Skip to content

Cara menghadapai kegagalan dalam perperiksaan

Assalammualaikum Blinkers semua. Setiap orang yang bergelar pelajar pasti akan menduduki perperiksaan. Bila sudah dapat keputusan perperiksaan pasti akan ada yang berjaya dan ada juga yang gagal.

Untuk yang berjaya pasti akan rasa gembira dan bangga. Bagaimana pula dengan mereka yang gagal?

Kali ini Abang Azanil akan berikan tip bagaimana untuk menghadapi kegagalan dalam perperiksaan.

 

A distressed teenage girl with exam results

 

1. Jangan bersedih hanya kerana gagal dalam ujian/perperiksaan. Ini hanya membuatkan diri bertambah murung. Tiada siapa yang suka melihat wajah anda yang seperti ayam berak kapur itu.

 

72

 

2.  Lakukan aktiviti kegemaran yang memerlukan tenaga. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk menghilangkan rasa duka atau marah. Boleh lakukan aktiviti seperti berbasikal, berjoging atau membantu ibu membuat kerja rumah. Barulah ibu tidak membebel panjang. Nampak tak permainannya di situ.

Jangan Menyerah

3. Lihat masa hadapan dan berazam untuk melalukan yang terbaik pada perperiksaan akan datang. Sekali gagal bukan bermakna gagal untuk selamanya. Ketahuilah akan ada banyak lagi perperiksaan yang bakal anda hadapi. Yeay! \(^o^)/. Masih ada banyak lagi peluang untuk tingkatkan diri dan buktikan yang anda boleh berjaya. Dalam kata yang lain, kegagalan kali ini adalah satu petunjuk bahawa anda harus membuat persiapan dengan cara yang berbeza pula. Paln A tidak menjadi kita tukar ke plan B!

996971_731214553572769_105258523_n

4. Lihat kesilapan yang telah anda lakukan dan cuba perbetulkan supaya tidak diulangi pada masa akan datang. Kalau pada masa akan datang masih mengulangi kesilapan yang sama barulah boleh karate tengkuk sendiri.

1470045_730260563668168_820230815_n

5. Cuba tanya diri sendiri, mengapa anda dapat keputusan seperti sekarang. Adakah kurang belajar atau cara belajar yang kurang berkesan? atau kurang faham dengan soalan yang diberi? atau memang anda kurang bernasib baik kali ini? mungkin cara ini membantu anda menangani perasaan sedih kerana gagal dalam perperiksaan. fikir-fikirkan dan selamat beramal!

 

Tip 

  • Jangan terlalu memikirkan hakikat bahawa anda  mendapat gred yang tidak baik, kerana anda tidak boleh mengubah masa lalu.
  • Sentiasa bersabar dan melakukan yang terbaik. Anda akan berjaya jika berazam untuk berjaya! Percaya pada diri sendiri.
  • Jangan bandingkan diri dengan orang lain.
  • Jangan menjadi negatif dan berputus asa. Menyalahkan diri tidak akan membantu. Ia hanya akan membuatkan keadaan bertambah buruk.
  • Cuba berkongsi perasaan anda dengan seseorang yang rapat. Mungkin dengan rakan karib dan jangan memencilkan diri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published inAzanil Fitri

7 Comments

  1. Ahmad Faiz Ahmad Faiz

    Wah!! Terima kasih Abang Azanil Fitri atas perkongsian yang padat dan bermanfaat. Tips-tips yang diberikan dapat digunakan sebagai bahan motivasi. Maknanya, Abang Azanil dapat cungkilkan satu lagi bakat terpendam. Selain daripada menjadi seorang novelis, mungkin dapat menjadi seorang pakar motivasi… Hehe.. (sebagai kerja tambahan)

Leave a Reply to Azanil Fitri Blink Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *