Kringggggg…. macam selalu juga, loceng akhir dah pun berbunyi, menandakan berakhirnya waktu persekolahan semester ini. Pelajar riang ribena 4B masing-masing tidak sabar berkemas dan horay, akan menikmati cuti sekolah. Berebut-rebut mereka keluar dari kelas, dah macam lipas kudung semuanya!
“Al, Bel, ada plan ke mana-mana cuti sekolah ini?” Cel bertanya selepas memasukkan baki buku-buku ke dalam beg sekolah. Hanya Trio A-B-C dan beberapa lagi rakan sekelas yang masih tinggal, tak mahu bersesak-sesak.
“Banyak sangat ni plan saya ni… Sampai tak tercakap,” Alif menjawab acuh tak acuh. Kepalanya sudah terbayang-bayang aktiviti yang akan dilakukannya nanti.Wah seronoknya…
“Grrrrr…..” Cempaka menjegilkan mata, geram dengan gelagat Alif. Alif ini memang ditakdirkan sungguh kurang bercakap, tapi kalau menulis, kemain laju tangannya!
Alif kemudian menyerigai tersengih sebaik memandang muncung mulut Cempaka yang sudah sepanjang kacang panjang.
“Hahahhaha… ” Bella yang sudah siap sedia berdiri di muka pintu kelas dengan beg sandang sudah ketawa terkekek-kekek melihat gelagat Cempaka dan abangnya, Alif. Seorang memang kurang bercakap, seorang lagi pula, suka sangat mengusik dan bercakap.
“Awak mahu buat apa cuti seminggu nanti? Balik kampung?” Bella pula yang mengambil posisi peguambela bertanya soalan bernada sama kepada Cempaka. Cempaka memang suka sangat kalau dapat balik kampung setiap kali cuti sekolah. Matanya menjeling ke arah abang yang masih tersenyum sumbing muka puas hati dapat kenakan kawan sendiri.
“Emmm… ” Cempaka pula yang main teka teki tidak menjawab soalan. Dia mengangkat kerusi dan meletakkannya ke atas meja sekolah, meninjau-ninjau sekali lagi meja belajarnya, kalau-kalau ada barang-barang yang tak sepatutnya ditingalkan.
“Banyak juga plannya ni. Sama ada terbuat atau tak aje,” Cel kemudian menjawab sambil kakinya turut melangkah ke arah muka pintu. ” Ha, tunggu apa lagi kat situ. Kata banyak plan. Takkan awak nak bertapa dalam kelas ni aje cuti sekolah ni,” balasnya ketika melintasi tempat duduk Alif di barisan kedua dari depan.
“Okey, okey jom…”
**
Wah, hijaunya…….tenang, damai dan sunyi. Inilah tempat yang Alif berangan-rangan nak pergi cuti sekolah ni. Dah tampal di dinding dah pun.
Yang ini pula ada hijau, kuning, merah, biru, hitam. Mak aiii berwarna-warni. Ada banyak warna sungguh. Sangat kena dengan Bella yang sukakan aura glamour!
Dua-dua tempat sangat menarik dan tertarik. Tak ada masalah kalau nak pergi pun.
Yang jadi masalahnya Alif dan Bella ni sepasang kembar yang punya ibu dan bapa yang sama. Cuti sekolah pun dah dua-tiga hari berlalu. Jadi baki cuti sekolah ni, perlu pergi yang mana? Perlu berkhemah di hutan atau bersantai di lautan? Takkan nak berpisah, tak bestlah cuti-cuti kena bahagikan antara umi dan abah!
Mana satu pilihan pembaca? Boleh bantu umi dan abah si kembar Alif dan Bella Askandar ni? Ke hutan atau ke lautan?
Lautan! 😀
Lautan!!! ^_^
Ke laut huhuhu
hutan =) menikmati udara yang menyegarkan & menyedut oksigen yang fresh daripada tumbuhan di sekitar =)
laut!
lautan..
Wah, nampaknya ramai penyokong tegar Bella undian kali ini. Percutian kali ini, terpaksalah Alif ikut Bella ke laut. Tapi tak apa, cuti akhir tahun, boleh ke hutan lagi… 🙂
Aik, rasanya dah reply hari tu … hahaha.. OK kali ni Bella menang.. Lain kali pula tracking ke hutan. 😀
Saya nak hutan,pastinya best !!