Skip to content

Kisah Pra-Hari Raya 2014 (bah. 1)

selamat hari raya

 

Hey Yo!
Assalammualaikum Blinkers!

Hari ini dalam kesibukan orang ramai balik kampung untuk menyambut hari raya yang akan datang InsyaALLAH, abang Fazla mahu beri peluang Blinkers semua. Yup! siapa yang mahu peluang Fb dan post FBnya naik dalam blog BlinkBlink, baca seterusnya blog ini.

Pertama! Tahniah kerana anda a.k.a Blinkers klik pautan blog yang abang Fazla kongsikan dan terus membaca post kali ini. Baiklah, sebenarnya abang Fazla dan kak Aja sedang sibuk pada hari akhir-akhir Ramadhan ini. Kak Aja sibuk menyiapkan tempahan kek dan abang Fazla akan sibuk jaga hero dan heroin juga kemas rumah (T__T ada cerita rumah alami banjir bulan ini nanti kita kongsi cerita ini ok 🙂 ).

Tetapi…

Hari ini, ya baca, hari ini sahaja ok! Abang Fazla mahu buka peluang kepada semua BLINKERS untuk menyampaikan ucap selamat hari raya kalian kepada penulis Blink.

dan hadiahnya

ucapan-ucapan ini akan dinaikan PRINT SCREENnya di dalam post blog BlinkBlink!
“Popular you!”

Macamana caranya?

Senang sahaja. Ikuti langkah-langkah di bawah :-

1- Tulis ucapan selamat hari raya Blinkers semua sekreatif, seceria atau selawak yang mungkin, tidak melebihi 50 perkataan di FaceBook masing-masing.
2- Selesaikan ucapan itu dengan hashtag ini #SelamatHariRayaBlink
3- Akhir hari ini pukul 12 malam, peluang tamat, dan abang Fazla akan mula ambil PrintScreen status FB Blinkers dan naikkan pada post istimewa raya di blog ini. Talk about instant popular eh! 😉

Mudah sahaja, semuanya pemenang, siapa yang mahu boleh sertai, jika tidak tak mengapalah, kita orang penulis Blink ucap selamat sesama sendiri sahajalah T__T

Ok…offer start now 😉

…words are such a beautiful give.

Aja Fazla adalah 2 individu yang bergabung tenaga dalam satu nama.

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inAja FazlaTerbaru

4 Comments

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Terima kasih adik Mee Hun Nurhazimah 😀

  1. Alia Natasha Alia Natasha

    Abang siapa pemenang?

Leave a Reply to anis Cancel reply