Assalamualaikum Blinkers,
WADUHH!!! Abang Chik sudah tertingggal kereta api!
Penulis-penulis Blink lain, semua sudah ligat menulis dalam blog ini, Abang Chik pula baru mahu memperkenalkan diri. Harap-harap, Blinkers tidak melupakan Abang Chik… >_<
Ini gambar Abang Chik semasa sesi fotografi bersama penulis-penulis Blink Book. Cuba teka, mana satu Abang Chik…
Abang Chik baru ada dua buku yang sudah terbit, kedua-duanya dari Siri Aku Mahu.
Aku Mahu Cincin di Jari dan Aku Mahu Bunga di Hati; ramai ibu bapa yang gerun melihat kaver novel Abang Chik ini, risau dengan kuatnya bau ‘cinta’ dari tajuk itu barangkali. Haish… mana ada ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka yang sedang sibuk dalam alam persekolahan diganggu dengan soal hubungan Adam dan Hawa ini. Abang Chik pun tidak mahu.
Tetapi, beritahu ibu bapa adik-adik, mereka tidak perlu bimbang. Cerita Abang Chik bukan cerita cinta, tetapi cerita untuk belajar menjadi dewasa. Cheewah, macam pandai-pandai sahaja Abang Chik ini.
Ada juga yang bertanya, apakah cerita buku Abang Chik ini cerita bersiri? Mana satu mahu dibaca dahulu? Sebenarnya, ini buku berkembar yang boleh dibaca berasingan. Baca mana-mana dahulu pun tidak mengapa. Ceritanya berbeza, tetapi berkait… watak utamanya berbeza tetapi, pada penghujung cerita, mereka bertemu. Selebihnya, Blinkers perlu cari sendiri. Sekiranya Abang Chik cerita lebih-lebih di sini, hilang thrill pula nanti apabila membaca… 😛
Baiklah Abang Chik berhenti berceloteh dahulu, sebelum Blinkers mula menguap. Abang Chik akan cuba untuk lebih kerap menulis di sini. Almaklumlah, penulis lain sudah jauh ke hadapan, Abang Chik mesti lebih laju untuk mengejar mereka. Doakan Abang Chik berjaya… 😉
Jangan lupa, jumpa lagi.
nota kaki: Eh, eh… model kecil yang memegang novel Abang Chik itu masih peringkat pra-sekolah, masih belum khatam-khatam membaca novel Abang Chik.
HUray.. Abang Chik tiba juga akhirnya. Semoga terus berkarya. 🙂
Ya, semua Blinkers menunggu coretan Abang Chik ni. 🙂
Betul betul betul!
Terima kasih, terima kasih… >_<
Syabas Abang Chik akhirnya dapat juga menulis di sini!
Abang Chik yang tidak ‘KeChik’! Hehehe …
Great! you are in the same train Abang Chik!
Wow !!