Skip to content

Sejarah Azanil Fitri Blink

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalammualaikum..
Hai Blinkers semua.. apa khabar? Abang Azanil harap semua sihat ya. Kalau tak sihat cepat-cepat makan ubat. Jangan makan coki-coki pula.

Pada post yang pertama, Abang Azanil telah bercerita  serba sedikit tentang diri Azanil Fitri Blink.  Hari ini, Abang Azanil mahu bercerita pula tentang kisah bagaimana bermulanya kerjaya sebagai seorang penulis. Setiap kali Abang Azanil pergi ke sekolah-sekolah di bawah Program Jelajah Blink, pasti Abang Azanil akan berkongsi cerita ini. Kali ini Abang Azanil mahu berkongsi di Blog Blink pula.. Jom Abang Azanil ceritakan..

Dengan terbitnya dua buah buku ini.. maka secara rasminya saya bergelar seorang NOvelis.. hohoho
Dengan terbitnya dua buah buku ini.. maka secara rasminya saya bergelar seorang Novelis.. hohoho.. ambil gambar.. jangan tak ambil..

Sebelum menjadi seorang penulis Abang Azanil telah melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan. Mula-mula kerja restoran.. pening kepala melayan keranah pelanggan. Berhenti.. kerja kilang pula. Kerja kilang pula jika mahu gaji banyak tapi kena buat over time.. masa habis dihadapan mesin sahaja. Boring! berhenti.. kerja pejabat pula. Pakai segak.. tapi nak pergi pejabat jalan jem pula.. balik pejabat pun jalan jem.. akhirnya otak sendiri naik jem.. tak boleh jadi.. berhenti lagi! tukar lagi kerja.. sudahnya jadi pemandu lori. Amik kau.. hari-hari mengadap jem, terus jadi pemandu lori.  Muka jambu bawa lori.. hehehe

Dengan ini.. saya berikrar akan menjadi seorang pemandu yang berhemah dan bersopan santun di jalan raya.
Dengan ini.. saya berikrar akan menjadi seorang pemandu yang berhemah dan bersopan santun di jalan raya.

Jadi pemandu lori.. Abang Azanil merasakan cukup ganas sekali kerana boleh dikatakan setiap minggu pasti Abang Azanil akan keluar masuk penjara dan keluar masuk hospital.. sampai pegawai penjara dan hospital boleh kenal dengan Abang Azanil. Haa.. Ganas tak? KL Gengstar pun tak boleh lawan rekod Abang Azanil. Hahahaha (ketawa jahat). Sebenarnya Abang Azanil jadi pemandu lori roti jadi setiap minggu kena hantar roti untuk warga penjara dan hospital.. sebab itulah selalu masuk penjara dan hospital! (Jangan marah aa.. hehehe)

Memikirkan masa depan sambil menunggu lampu trafik bertukar warna.
Memikirkan masa depan sambil menunggu lampu trafik bertukar warna.

Ku sangkakan panas sehingga ke petang.. tetapi hujan ditengah hari. Tengah sedap-sedap jadi pemandu lori yang dikenali  warga penjara dan hospital, tiba-tiba kilang roti tempat Abang Azanil berkerja itu tutup… jadi terpaksalah cari kerja lain. Sudahlah payah cari kerja.. tak fasal-fasal kena jual nasi lemak pula pagi-pagi.. huhuhu.. tetapi tak lama, sebab Abang Azanil dapat tawaran menjadi ahli skuad pemusnah nyamuk.. bunyi macam gempak je.. kerjanya bawa lori sembur racun nyamuk disekitar taman perumahan. Berkuasanya Abang Azanil waktu itu.. kalau suruh orang keluar rumah.. mereka pun keluar rumah.. kalau suruh diorang buka pintu rumah.. diorang pun buka pintu rumah. Kiranya Abang Azanil ni hero setempat la.. sebab berjaya menghapuskan dan mengusir nyamuk aedis yang boleh menyebabkan demam denggi.. namum begitu Abang Azanil begitu dibenci oleh geng-geng nyamuk. Berbakul-bakul sumpah seranah dilemparkanl.. tetapi Abang Azanil buat dek je.. (Poyo!)

