Skip to content

3 Cara Seronok Mengemas Bilik

Cuti sekolah merupakan masanya kita mempunyai masa lapang dalam melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti melancong (seronoknya), berjalan-jalan (serononknya), lebih masa untuk beriadah dan bersukan (seronoknya), habiskan kelapan-lapan buku terbaru Kak Ain Maisarah (seronoknya) dan mengemas bilik (bosannya).

Aik? Mengemas bilik merupakan aktiviti yang membosankan? Ya, Abang Alam sewaktu belajar dahulu mengemas bilik umpama seperti denda. Tetapi selepas mengetahui betapa pentingnya kekemasan sesebuah kediaman, mengemas itu bertukar menjadi  mudah dan seronok untuk dilakukan.

Apa akan berlaku kalau tidak mengemas bilik?

  • Bilik bersepah fikiran kita pun boleh tertekan.
  • Keluarga baru akan bertandang seperti keluarga lipas, tikus dan pelbagai lagi binatang dan serangga yang kecil molek ini.
  • Pasti berasa malu untuk menerima kedatangan tetamu terutama sekali rakan-rakan, jemput masuk ke bilik pun segan.

Oleh itu, Abang Alam cadangkan tiga cara seronok bagi mengemas bilik.

Cara #1 – Pasang Lagu Kegemaran

“Setiap gambar ada lagu,” kata Yuna. Abang Alam pula “Setiap lagu ada aktivitinya.” Berkongsi sedikit cerita. Ketika bekerja  waktu petang, Abang Alam suka pasang lagu joget, kerana masa itu kita sudah terasa badan penat dan fikiran pun menjadi letih . On sahaja lagu terus buat senaman setempat.

Pasangkan lagu-lagu kegemaran, supaya tidak berasa jemu ketika mengemas bilik nanti.

Cara #2 – Ambil Masa 5 Minit Sahaja

Tidak perlu sepanjang hari kita mengemas bilik, sebab ia akan memenatkan, terutama sekali jika kita baru hendak bermula. Gunakan cara sedikit-sedikit pasti siap. Kita boleh jadi tertekan dan mengeluh kerana hendak buat banyak kerja mengemas dalam satu masa, akhirnya semuanya tidak siap dan bilik bertambah sempah lagi adalah! Huhuhu.

Contoh:

1) Hari ini dalam masa 5 minit aku mahu kemaskan meja belajar sahaja.

Apabila diri sudah biasa dan mengemas bukan perkara memenatkan, kita boleh tambahkan waktunya.

Contoh:

1) Pagi ini, aku mahu menyusun baju mengikut warna dan melimpat elok pakaian dalam wardrobe. (10 minit-30 minit)

 Cara #3 – Fikir Sebagai Senaman

Siapa tengah diet atau malas untuk bersenam, mari kita senyum seorang diri 🙂 . Berkemas juga merupakan aktiviti mengeluarkan peluh. Tetapi, pastikan aktiviti mengemas kita tidak mendatangkan kemudaratan. Gunakan tip ini sebelum bermula.

  • Buka pintu dan tingkap untuk pengudaraan (mudah habuk keluar)
  • Pakai penutup mulut apabila mengemas secara besar-besaran
  • Pastikan lindungi tangan kita dengan sarung tangan kalau melakukan aktiviti berat seperti mengangkat dan mengalihkan perabot. (Siapa watak yang memakai sarung tangan getah merah jambu dalam novel Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah?)

Itu sahaja tiga cara seronok untuk kita mengemas bilik.  Salam ceria dan selamat mengemas bilik.

P/S: Seronok kalau ada Superbibik ^__^

 

Photo credit: vansgirl12

 

Published inAlam Anuar

8 Comments

  1. dgr je perkataan “mengemas” mmg rasa nak cabut lari kot *malas* tapi idea abg Alam yg pasang lagu tu best sbb boleh mendtgkn mood rajin. *wink-wink* apa pun idea tu best boleh hilang bosan =)

  2. Orang Misteri Orang Misteri

    datang lagi orang misteri.saya memang malas nak kemaskan bilik tidur.tak pernah buat dalam hidup saya,yang pernah sempahkan adalah.idea abang alam memang bagus.nanti nak cubalah.tapi ada lagi satu idea,apabila mengemas,sambil sambil tu bukak lah econ.lagi “awesome”.kalau tak de…….,,,,,,,,fikirlah sendiri.

  3. Secret Admire Secret Admire

    Hmm…best jugak idea abang alam ini saya suka cara abang alam mengemas bilik ini.terima kasih krane memberi idea untuk mengemas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *