saffiya Illie Saffiya

    Serious best! Cerapu? Unik! Hahaha.
    Siapa lukis semua tu? Kelakar sangat!
    Nak pinjam berus gigi? Boleh, datanglah rumah. ^^ :p

    • Iema Manan Iema Manan

      Hai Illie, semua tu Kak Eima yang lukis masa zaman muda.Heheh..!
      Nanti nenek datang ambil berus gigi ya…..tunggu.

  3. Aaliyah Maisarah Aaliyah Maisarah

    Tersangat-sangatlah best Kak Eima Manan! Sudahlah saya baca seorang diri di dalam bilik! Waktu malam pula itu~ Seram sejuk dibuatnya hihi

  4. Ain Umairah Ain Umairah

    takut la bce cerite ni haha

Leave a Reply