Skip to content

Pengenalan Diri : Eima Manan

Assalamualaikum buat semua.

Yuhuu, Blink Book sudah ada belognya sendiri. Suka, suka sambil tepuk amai-amai.
Sihatkah semuanya? Harap-harap semuanya sihat. Maklumlah, sekarang ini musim demam. Jadi, jagalah kesihatan sebaik mungkin. Kalau demam, cepat-cepat makan ubat.

Hari ini tanpa segan silu, Kak Eima mahu perkenalkan diri.

Eima Manan lahir di Pasir Mas, Kelantan dan kini menetap di Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan di Sek Men Kebangsaan Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas dan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan ( Peruncitan) di UiTM Shah Alam, Selangor. Namun demikian, ijazah itu hanya disimpan di dalam fail hitamnya sampailah sekarang. Jangan tiru aksi ini di rumah.

Mula berangan-angan ingin menjadi penulis sewaktu di universiti lagi tetapi menyedari manuskrip yang ditulis belum cukup bagus untuk dihantarkan kepada mana-mana penerbitan lalu dibiarkan tersadai ala-ala memorial dalam laci, juga bersama-sama fail hitam tadi. Yakin sekali minat menulis itu datang setelah berasa bersalah kerana asyik menghadap komputer dengan hanya bermain games dari pagi sehingga ke malam. Tidak mahu lagi membuang masa, lalu sebagai langkah keselamatan diri demi mencapai cita-cita yang hampir lemas ke dalam pasir jerlus, dia telah membuka langkah menyertai pertandingan menulis yang dianjurkan oleh Blink ketika dahulu sehingga termenang pula.

Hasil kemenangan menjadi salah seorang enam pemenang, akhirnya pada tahun 2013, terhasil bukunya yang pertama bersama Ain Maisarah Aku Mahu CK (Cari Keberanian). Ironinya diri sendiri adalah seorang yang penakut Nauzubillah.

Cerita ini tidak ada kena-mengena dengan orang yang penakut mahu pun berani. Sekian, terima kasih.

Berjumpa lagi di entri yang lain. Wassalam.

 

I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work. -By Thomas Alva Edison-.

Published inEima Manan

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *