Skip to content

Pertandingan Menulis Cerpen: AKU SEORANG SUPERHERO.

252303_128826293983607_1979126539_n

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN: AKU SEORANG SUPERHERO.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

APA YANG HARUS DILAKUKAN?

Bagi menyertai pertandingan ini, anda hanya perlu menulis sebuah cerpen berkaitan dengan tajuk utama. Cipta satu watak SUPERHERO yang unik. Ceritakan kekuatan dan kelebihan yang dapat membantu masyarakat. Cerpen hendaklah mencecah 400 patah perkataan, namun tidak melebihi 800 patah perkataan. Tajuk cerpen mengikut kreativiti sendiri.

Contoh: Aku Superhero Penyelamat Dunia!

Contoh 2: Superbibik Kini Menjelma.

PEMILIHAN PEMENANG.

Pemenang akan dipilih hasil perbincangan dan penilaian para penulis BLINK.

HADIAH PERTANDINGAN.

Pemenang tempat pertama akan memenangi sejumlah RM50 + 5 buah buku PTS. Cerpen ini berkemungkinan diterbitkan dalam majalah BLINK pada masa akan datang.

Tiga pemenang hadiah saguhati: 3 buah buku PTS setiap seorang.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN.

  • Pertandingan ini boleh disertai oleh semua orang tidak mengira umur, bangsa atau kewarganegaraan.
  • Jawapan ditulis menggunakan  Bahasa Melayu penuh. Singkatan ejaan dan penggunaan bahasa SMS / slanga akan ditolak serta-merta.
  • Para peserta juga perlu jadi ahli kumpulan PROJEK PENULISAN BLINKERS di link ini: https://www.facebook.com/groups/401775393273279/?fref=ts

RINGKASAN MAKLUMAT PERTANDINGAN.

Tarikh tutup : 2 Jun 2013

Tarikh umum pemenang : 7 Jun 2013

Hantarkan penyertaan ini menggunakan emel peribadi anda kepada [email protected]

Sertakan juga maklumat peribadi berikut :

  • Nama Penuh :
  • Alamat Penuh :
  • Umur :
  • No Telefon :
  • Tajuk Cerpen:

Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruang komen atau dalam kumpulan PROJEK PENULISAN BLINKERS.

Selamat berusaha dan bertanding! Terima kasih! 🙂

Published inIzanor Sharif

22 Comments

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Tiada. Hantar guna emel Nur Fatin yang sedia ada. Jika mahu maklumat lebih lanjut cara penghantaran emel dan info berkaitan cerpen, boleh masuk dalam group PROJEK PENULISAN BLINKERS-baca nota yang Kak Izanor sediakan. Berusahalah! 🙂

  1. Ainul Syahirah Ainul Syahirah

    Ada tak pertandingan menulis cerpen bebas . Sebelum ni Ain ade buat cerpen tapi baru siap separuh jalan .

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Ainul, buat masa ini belum lagi. Apa pun, Ainul boleh sentiasa mengikuti info-info terkini dan pengumuman fasal pertandingan cerpen pada masa akan datang. Tahniah kerana sudah menulis cerpen Superhero! 🙂

  2. Intan Azureen Intan Azureen

    Alahh, saya ada buat banyak cerpen tapi kesemua cerpen tak bersesuaian dengan tema SUPERHERO ni… Macam mana ya ?
    Terima kasih ~

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Intan Azureen: Hm sekarang ini kita memang hau cerpen tema Superhero. Okey, mungkin masa akan datang Intan boleh menyertai pentandingan cerpen yang tema lain pula. InsyaAllah… akan ada banyak lagi pertandingan nanti. 🙂

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Ya, tema SUPERHERO. Shokora masuk dalam group Projek Penulisan Blinkers ya. Di sana ada info dan nota lebih terperinci.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Hai Aziah Amira! Hari ini ada satu lagi pertandingan cerpen akan diumumkan. Aziah mesti masuk okey 🙂

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Nurul Nabilah, pertandingan cerpen SUPERHERO sudah tamat. Sekarang ada pertandingan cerpen Aku Mahu pula, Nabilah boleh mula menulis. Mohon masuk ke dalam group Projek Penulisan Blinkers, ada banyak info-info terkini yang boleh diketahui.

  3. Qistina Isma Qistina Isma

    kak…ade lg x pertandingan cerpen nie pd masa 2014..nk masuk kak…please ~-~

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Ada. Tunggu pengumuman dalam group PPB ya. Kemungkinan besar bulan Jun akan ada pertandingan cerpen lagi Qistina 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *