Skip to content

Hidup Sihat Tanpa Gajet!

akhbar Metro, 30 Mei 2013

Assalamualaikum.

Kelmarin dulu Kak Eima ada terbaca suratkhabar mengenai Taasub Teknologi Hingga Lupa Interaksi.

Adik-adik ada yang begitu? Harap-harap tidak terlalu taasub sehinggakan malas menolong ibu bapa, malas buat kerja sekolah, malas bersosial dan malas segala-galanya. Asyik-asyik mahu makan gajet, tidur gajet, mandi gajet. Tanpa gajet, hidup tidak bermakna. Tanpa gajet hidup jadi bosan sebab dah habis, terlebih dan tak dapat explore internet. No, no, no. (sambil gerak jari telunjuk kiri kanan seratus kali)

Pesan Kak Eima jangan terlalu berkepit dengan gajet. Apa kata letak gajet ke tepi dan serlahkan kreativiti masing-masing.

Percaya atau tidak gajet ini sebenarnya melalaikan. Memang tidak dinafikan sedikit sebanyak ia menjana minda dan tidak kurang juga merosakkan minda.

Apa kata Kak Eima cadangkan beberapa aktiviti untuk adik ketika musim sekolah ini.

Top 5 aktiviti selain berkepit dengan gajet.

1.Tolong emak dan bapa kemas rumah. Cabut rumput. Cat rumah. Cat pagar. Tanam pokok. Dan lain-lain yang rasa boleh membantu. Pertolongan yang kecil sahaja sudah dapat pahala yang banyak.

2.Hidupkan hobi baru seperti mengumpul keratan akhbar tentang berita yang disukai, kraftangan, menjahit seluar atau baju koyak atau bertukang.

3.Memasak atau buat cupcakes.

4.Senaraikan aktiviti yang mahu dibuat dan cuba realisasikannya. Contohnya mengaji Al-Quran satu juzuk. Hafal doa-doa.

5.Bersukan atau beriadah. Tak salah setiap hari kita beriadah. Beriadah dengan sihat ya. Jangan beriadah dating dengan mat motor pulak kat taman permainan. Kak Eima ada terbaca tentang budak lelaki yang cacat berumur 13 tahun yang teringin bermain badminton tapi tak dapat sebab fizikalnya. Jadi? Kita yang sempurna segala anggota badan harus bersyukur dan gunakan ke arah kebaikan.

Kak Eima lihat ada adik-adik suka lepas geram dan marah di status-status facebook atau pun twitter. Ini tidak elok ya. Apa kata, Kak Eima cadangkan adik-adik buat satu buku comel atau diari comel yang bertajuk Diari Lepas Geram. Buat cantik-cantik. Jadi, apabila marah atau tidak puas hati, adik-adik terus mencatat di dalam buku diari itu. Sudah tentu ia akan melegakan. Sepuluh atau lima tahun akan datang adik-adik mesti suka. Kalau tulis di Facebook, nanti rugi diri sendiri. Kak Eima ada berlambak. Siap ada diari putus cinta lagi. Apabila sudah tua begini, Kak Eima baca balik diari-diari tersebut dan tutup muka dengan bantal sebab malu sendiri. Jadi, tinggalkan kenangan marah atau geram itu di dalam sebuah diari yang comel.

Tak salah mencuba kan? Apa yang penting, kita belajar kawal perasaan dengan hanya di hujung jari di atas helaian kertas. Selalunya kita dengar ayat segala maklumat di hujung jari tapi kali ini bertukar sikit. Adik-adik bukan sahaja boleh buat Diari Lepas Geram tapi juga Diari Gumbira Sakan, Diari Jalan-jalan Cari Fasal dan macam-macam jenis diari lagi. Tak perlu meroyan dalam Facebook lagi. Kalau line lembab pun, tak ada masalah untuk luahkan perasaan! Hihi. Projek diari comel ini boleh dimasukkan sebagai aktiviti nombor dua seperti yang tertera dalam top 5 di atas.

Maaf kalau Kak Eima tulis ini menyinggung perasaan. Ayat klise waktu tulis hujung surat kat pakwe dan kawan-kawan zaman dulu. 😀

Jadi setakat ini sahaja coretan Kak Eima. Jumpa lagi.
Wassalam. Tata. Titi. Tutu.

“Computers are useless. They can only give you answers.” – Pablo Picasso.

 

Published inEima Manan

2 Comments

  1. Nur Farzana (Ana Farzana-fb) Nur Farzana (Ana Farzana-fb)

    pandai kak iema..teringin nk buat diari..xde mase. huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *