Skip to content

Bercakap Dengan Peah : Hantu Dinding

Salam. Sebenarnya Peah nak hantar cerita ni untuk Cabaran Cuti Sekolah kelmarin, tapi Peah rasa panjang sangat. Jadi Peah post je la kat sini. Selamat membaca. 🙂

Peah nak bercerita satu jenis hantu yang jarang dikenali ramai. Ni semua atas desakan Kak Eima yang suruh cerita. Nama hantu ni, hantu dinding. Tak pernah dengarkan? Dengar cerita Peah betul-betul. Sebelum tu, tutup lampu untuk dapatkan feel. Lebih bagus baca time malam-malam je. Waktu siang pun boleh. Janji mesti kena duduk seorang diri dalam rumah. Hehehe….

Hantu dinding ni dia tinggal dalam dinding. Ia dah wujud sejak dinding rumah dibina. Bentuk rupanya sama dengan warna dinding. Kalau warna dinding hijau, hijau la warnanya. Kalau warna dinding biru, birulah warnanya. Kalau dinding tu corak berbunga sebab tampal wallpaper, maka berbunga-bunga jugalah bentuknya. Jelas?

sdsa

Berkemungkinan besar kita susah nak nampak tetapi ia selalu nampak kita. Makna kata, kalau tengah buat benda-benda tak elok tu, dia pandang je la atau mungkin bagi amaran secara bertulis di dinding. Karang dia tegur, terkejut pulak kan. Lari tak cukup tanah. Kalau yang duduk jenis rumah bawah tu senang la nak lari, kalau jenis duduk rumah flat, mungkin susah sikit. Nak buka gril yang mangganya berkarat lagi, nak tekan-tekan lif lagi, pendek kata mungkin gigil-gigil dan pengsan dulu. Pernah juga Peah dengar cerita ada seorang budak terperangkap dalam dinding sampai sekarang kena sorok dek hantu dinding. Jadi keras macam Captain America. Dasyat tak? Sampai sekarang mak bapak dia masih tercari-cari mana anaknya pergi. Pernah masuk dalam suratkhabar tau! Jangan main-main. Biasa dengar kena sorok oleh orang bunian atau hantu dot dot dot je kan.

fdff

Gambar yang kawan Peah snap. Amaran dari hantu dinding katanya. Bila dia nak tunjuk kat maknya, tulisan tu hilang. Misteri sangat kan?

Lagi satu, hantu dinding ni akan merasuk penghuni rumah yang suka ketawa kuat-kuat, pasang lagu kuat-kuat dan pasang suara tv kuat-kuat sebab menganggu ketenteramannya yang duduk melekat dalam dinding. Cara dia menghasut adalah dengan masuk ke dalam badan mangsa dan menghantuk kepala mangsa sampai berdarah. Itu pasal lah kita selalu nampak ada orang menghantuk kepala ke dinding. Tapi ramai orang cakap, mangsa berkemungkinan berasa tertekan dengan tekanan hidup. Rasanya itu kurang betul. Kemungkinan besar, dia dihasut oleh hantu dinding. Sebenarnya banyak cara lagi hantu dinding mengacau. Kadang-kadang duk usap rambut dari belakang atau tarik baju. Duduk di dinding, tak semesti tak boleh bergerak kan?

Kalau rasa nak berjumpa dengan hantu dinding ni, boleh ketuk-ketuk dinding tiga kali sambil baca mentera, yanginsunmatakajidaunkethum. Gitu lah lebih kurangnya. Cubalah kalau berani. Nanti keluar badan dia yang buruk macam The Thing dalam cerita Fantastic 4 tu. Tapi yang ini lebih buruk dan menakutkan lagi. Serius. Macam hantu dalam cerita Jangan Pandang Belakang juga kot. Macamlah Peah pernah nampak hantu dinding kan. Tapi memang tak sangka kan, dinding cantik-cantik rupanya ada hantu.

Hantu dinding tidak akan menganggu kita sekiranya kita pandai menjaga kebersihan rumah dan kebersihan dinding dari menampal gambar perempuan tak senonoh, gambar kumpulan besi berat, pemain bola sepak serta gambar haiwan terlarang. Pendek kata semua gambar artis tak boleh. Siti Nurhaliza? Ye, Siti Nurhaliza ke, Heliza Helmi, Haliza Misbun ke, Helly Berry ke semua tak boleh walaupun menutup aurat. Fafau lagilah! Che Ta lagi tak boleh sebab takut Zain marah.

dfdsf

Untuk menghalau hantu dinding dari terus duduk melekat dalam dinding rumah kita, kita digalakkan menggantung ayat suci Al-Quran dan selalu membaca Al-Quran serta solat lima waktu sehari semalam. InsyaALLAH, ia akan lari jauh kerana khuatir badannya akan menjadi retak seribu seperti dikatok oleh tukul besi. Kalau nampak serpih-serpih tepi dinding tu, mungkinlah kot. Tapi kena amalkan setiap hari. Jika tidak, dia akan datang balik menduduki dalam dinding rumah kita. Malumlah, kita bukan nampak benda-benda yang ghaib ni.

Hantu dinding sangat licik dan bijaksana. Mereka tidak pernah berputus asa mencari tempat berlindung untuk menyelamatkan dirinya. Jadi, tempat paling strategik untuk berlindung ialah di tandas. Di tandaslah tempat mereka bermaharajalela menjamu mata bagi mengusha para wanita yang sedang mandi manda. Jadi, kalau nak mandi kena pakai kain basahan. Petua untuk tidak diskodeng oleh hantu dinding semasa berada di dalam bilik air ialah dengan memastikan kita perlu membaca doa masuk tandas terlebih dahulu dan secara automatiknya hantu dinding akan lari kerana matanya retak dan lebur terus akibat bacaan doa tadi.

Begitulah sedikit sebanyak kisah hantu dinding. Jaga-jaga. Dalam diam apa yang kita buat di dalam rumah bukan saja Allah dan Malaikat yang nampak tapi ada juga benda ghaib lain yang sedang memerhati. Perhati main telefon, tengok video, main game, tengah tidur, dengar lagu sambil angguk-angguk kepala, karang surat cinta dan lain-lain…..betullah kan? Mungkin juga roh macam cerita Nek Tempawan duk perhati cucu cicit dia. Haa….

Sekian cerita dari Peah Ting Tong. Kalau korang ada cerita hantu yang jarang ditemui oleh masyarakat sejagat hendak dikongsikan dengan Peah, dipersilakan.

fgfsg

Terima kasih kerana sudi baca cerita Peah yang tak seberapa. Nanti bila Peah ada masa, Peah cerita lagi ya. Jaga diri, jangan biarkan diri ting tong. Dan juga jangan tenung dinding lama-lama. Bimbang ada yang terpikat. Haha!

Nota buku lali : Latihan menulis pada 17/12/2010. Okay, Peah tak suruh percaya cerita Peah ni. Nanti syirik pulak. Ini Kak Eima yang ting tong suruh cerita.

Published inEima Manan

6 Comments

Leave a Reply to Aliah Hana Ruzaidi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *