Skip to content

Surat salam perkenalan with love.. ewah! : Azanil Fitri.

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalammualaikum..  tak jawab berdosa 🙂

Menemui para pembaca, Blinkers-blinkers yang gwiyomi, adik-adik manis, abang-abang kacak, saudara-saudari cikebom cikebom diharap berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria selalu hendaknya.

Tujuan surat ini ditulis tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menitipkan salam perkenalan yang penuh iklas lagi suci murni bak minyak masak Sri Murni yang telah ditapis 2 kali. Juga ribuan terima kasih daun keldai keladi diucapkan kerana sudi membaca warkah yang tidak seberapa ini. Kalau sudi, bacalah lagi dan lagi dan lagi.. biar bertambah page view blog ini. Hehehe..

Sebenarnya sudah lama Abang Azanil tidak menulis surat. Terasa sudah kekok untuk menyusun ayat.  Tetapi demi pembaca semua, ku gagahi juga untuk menulis surat ini.. ewah.. sudah lama tak guna ayat begini. Jadi, biarlah Abang Azanil memperkenalkan diri untuk tatapan para pembaca semua.

1,2,3 mula!

Abang Azanil adalah salah seorang penulis di bawah syarikat penerbitan Blink Book sdn bhd. Memulakan kerjaya sebagai penulis bersama Ain Maisarah untuk Siri Hero Sri Bangsar. Sudah baca SHSB?.. Jika sudah, terima kasih beribu ribu leman eh silap.. Lemon! 🙂 Dikesempatan yang lain nanti, Abang azanil akan berkongsi cerita tentang Siri Hero Sri Bangsar pula. boleh?

herosribangsar

Sekarang mari kita sambung sesi berkenalan.

Abang Azanil sebenarnya berasal dari negeri Pahang. Dilahirkan pada 25 November. Anak ke-4 dari 7 orang adik beradik. Abang Azanil mula bersekolah ketika berusia 6 tahun. Sekolah tadika la tu.

Cuba cari mana satu Azanil Fitri

Habis sahaja sekolah tadika. Tanpa mengambil perperiksaan, Abang azanil terus dapat masuk Darjah 1 di SK Sungai Koyan. Haa.. hebat tak? hebat tak? 🙂 Tamat darjah 6, Abang Azanil sambung pula belajar di SMK Sungai Koyan sehingga ke tingkatan 5. Tamat tingkatan 5 masih lagi mahu belajar! terus sambung pula di UiTM Shah Alam. Kini sijil UiTM masih tersimpan rapi di dalam kotak.  Tak pernah guna la tu maknanya. (Kak Eima Manan.. give me 5!)

Hmm.. Apa lagi mahu cerita ya. Oh ya.. hobi. Sebenarnya Abang Azanil ada banyak hobi. Tetapi kebanyakan hobi itu menjurus kepada seni seperti melukis, mewarna, tangkap gambar dan yang terbaru ialah memasak. Rupanya memasak juga mempunyai seni yang tersendiri. Siapa yang tidak tahu memasak, mari sini Abang Azanil tolong ajarkan.

 

557779_379020222176622_1032035685_n

381761_189306924481287_227281368_n

Seni menangkap gambar

 

Mari Abang Azanil cerita tentang cita-cita pula..Macam sesi berkenalan waktu zaman sekolah hehehe.. Sebenarnya Abang Azanil tak pernah termimpi untuk jadi seorang penulis novel. Dari sekolah rendah lagi Abang Azanil bercita-cita mahu menjadi seorang pelukis komik tetapi akhirnya menjadi seorang penulis. Ternyata Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Nanti Abang Azanil akan berkongsi cerita bagaimana boleh menjadi seorang penulis ya?. Insya-Allah.

Hmm.. lagi apa ya yang mahu dikongsi? Warna. Abang Azanil suka warna biru, warna putih,warna hijau, tv warna, pensil warna, warna warni dan Astro warna.

Oh ya. Untuk pengetahuan saudara saudari cikebom cikebom semua, Abang Azanil ada Facebook tau.. Timeline ada Fanpage pun ada. Jadi dengan rasa rendah diri Abang azanil mahu menjemput kepada cik abang yang kacak dan cik adik yang manis sudilah kiranya menjadi menjenguk Abang Azanil di :

https://www.facebook.com/azanilfitri.blink <—- Add jangan tak add.

https://www.facebook.com/HeroAzanilFitriNovelis <—- Like jangan tak Like

Haa.. selain itu juga Abang Azanil ada membuat video di Youtube. Boleh tonton di :

https://www.youtube.com/user/azanilfitri?feature=guide <–Subscribe jangan tak subscribe.

Rasanya cukup setakat ini sahaja surat salam perkenalan dari Abang Azanil. Harap kita dapat bertemu lagi di warkah yang akan datang. Sebelum mengakhiri warkah yang tidak seberapa ini, izinkan Abang Azanil menulis serangkap pantun.

Pecah kaca pecah gelas,

Lepas baca harap balas (komen dibahagian bawah :))

 

Sekian, wasalam.

Senyum Selalu =)

Azanil Fitri Blink.

 

 

 

 

 

Published inAzanil Fitri

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *