Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hi Blinkers! Fuh, Abang Alam menyolek rumah? Bukan solek menyolek ini hanya untuk muka sahaja ke?
Okey, sebelum cerita lebih terperinci bab solek ini, Abang Alam ingin memperkenalkan diri bagi sesiapa yang tidak kenal lelaki bermata empat ini. Post pertama ini khas untuk ruang pengenalan diri. Tidak kenal maka tidak tahu 🙂
Bismillah. Saya Alam Anuar merupakan penulis bersama dalam novel Siri Projek Ain Maisarah iaitu ‘Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah’. Buku yang baru sahaja dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 di PWTC baru-baru ini. Serta novel comel ‘Kisah Pahit Nik Grafiti’.
3 perkara menarik berkenaan Alam Anuar:
- Kerjaya .Seorang juruhias dalaman online dan pereka visual 3D bebas (freelancer). Kerjanya seperti mencantikkan rupa dalaman rumah seperti cat warna apa yang sesuai, perabot apa yang perlu dipilih dan barangan hiasan apa yang perlu diletakkan. Sebab itu ia seakan-akan make up. Bukan menyolek muka tetapi menyolek rumah.
- Hobi. Gemar mengumpul beg dan menonton wayang. Filem lebih ke arah aksi dan animasi. Berkenaan beg, tidaklah tujuh kali seminggu bertukar beg. Cuma setiap aktiviti ada begnya. Contohnya, apabila melancong ada begnya atau ketika berkhemah ada begnya.
- Suka. Selain doodle dan pantai, suka menghadiri pameran berkenaan dunia rekaan dan seni, seminar pembangunan diri dan motivasi, menonton teater yang menarik sahaja serta mengunjungi pesta-pesta buku (berimpian menghadiri pesta buku dunia seperti London Book Fair, Bologna Children’s Book Fair, Tokyo International Book Fair dan Frankfurt Book Fair)
Cukuplah tiga perkara dahulu. Hendak tahu 998 perkara lagi boleh berkawan dengan Alam di facebook Alam Anuar Blink
Post yang seterusnya dan akan datang, Alam akan kongsikan tip-tip berkenaan dekorasi dan aktiviti-aktiviti Alam Blink.
Salam perkenalan Salam ukhwah.
P/S: Sudah baca novel Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah?
Seronok baca penulisan Alam Anuar.
Saya juga suka hias menghias rumah ni dengan bajet yang tak mahal tapi nampak ekslusif. 🙂
Terima kasih tuan 🙂