Skip to content

Blues Pesta Buku Kuala Lumpur 2014

Matahari akan mula menyinarkan proton cahayanya bila-bila masa lagi. Kumpulan burung sudah sibuk berkicauan, bunga pula perlahan mengembang. Aku bersandar bagai orang kaya di kerusi malas, melihat ke luar jendela permandangan langit biru yang semakin terang disuluh proton matahari yang kian banyak.

Perlahan menghirup kopi bagaikan ahli fikir yang sedang berilham idea jutaan ringgit. Fuh! manis rasanyanya kopi susu ini…

“Betul ke Bohong!”

Pak! tiba-tiba suara nada tinggi tahap rabak peringkat 8.3 desibel menujah deria pendengaran yang kononnya sedang mendengar kicauan burung tadi. Wajah langit biru bersama proton sinar matahari kini berganti muka pakcik A.D Mizal dalam televisyen plasma. Jelas dalam kaca televisyen ini, A.D Mizal sibuk tergelak besar bersama beberapa pelawak muda.

Ok. Sekarang aku ‘blur’ 5 minit. Jam di sebelah televisyen menunjukkan pukul 6.33, dan cerita Betul ke Bohong ini bukan biasa dimainkan pukul 8.30 malam kan?

5 minit berlalu…

“Hakim! kau sudah mandi belum?” suara parau menegur disebelah aku. Syazwan, geng sebilik sedang sibuk membetulkan rambut pendeknya, entah berapa gel super strong dia sudah bantai sapukan.

Cit! semuanya sudah datang kembali kepada aku. Sekarang pukul 6.45 pagi dan aku sudah lambat bersiap masuk kerja. Sekejap lagi mandur ambil pekerja akan datang, aku solat subuh pun belum lagi.

Ah! baru aku tahu, cerita Betul Ke Bohong dari MASTRO televisyen berbayar ini sedang berkempen ‘Lawak sehari Suntuk’ sempena mahu pecah rekod Malaysia. Agaknya penduduk Malaysia semuanya tinggi tekanan kerja sebab itu ada cerita lawak untuk buat orang tenang ke tempat kerja.

Kicau burung,wajah langit biru, proton matahari dan gaya mewah semua itu adalah mimpi semata-mata! Aku sudah terpedaya dengan nikmat berselimut di subuh hari. Argh! sudah lambat.

Sekejap! Jika tadi hanyalah mimpi semata-mata, maka nikmat air kopi susu yang berlemak itu juga bukan benar!

Perlahan aku memandang bantal empuk, ada peta dunia sudah terlakar…jem!

akim

PWTC PBAKL, aku datang sekali lagi, kau tahu cerita-cerita aku …

akim

Published inAja FazlaTerbaru

11 Comments

  1. AWATIF IMAN AWATIF IMAN

    Apa kate lain kali Kak Ain bikinlah EKSPO BUKU kat Melaka…boleh saye dtg.(=boleh mintak autograf sekali!)

Leave a Reply to AWATIF IMAN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *