Skip to content

Dendam Semalam

Aku Alysha. Setahun yang lepas, aku kehilangan kakak kembarku, Alya. Kami kembar tidak seiras. Kakakku dibunuh oleh dua orang pelajar lelaki dari kelas kami, tetapi kes kakakku diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri setelah pihak polis menjumpai surat terakhir kakakku. Aku tidak percaya kerana aku ada di saat kakakku ditolak jatuh dari tingkat empat sekolah kami. Walau separuh nyawa aku berjuang menyatakan bahawa kakakku dibunuh, tiada siapa berada di pihakku percaya aku tiada bukti yang kukuh. Tetapi aku tahu, kakakku dibunuh kerana melaporkan kepada guru disiplin perihal Ismady dan Zeffri yang menerima soalan bocor.

Walaupun kami kembar, tiada seorang pun yang mengetahui bahawa kami berdua merupakan adik beradik kerana kami tidak pernah menunjukkan keakraban kami di sekolah.

Oleh itu, aku menggunakan peluang ini untuk menjatuhkan hukuman kepada Ismady dan Zeffri memandangkan pihak polis sendiri tidak mampu. Korupsi. Hanya gara-gara Ismady dan Zeffri anak menteri.

@@@@

“Apakah perkataan yang akan terhasil daripada bunyi vokal dan bunyi konsonan tersebut :

  1. Vokal depan luas
  2. Konsonan sisian gigi-gusi bersuara
  3. Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara
  4. Vokal depan luas.”

Kulihat berkerut-kerut wajah Zeffri membaca soalan yang kutinggalkan di atas mejanya. Soalan itu bukannya susah. Pernah dipelajari sewaktu penggal pertama tingkatan enam tahun lepas. Namun aku tidak hairan jika Zeffri tidak mampu untuk menjawab soalan semudah itu. Zeffri dan Ismady tidak pernah belajar tetapi sering mendapat keputusan yang cemerlang. Semuanya kerana mereka memperoleh soalan bocor daripada pihak tidak bertanggungjawab.

“Ah! Semak sahajalah!”

Cis, kurang ajar! Berani dia buang soalan itu begitu sahaja?!

“A. L. Y. A. Boleh kau sebutkan perkataan yang baru aku nyatakan?” Aku menuju ke arah Zeffri secara perlahan-lahan. Tidak seperti langkahku, Zeffri menoleh dengan kadar 180 kilometer per jam.

“Alysha?”

“Bukan Alysha. ALYA.”

Zeffri tersenyum sinis. Sungguh, aku rasa mahu tikam dia bertubi-tubi saat ini juga! Benci aku melihat riak tidak bersalah di wajahnya sedangkan dia pernah membunuh orang! Bagaimana Zeffri boleh hidup selama setahun ini tanpa sekelumit pun rasa bersalah menghantui diri? Sebilah pisau yang aku sorokkan di belakang badan, aku genggam seeratnya.

Sabar Alysha, sekarang bukan masanya… Belum lagi…

“Alysha, cukup-cukuplah. Aku tiada kaitan dengan kematian Alya. Berhentilah menuduh aku yang bukan-bukan. Seluruh negara maklum bahawa Alya membunuh diri. Surat dia membuktikannya! Surat yang tertulis bahawa dia tertekan menjalani kehidupan sebagai pelajar tingkatan enam. Aku tahu, kau sayang kawan kau tetapi berpada-padalah.”

“Alya bukan sekadar kawan, tetapi Alya ialah kakak kembar aku! KAMI. KEMBAR. TIDAK. SEIRAS.” Aku rasa, suara aku bergema satu sekolah. Mujur sekali waktu sudah lewat petang. Tiada seorang pun pelajar mahupun guru berada di kawasan sekolah. Aku berjaya berdua-duaan dengan Zeffri pun kerana aku mengetahui bahawa Zeffri sering pulang lewat apabila tiba waktu peperiksaan. Pada waktu inilah, Zeffri akan memperoleh soalan bocor yang akan dikongsinya bersama Ismady.

“Kem… kembar…?”

Kini, giliran aku pula tersenyum sinis. Baru Zeffri tahu apa hubungan aku dengan Alya sehingga tergagap-gagap dia jadinya!

Pisau aku keluarkan dari belakangku. Aku merapatkan jarak antara aku dan Zeffri. Mata pisau aku alurkan di jari-jemari Zeffri. “Aku mahu jari-jari kau kerana jari-jari inilah yang menulis surat palsu kakak aku!” Zzap! Hanya dengan sekali sentap, Zeffri telah kehilangan jari telunjuknya. Darah yang membuak-buak keluar membuat aku rasa senang. Laungan jeritan sumbang Zeffri sedikit pun tidak menggangguku. Tetapi… aku berasa ia tidak adil kepada kakakku kerana kakakku tidak mampu menjerit sebegitu.

Jari telunjuk Zeffri yang telah dipotong, aku pegang. Aku rasa tidak puas. Satu jari tidak mencukupi. Aku mahu lebih lagi! AKU MAHU KESEMUA JARI DIA!

Aku menerkam Zeffri dan memotong satu per satu jarinya. Satu demi satu jarinya aku campak ke tepi sehinggalah jari kesepuluh terdampar di tepi wajah Zeffri. Melihatkan jari-jari Zeffri yang bertaburan, aku jadi puas dan bahagia. Jari-jari itulah yang mahir meniru tulisan orang seperti tulisan kakak aku. Disebabkan itulah, pihak polis menutup kes kerana telah mengenal pasti tulisan di surat palsu kakak aku.

@@@@

Pada esok hari, satu Malaysia gempar dengan berita kematian Zeffri. Menurut berita di kaca televisyen, mayat Zeffri dijumpai tergantung di kipas syiling di dalam kelas Tingkatan 6 Atas Bidara SMK Seri Emas tanpa sebarang jari tangan. Pihak polis tidak menjumpai jari-jari Zeffri dan tidak akan pernah menjumpainya kerana jari-jari tersebut berada dalam simpanan aku.

Kelas tingkatan 6 Bidara dipindahkan ke makmal sains ekoran kejadian semalam. Sepanjang hari, aku memerhatikan Ismady. Ismady nampak tidak tenang. Resah gelisah. Seakan-akan dia tahu bahawa aku sudah menyediakan ‘sesuatu’ untuk dia…

@@@@

“History never really says goodbye. History says, ‘See you later.’. And where do you think you’re going, Ismady?” Aku menghalang Ismady daripada pulang. Mata Ismady membulat. Mungkin terkejut melihat peralatan ‘khas’ yang aku bawa untuk dia.

“Kau… Kau yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi kepada Zeffri, bukan?”

“Kau boleh tanya sendiri kepada Zeffri.” Tanpa membuang masa, aku segera mencapai parang dan menetak lengan Ismady. AKU PERLU PISAHKAN TANGAN ITU DARI BADANNYA. Tangan itulah yang telah menolak kakakku jatuh dari koridor!

Selepas itu, aku buka mulutnya secara paksa dan aku ‘suap’kan cecair asid ke dalam mulutnya. Tiada suara yang mampu keluar dari kerongkongnya. Aku pasti, asid-asid itu sudah memakan habis bahagian dalam badannya.

Puas. Aku puas. Tersangat puas atas ‘pencapaian’ yang telah aku lakukan.

Kini, aku sendiri akan menyedar diri. Bukan seperti Ismady dan Zeffri, aku tidak akan bersembunyi…

Published inMentor Mentee

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.