Inilah kenderaan superhero penghapus nyamuk. Sambil bawa lori je sembur racun nyamuk.. relek je. Tu yang buat nyamuk-nyamuk semakin sakit hati.. hehehe
Inilah kenderaan superhero penghapus nyamuk. Sambil bawa lori sembur racun nyamuk.. relek je. Tu yang buat nyamuk-nyamuk semakin sakit hati.. hehehe

Nak jadi cerita, satu hari Abang Azanil berjumpa dengan Kak Ain Maisarah. Melihat skil pemanduan Abang Azanil yang ala-ala pelumba F1, Kak Ain pun menawarkan pekerjaan sebagai pegawai jualan untuk Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah. Kami pergi ke sekolah-sekolah yang terpilih. Abang Azanil buka meja pameran, Kak Ain Maisarah pula beri ucapan tentang kerjaya penulisan.

Kak Ain beri ucapan di hadapan..
Kak Ain beri ucapan di hadapan.. Abang Azanil pula buka meja pameran di belakang.

313455_273837595983974_943165560_n

Waktu Kak Ain berucap, Abang Azanil pun curi-curila dengar.. perkongsian Kak Ain tentang kejayaan beliau membuatkan Abang Azanil tergerak hati untuk cuba menulis.

Jadi.. Abang Azanil pun terus menyambar buku Kak Ain yang bertajuk Aku Mahu Popular. Setelah membuat kajian dan bedah siasat pada buku tersebut.. Abang Azanil pun buatlah satu cerita dan beri pada Kak Ain untuk penilaian. Akhirnya Kak Ain pun telah memberi peluang kepada Abang Azanil untuk menjadi penulis bersama dibawah penerbitan Blink Book sdn. Bhd. Wah.. pucuk dicita ulam mendatang.. kecil tapak tangan, tapak perumahan kos rendah saya tadahkan. Apa lagi.. Abang azanil terus sambar peluang tersebut.

Buku Aku Mahu popular bukan sahaja mempopularkan Ain Maisarah.. Abang Azanil juga turut popular selepas membaca buku ini.
Buku Aku Mahu popular bukan sahaja mempopularkan Ain Maisarah.. Abang Azanil juga turut popular selepas membaca buku ini. Popular la sangat.. (mata ke atas)

Maka.. bermulah kerjaya Abang Azanil sebagai seorang penulis. Tak sangka.. pemandu lori yang jambu ni pun boleh jadi penulis hehehe.. begitulah sejarah bermulanya kerjaya Azanil Fitri Blink.

Penampilan Azanil Fitri bersama Ain Maisarah di pesta buku 2011. Peace yo!
Penampilan Azanil Fitri bersama Ain Maisarah di pesta buku 2011. Peace yo!

Apa yang Abang Azanil dapat belajar ialah.. jika kita mahu berjaya, pastikan kita sentiasa berada dengan orang yang berjaya. Harap cerita ini memberi manafaat kepada Blinkers semua.

Okeylah.. rasanya setakat ini sahaja perkongsian Abang Azanil untuk kali ini. Akan datang Abang Azanil akan kongsikan cerita yang lain pula.

Jumpa lagi.. bye!

Senyum Selalu

Azanil Fitri Blink 🙂

Published inAzanil Fitri

24 Comments

  1. nurul amirah nurul amirah

    sy ada buat penulisan sikit.. ala-ala nk jadikan novel gitu.. tapi tak tau nak suruh sape nilai.. ade tips tak? and nak dihantar ke mana ye?

  2. Begitulah sejarah hidup kita yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran~
    Semoga Abg Aznil teruskan menulis novel ya! ^o^
    Seronok saya baca~ Tehehe~

  3. Terharu jugak baca sejarah abang azanil tapi SYABAS abang azanil kerana berjaya menjadi seorang novelistar yg terkenal.Teruskan usaha untuk menulis novel.. jgn putus asa.kami sebagai seorang pembaca akan tetap menyokong. GOOD LUCK.. Semoga berjaya..

  4. Iema Manan Iema Manan

    bengkak bengkok jugaklah naik tangga tu ye. apa pun, kisah ini boleh dibagi contoh pada pria-pria di luar sana. selamat maju jaya Abang Azanil di masa hadapan! 🙂

  5. Terbaiklah abang Azanil!!! High 5!!!hehe… bestlah abang Azanil dapat jadi novelis popular…huhu saya ini bila pula boleh jadi seperti abang… nak jadi novelis popular juga!!!

Leave a Reply to Azanil Fitri Blink Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *