Skip to content

Hero poyo nak popular.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم

pix_gal0
Semua orang mahu jadi Super 3G

Ohohoi!… Apa khabar Blinkers-blinkers yang cute dan kacak semua?

Harap semuanya ceria selalu ya.

Kita semua baru sahaja melepasi minggu jerebu yang agak teruk, jadi Abang Azanil doakan blinkers semua sentiasa sihat dan cergas sentiasa.

 

 

01Post kali ini Abang Azanil mahu bercerita pula tentang di sebalik tabir buku Hero Sri Bangsar yang ke dua.

Tajuknya Hero Rebut Popular. Siapa sudah baca buku ini angkat tangan dan jerit saya!. Bagus… terbaik! Kepada yang masih belum membaca, bolehla baca post Abang Azanil  ini. Sekurang-kurangnya akan  tahu serba sedikit tentang buku yang kedua siri Hero Sri Bangsar. Baiklah! tanpa membuang masa, sepantas Super 3G Abang Azanil ceritakan serba sedikit tentang buku tersebut.

super3g

Setelah siapnya buku Diari Super 3G, maka melompat kegembiraanlah si Alfi kerana secara rasminya dia kini telah bergelar seorang superhero.

Apa lagi, kembang kempislah hidungnya setiap hari kerana popularitinya semakin meningkat. Jadi poyolah si Super 3G sebab hari-hari dapat sign autograph. Tetapi tanpa dia ketahui Abang Azanil dan Kak Ain telah merancang untuk membawa seorang lagi superhero dalam Sri Bangsar. Hahaha… saja nak bagi Super 3G bengang.

gadisbintangBertungkus lumuslah Abang Azanil mencari watak gadis yang sesuai untuk dijadikan superhero dan akhirnya Abang Azanil bertemu dengan seorang budak perempuan yang bernama Cahaya Bintang, kalau dalam bahasa arabnya ialah Nurnajmina.

Orangnya cantik, senyuman menawan hingga boleh buat si Alfi terkena sawan. Ahah! inilah orang yang di cari. Maka terciptalah watak Gadis Bintang. Seorang hero yang berkuasa tangan sekuat badang. Sekali tampar terus jatah telentang!

Apabila sudah berjaya mencipta watak Gadis Bintang, terus Abang Azanil letakkan superhero berbaju merah jambu itu di Sri Bangsar. Rupanya si Gadis Bintang ini pun poyo juga mahu popular. Apa lagi, berebut popularlah mereka berdua. Pantang bertemu mesti mahu bersaing. Masing-masing mahu buktikan siapa yang paling hebat dan popular di Sri Bangsar. Lalu terjadilah berbagai-bagai insiden lucu. Siapa yang sudah baca pasti tahu peristiwa-peristiwa yang lucu itu. 🙂

NC14Tidak habis dengan berebut popular, Abang Azanil beri satu masalah besar buat dua superhero Sri Bangsar dengan  kemunculan penjahat baru iaitu encik Ais dan Puan Krim.

Pasangan suami isteri yang amat bencikan ais krim. Bak kata Ipin. Benci benci benci!

 

 

sambal nasi lemakBlinkers semua mahu tahu dari mana Abang Azanil dapat idea untuk cipta watak penjahat ini? Sebenarnya watak ini tercipta hasil olahan rasa benci dan marah Abang Azanil pada Sambal Nasi Lemak! Ya, Abang Azanil tak suka sambal nasi lemak kerana ia pedas dan boleh menyebabkan Abang Azanil sakit perut. <—-perut sensetif sangat! Abang Azanil punya marah sampaikan terfikir mahu cipta mesin masa. Bila ada mesin masa, Abang Azanil akan cari siapa pencipta sambal nasi lemak. Bila sudah jumpa… apa lagi, kasi kaw-kaw punya ceramah sampai terkeluar tahi telinga dia. “Kenapa buat nasi lemak mesti letak sambal? Kalau tak letak tak sah? kenapa mesti sambal tu pedas?” Huh… Biar dia insaf. Takpun Abang Azanil luku-luku kepala orang tu sampai dia terlupa resepi sambal nasi lemak. Ekstrem sungguh!

No-Ice-CreamDari rasa marah dan benci itu, Abang Azanil cipta satu watak penjahat dan Abang Azanil ubah supaya lebih dekat pada hati pembaca remaja dengan menukarkan sambal nasi lemak kepada ais krim. Jadi tips menjana idea hari ini adalah… cuba olah perasaan atau rasa menjadi satu bahan cerita yang menarik. 🙂 Kita semua ada berbagai-bagai perasaan bukan? Ada gembira, ada meluat, ada simpati dan banyak lagi. Jika kena dengan cara gorengnya, pasti cerita akan jadi menarik.

dendamOh ya… dalam buku Hero Rebut Popular ini sebenarnya ada satu perkara yang Abang Azanil cuba tunjukkan iaitu buruknya sifat berdendam. Jika dikalangan Blinkers yang ada perasaan dendam, Abang Azanil nasihatkan supaya buangkan ia jauh-jauh kerana api dendam itu hanya akan menyiksa hidup kita sendiri. Lagi pun tak baik berdendam-demdam ni. Buat sakit hati sahaja. Nanti tak fasal-fasal kena darah tinggi pula. Naya!

 

Baiklah. Itu sahaja perkongsian Abang Azanil untuk kali ini. 

Kepada Blinkers yang belum membaca Hero Rebut Popular boleh dapatkan di kedai buku yang berhampiran. Jika payah sangat nak cari, boleh beli secara online di Kedai Blink Online.—-> http://www.kedaiblink.com/ Tak payah susah-susah.. buku akan terus dihantar di hadapan rumah anda..

Kepada yang belum jadi rakan Abang Azanil di FB boleh add—> Azanil Fitri Blink. Dan..

Kepada yang belum jadi rakan fanpage di FB boleh like———-> Azanil Fitri Novelis.

Berjumpa lagi di lain masa. Terima kasih kerana sudi membaca.

Pecah kaca pecah gelas,

Lepas baca harap balas. (komen)

 

 

Published inAzanil Fitri

16 Comments

  1. Saya pun tak suka sambal nasi lemak! Kalau boleh memutar masa, nak je buli sipencipta sambal nasi lemak…Hehehehe.. Best entry Abang Azanil kali ini. Selamat berjaya menulis novel lagi =)

  2. Best!Best!Best! (Ipil) Nanti bawalah Gadis Bintang sekali pergi jumpa pembuat sambal nasi lemak.pasti ‘luku’annya lebih ekstrem! Hehe! 😀

  3. Delaila Delyana Delaila Delyana

    Kalau tak ada nasi lemak tak hidup saya! Sambal nasi lemak paling sedap di dunia! Lidah ini dari umur empat tahun, balik tadika, nasi lemak. Kalau tak makan nasi lemak sebulan, banjir satu dunia dengan air mata.

  4. Orang Misteri Orang Misteri

    saya memang suka nasi lemak tapi tak lah sampai jadi macam delaila tu.kang gemuk semua orang lari.kita suka sambil sedikit macam semut.bila makan ambil sikit je.datang lagi orang misteri.assalammualaium tak jawab dosa.

  5. Sy kalau ada nasi lemak d kantin sambar aje. Itu je makanan berat yg ada. Kdg2 tukar menu la jugak. Tapi, sambal nasi lemak the best! Kan Delaila?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *