Ohoho~!!
Assalamualaikum geng Blinkers! Apa khabar?
Okey, tak perlu muntah-muntah. Memang gambar Abang Tembam ini sengaja dibesarkan dan di’tembam’kan supaya kamu semua boleh melihat jelas wajah bulat si penaip entry kali ini.
Tak lain tak bukan… Abang Aman Wan! atau nak panggil Aaron Aziz pun boleh…hihihi
Untuk entry kali ini, Abang Aman cuma nak kenalkan diri saja dahulu. Seperti yang boleh dilihat dalam gambar di atas, Abang Jambu Batu ini merupakan seorang pelukis komik untuk siri nomik Lawak Sekolah yang kini sudah pun masuk siri ke-2! Yeay!
Siri nomik Lawak Sekolah ini ialah gabungan tenaga Trio A iaitu Aman Wan, Azanil Fitri dan tentunya, Ain Maisarah!
Selain melukis komik, Abang Aman juga selalu menghasilkan video-video di Youtube! Kalau nak tengok Abang Aman jadi tua, jadi perempuan gedik, jadi kaki pukul, jadi budak kecik, jadi.. (apa banyak punya ‘jadi’ daa…) Jadi macam-macam wataklah! Boleh saja tonton di Youtube Channel:
1- AmanWan
2- BlinkBookTV
Memang Abang Aman ini suka cuba jadi macam-macam! PElukis, PElakon, PEngarah, PEnyanyi, PEnari (ada ke?) dan segala macam PE..! PEnulis novel? Hehehe..itu kena tanya Tuan Pengurus yang budiman! (bodek kaw-kaw!) Tapi buat masa ini, biar Abang Aman jadi PEnulis blog BLINK dulu ya!
Okeylah, matahari sudah mahu naik. Kepala pula sudah berdenyut. Dari tengah malam tadi asyik menghadap skrin laptop saja. Ketika entry ini ditaip,waktunya dikala subuh. Biasalah, dalam banyak-banyak PE… Abang Aman memang paling suka jadi PEmburung Hantu! Berjaga di malam hari ala-ala Batman!
Ah, masih menaip pula.. okey, stop. Tamat di sini saja dulu. Jumpa lagi di entry akan datang! InsyaAllah Abang Aman akan cuba menaip entry berkenaan pembikinan Lawak Sekolah atau projek filem pendek di Youtube pula. Mana tahu kamu semua boleh berikan pendapat juga idea. Kan? Kan? Kan?
Ah! Degil sungguh tangan ni! STOP! BERHENTI MENAIP!
Okey.
Jumpa lagi.
Salam Tembam, AmanWan~
CObaan
Hai mambang tanah, mambang api, mambang air… Cobaan… :p
abg amanwan!!! saya minat video abg..serious lawak..tpi yg paling seram citer 2 jari dengan pasal teddy bear tuh..last skali ada chucky..fuuhhh~~ mau tercabut jantung..
Haha! Terima kasih Mimi! Cuba tengok 1 lagi video seram Aman, iaitu Usikan Pocong. Mesti terus terkeluar limpa dan paru-paru. :p
Saya juga ada seorang guru yang seiras dengan Abang Aman~ Sama kelakar juga c:
Haha! Yakah? Afiqah sekolah dimana? Nanti boleh Abang Aman ke sana jadi guru ganti senyap-senyap. hehe
muka abang aman ni ade la jgk iras aaron aziz tu.haha..cuma versi tembam dan comel kn.haha..mula2 sekali tengok video abg aman kt youtube sy dh jatuh cinta.haha..i mean by your skills of attracting and capturing one’s heart.u must have practiced a lot,right??alangkah bagusnya kalau sy pn mcm tu..
Abg mcm mana nak hantar novel dekat internet?
Caranya senang, pertama sekali, anis nabila perlu pergi ke syarikat penerbitan yang anis nabila mahu, kemudian baca arahan-arahannya. Sekiranya syarikat yang dipilih minta menghantar secara ‘hardware’ maka anis nabila perlu menghantar di dalam bentuk manuskrip yang telah dicetak atas kertas, sekiranya secara ‘software’, anis nabila boleh menghantar manuskrip itu menggunakan e-mel. Pastikan alamat e-mel diambil di laman web syarikat tersebut. Sekian.