Assalamualaikum
Petang-petang main lompat tali,
Selamat bertemu kembali.
Apa khabar Blinkers hari ini? (Boleh jawab dalam hati.)
Sudah masuk 19 Ramadhan. Lebih kurang seminggu lebih lagi umat Islam akan menyambut hari raya puasa. Kuih raya berapa jenis tahun ini yang mak buat? Atau kuih tunjuk-tunjuk? Hehehe.Baju raya berapa pasang? Oh Kak Eima cuma buat sepasang sahaja baju kurung pada tahun ini. Yang lain-lain pasang, pakai baju yang tahun lepas. Itu pun kalau masih muat. Sekejap lagi nak pergi cuba baju raya tahun lepas. Maklumlah badan sudah tua kembang sana kembang sini macam tong. Muahahahaha 😀
Apabila menyambut hari raya, apa yang Blinkers paling seronok dan menjadi kenangan terindah?
Waktu Kak Eima kecil dahulu, perkara paling suka apabila mahu menyambut hari raya ialah tengok lampu lip lap di rumah jiran. Kak Eima dengan sepupu akan membonceng basikal dan buat rondaan ala-ala ahli rukun tetangga di kawasan perumahan untuk melihat lampu lip lap itu. Ada pelbagai jenis cara mereka pasang. Ada yang biasa-biasa dan ada yang unik. Tetapi, apabila sudah tua begini Kak Eima tidak dapat lagi melakukan aktiviti skodeng lampu lip lap rumah orang. Sedih betul rasanya. Tengok lampu lip lap keliling kampung itu pun cuma dapat sekali seumur hidup dan ia adalah kenangan paling terindah Kak Eima pada malam raya. Feeling menari atas ais pula. Kesian.
Gambar, seperti biasa cilok dari orang lain punya tanpa pengetahuan am dari Google.
Momen itu terjadi sewaktu Kak Eima balik beraya rumah sepupu di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Kalau beraya di rumah sendiri, memang tak dapatlah ronda-ronda sana sini sebab sibuk menolong mak di dapur. Raya di Pulau Pinang agak meriah juga. Rindu sangat dengan suasana itu. Satu lagi, Kak Eima suka tengok lampu pelita pada malam tujuh likur yang diletakkan sekeliling rumah. Comel sangat. Feeling shuffle atas jalan tar pula. Kesian.
Cilok buat kali ke 1+++ kali dari Google. Nak ambil gambar sendiri, tak ada kamera. Nanti nak masuk rancangan Hajat minta kamera satu.
Bagaimana pula dengan Blinkers? Ada pengalaman yang menarik sewaktu di malam raya? Boleh kongsikan dengan Kak Eima melalui belog masing-masing dan linkkan di ruang komen atau tulis saja direct di ruang komen, atau apa-apa sahajalah, asalkan bahagia.
Apa yang Kak Eima paling benci di malam raya?
Mercun pong pang pong pang! Terlalu bingit. Tambah-tambah kalau balik beraya di kampung, terasa satu kampung bergegar macam nak perang saudara. Biasa! Haippp. Kalau Blinkers mahu main mercun, jangan terlampau ekstrem. Takut nanti terkena kaki tangan dan yang lebih bahaya terkena di bahagian muka. Ingat, kalau nak main mercun kena berhati-hati. Yang duduk rumah tinggi pula terutama pelajar kolej, jangan sesuka hati baling mercun ketupat atau jenis mercun apa-apa sahajalah ke bawah. Bimbang hangus rambut orang yang lalu lalang. (pesan pada orang, macam biasa buat je? Biasa buat le tewww.)
Dan satu lagi, walaupun kita bergembira mahu menyambut hari raya, jangan lupakan orang lain yang susah atau kawan-kawan kita yang tiada ibu bapa. Di kolej-kolej atau di sekolah mungkin diadakan kebajikan untuk mereka yang kurang bernasib baik. Mungkin Blinkers boleh kongsikan di sini atau apa-apa sahajalah asalkan bahagia.
Sebelum Kak Eima mengakhiri nukilan pada hari Ahad ini,
Kak Eima mahu adakan satu PERTANDINGAN bertemakan GAMBAR. Siapa suka angkat bahu.
Tunggu pengumuman pertandingan itu nanti dan salah satu klu syaratnya ialah wajib ada buku Aku Mahu Cari Keberanian. Lain-lain syarat akan diumukan kemudian nanti. Jangan risau, pertandingan itu tentu ada hadiahnya. In Sha Allah Kak Eima akan umumkan secara rasmi pada Ahad depan. Kalau Kak Eima terlupa, Blinkers boleh tolong ingatkan. Ngeeee…..makcik dah tua, dik.
Sekian, wassalam.
Jangan segan-segan tambah rakan Kak Eima di Facebook atau Instagram.
Facebook : https://www.facebook.com/whatevereima
Instagram : eimamanan
Ikhlaslah Berpuasa Untuk Agama.
😀 😀 😀 😀 😀 😀 😀
Oh, kita sama..benci mercun pong pang pong pang(baik sayaa mengaku, saya adalah penjenayah terbesar. muahahahaha..syok sendiri kejap..hehe)
Kita serupa tapi tak sama. Kak Eima penjenayah kecil-kecilan sahaja. Belum boleh jadi taikun.
Kak eima mcm mana kak eima jadi penulis novel ?
panjang ceritanya..