Skip to content

Perjumpaan Blinkers 01: Riang Ria Bersama Penulis BLINK

poster jumpa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

HAI-HAI-HAI Blinkers!

Mempersembahkan program Perjumpaan Blinkers yang pertama. Selepas berbincang panjang, kami semua bersetuju dan teruja mahu bertentang mata dengan pembaca yang COOL.

Mengapa hanya 30 Blinkers sahaja yang terpilih? Tujuannya supaya kami dapat berinteraks, bergurau senda dan ber-gwiyomi dengan lebih dekat dengan setiap Blinkers. Semua boleh menegur dan bebas bertanyakan apa sahaja soalan yang selama ini terpendam di dasar skrin muka MUKA BUKU. Semua boleh bawa kamera dan tekan KLIK berkali-kali tanpa perlu beratur panjang. Kita boleh merakamkan kenangan dalam pelbagai aksi dan senyuman: senyum kucing, senyum bulan sabit, senyum sampan. Hehehe~

Apa yang lebih seronok dan istimewa… kami dapat menggunakan peluang ini untuk membelanja 30 pembaca. Ada baju T – Shirt yang harga asalnya adalah RM35, ada juga Button Badge serta hadiah misteri pemberian penulis secara peribadi. Kita juga akan menikmati makan tengahari bersama-sama. Blinkers hanya perlu membuat pembayaran RM30 sahaja kerana separuh dari perbelanjaan sudah dikeluarkan oleh penulis BLINK.

Oh ya… perjumpaan ini adalah sesuatu yang berbeza. Ia bukan seperti Perjumpaan Tahunan, pesta buku atau program jelajah sekolah. Perjumpaan Blinkers ini akan diadakan lagi di masa akan datang. Ini adalah batch pengenalan, juga yang pertama: Perjumpaan Blinkers 01. Bila anggaran tarikh (bulan berapa) perjumpaan yang seterusnya? Semua itu bergantung pada kesesuaian situasi, tarikh dan keputusan bersama Pasukan BLINK.

-BrMzUvAtyEPO53XeS3KgeYi90vENLjuvNCxjS1CZ_w

*Apa cerita Jumie sebelum bergelar seorang Novelistar?*

5X0lXcgkN3UYXWNjMLKrTG2Dl1NZQPFy7TopY2iR_Dg

*Azanil Fitri termenung… mahu jadi penulis, SUPERHERO atau model?*

zJIOxhqbjKGWJK6aCj-RuiZHG6CTyOjP8v6Ox07MgUU

*Bukan sebarang pembaris. Hanya Alam Anuar yang tahu jenis ukuran bilik dan keserasian dengan perabot tertentu*

L6GoQqJ0cO-mUV3klCemAtVyqwuOUJX-Ty23Jt2uKnk

*Bakat semulajadi Aman Wan ber-wajah watak komik*

AA6qS5BVmBN5FAVF4uZuiTs5o2r5QKGbzuoxBBbKaU0

*Izanor sentiasa pening menciptakan penamat DONGENG penuh warna-warni…. happily ever after*

Rasanya semua susah faham keterangan di dalam poster juga catatan blog ini. Terpaling penting harus minta keizinan ibu bapa bagi Blinkers yang di bawah umur 18 tahun. Oh! Cepat hantarkan emel dengan slogan yang ringkas namun bermakna=) Kak Izanor tunggu kiriman emel ‘Saya mahu jumpa penulis BLINK kerana…’ setiap jam sehingga 3 Disember ini.

30 Blinkers yang terpilih akan dimaklumkan menerusi emel juga selewatnya pada 5 Disember. Segala maklumat yang berkaitan dengan hari perjumpaan ini akan diberitahu kemudian.

