Wah! Semuanya pun menulis entry blog panjang-panjang.
Mentang-mentang kesemua penulis blog BlinkBlink adalah penulis novel… rancak sungguh jari jemari masing-masing menaip!
Aman yang hanyalah seorang pelukis ini nampaknya mesti sahut cabaran! Akan datang mesti buat ‘entry berkomik’ pula! Yeah! (Harap-harap tidak hangat-hangat tahi ayam.. huhu…)
Apapun, hari ini, Aman ingin berkongsi sedikit pengalaman tentang penghasilan watak untuk nomik Lawak Sekolah. Kepada pembaca yang sudah membaca Lawak Sekolah 1 dan juga 2, pastinya sudah berkenalan dengan beberapa watak yang punyai sifat dan perangai yang berbeza!
Robita si robot penakut, Bard Badzli si panjang akal, Nera Elena si harimau garang, Faezah si pemalu tapi mahu, dan Noru si pandir yang slumber.
Pada awalnya, Aman bercadang untuk biarkan 10 siri Lawak Sekolah ini berkenaan hubungan riuh rendah antara mereka berlima. Tetapi bila difikirkan semula, kelima-lima mereka ini adalah kawan. Jadi, jalan cerita Lawak Sekolah seakan tidak cukup konflik.
Oleh sebab itu, untuk buku ketiga iaitu Lawak Sekolah: Belajar Pementasan, Aman telah mencipta 2 watak antagonis, iaitu watak jahat yang akan memberi lebih huru-hara dan lebih konflik terhadap geng Robita!
Mulanya, Aman becadang untuk cipta seorang watak perempuan gedik kaya yang sombong. Tetapi pastinya pembaca akan membandingkan watak itu dengan geng The Wannababes yang popular! Oh, Aman tidak berani. Jadi, Aman telah ambil keputusan untuk cipta watak jahat versi baru!
Mereka ini nak kata jahat pun tidak, nak kata baik pun tidak. Tetapi lebih kepada watak yang cukup menyakitkan hati!
Kedua-dua watak ini merupakan adik beradik yang sangat kaya dan sangat pandai. Kedua-duanya merupakan pelajar di kelas 2 Amazing di Sekolah Sri Bangsar yang akan sentiasa mencabar kelas 2 Brilliant, iaitu kelas yang diketuai oleh Robita!
Oh! Sangat teruja untuk melukis mereka beraksi untuk buku-buku yang seterusnya. Harapnya, ada juga pembaca akan menyayangi watak-watak ini nanti.
Nantikan ya!
^___^v
p/s—Masih lagi mencari-cari nama yang sesuai untuk mereka. Ada idea? Hoho.
gudluck amanwan..fighting!^_^
Yeah! Fighting juga QisyaElaira! XD
Faris farah
Izz Islam dan taz zakiah
Romy ishak dan tizaqiah
Wahh..banyak cadangan nama. Terima kasih Ibrahim! 😀
mcm best je. nak sgt beli. aritu nak beli online xpi dah habis stok pulak. sedih… :(((
Ah, kasihannya. Tak apa, rasanya sekarang ini KBO sudah jual. Lagipun di kedai buku MPH dan Populor juga sudah ada. Harapnya Aisha dapat jumpa dan beli ya 🙂
Tak sabarnya !
Hoho, samalah dengan ABang Aman! 😀
ibrahim: nama saya keluarga panggil zana, dh watak jahat dlm keluarga nana (the wannababes) faris abg saya pun jahat gak..huhu,,ingat keluarga saya xjahat(walaupun sekadar nama) sesi isi bakul angkat sendiri pulak..hihi
Haha! Nasib baik tiada adik beradik bernama Fasha, Fahrin.. mereka lebh kejam. haha. Apapun, Zana ini Zana yang cool kan? Yeah!