Selamat hantarkan emel magis. Selamat bertentang mata Blinkers!

vv(^____________________________^)vv

Published inIzanor SharifTerbaru

23 Comments

  1. Saya mahu jumpa penulis BLINK kerana ingin berjumpa dgn penulis -penulis Yg saya minati untuk mengambil gambar dan ingin mengambil autograph penulis…saya harap disana ada penjualan buku dan saya harap dapat penulis BLINK membaca emel saya ini…

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Nur Allesya boleh hantarkan slogan ini ke mesej Facebook Kak Izanor. Terima kasih 🙂

  2. nana kecik nana kecik

    Kak saya x pandai hantar emel so saya tulis sini saja ya:saya mahu jumpa penulis blink kerana saya suka membaca buku-buku yang ditulis oleh penulis-penulis blink sehingga menyebabkan saya ketawa, menagis dan takut contohnya aku mahu lawan hantu kalau dapat kakak saya pun nak join. Nama saya:syahidatul farhanah nama kakak saya :syahidatul Izzah

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Salam Nana. Slogan itu boleh juga terus dihantarkan ke INBOX. Kak Izanor sudah hantarkan mesej pada kakak: Syahidatul Izzah. Mohon beri respon dengan segera kerana kami dalam proses membuat pemilihan 🙂

  3. Qistina Junaidi Qistina Junaidi

    assalamualaikum! saya ingin menyampaikan cadangan untuk memenuhi syarat-syarat pertandingan Hadiah Cuti Sekolah Blink. opps..maaf, panjang pula mukaddimah saya. hihi..

    saya ingin berjumpa dengan Abang Aman Wan bersama nomik Lawak Sekolah. Setakat ini, saya telah mengumpul semua siri nomik Lawak Sekolah yang diterbitkan. saya akan bergambar dengan beliau dengan cara seoloah-olah kami ingin mengigit buku-buku itu dengan lahapnya!! Saya juga ingin berjumpa dengan penulis-penulis wanita dan ingin bergwiyomi dengan mereka dan saya akan rakam detik itu dan muat naik video itu di laman Youtube!!

    Dan, akhir sekali saya akan bergambar dengan semua penulis Blink dengan cara melompat bintang sehingga mencecah siling~! :3

    p/s : saya tidak pasti sama ada harus komen disini atau di facebook. jadi saya komen di kedua-dua laman. hehe.. terima kasih :D~!

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Qistina tunggu pengumuman Perjumpaan Blinkers 02 nanti ya. Sebenarnya, harus berikan slogan menerusi mesej atau emel. Namun, tak apa… Kak Izanor harap kami dapat jumpa Qistina satu hari nanti.^^

  4. Qistina Kamarulnizam Qistina Kamarulnizam

    Saya mahu jumpa penulis Blink kerana watak – wataknye sangat comel dan lucu.Selain itu, saya meminati buku Blink kerana boleh membuat orang tersenyum sendiri,ketawa sendiri dan takut sendiri.Saya harap emel saya boleh diterima oleh pekerja-pekerja Blink.Sekian terima kasih.Daripada saya Qistina Kamarulnizam.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Sebenarnya, slogan harus dihantarkan menerusi mesej. Okey macam ini, Qistina tunggu kami buat pengumuman tentang Perjumpaan Blinkers 02 nanti. Kemungkinan akan dibuat pada cuti sekolah Mac nanti 🙂

  5. kenapa asyik di KL jerr, x buleh la nk jumpa, saya yng berada di kedah ni pown nk jumpa penulis2 semua, semoga boleh diikhtiarkan, perjumpaan penulis2 di kedah x sempat dihahadiri coz masa tu hari sk n jauh angat untuk area jitra…

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Kami akan usahakan untuk pergi ke negeri lain di masa akan datang. InsyaAllah, ada rezeki dan peluang kita pasti bertemu juga.

  6. Saya dh hntar komen dekat page AinMaisarah Novelis…Harap saya terpilih dalam cabaran 30 orang ini amin….kalau saya bawa adik saya boleh tk?(Akak Izanor Sharif)…:)

  7. Assalamualikum,kepada kak ain dan kawa2 kak ain yg lain …say mahu berjumpa dengan penulis blink yang bernama abang azanil fitri,abang wan,kak izanor…kerana
    Abang azanil fitri seorang yang berwatakan pelik dan hensem….
    Abang wan pulak pandai meniru gaya watak yang diciptanya……
    Kak izanor pulak pandai menciptakan penamat dongeng yang riang walaupon kak izanor pening kepala………..
    Ini sajalah yang lahir di otak saya yang cerdik ni……….semoga berjaya kepada yang lain….fighting….

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Hari itu kami hanya beritahu keputusan kepada Blinkers yang terpilih. Nanti Kak Izanor akan buat entri blog tentang Perjumpaan Blinkers 01. Nanti Alissa boleh baca okey 🙂

Leave a Reply to Qistina Junaidi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *