ASSALAMUALAIKUM
Bertemu lagi kita di segmen “Siri Kak Eima Sedang Syok Sendiri Bercakap Dengan Komputer”.
Wah, semua orang nampak gayanya sudah tersengih-sengih sampai ke telinga. Maklumlah cuti sekolah seminggu dan pula tidak sabar mahu menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi. Ada sesiapa di sini bercadang untuk melanjutkan puasa iaitu puasa enam? Kalau niat itu sudah ada, alangkah sejuknya perut mak mengandung. Kak Eima tengok bukan main meriah lagi para Blinkers bertukar kad raya di PPB. Bagus, bagus. Blinkers memang rock habislah.
Agak sedih apabila tidak lama lagi bulan Ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita. Kak Eima harap Allah panjangkan usia supaya tahun hadapan boleh berpuasa lagi. Pasti kita akan merindui Ramadhan. Bukan Mohd Ramadhan lah. Mesti tersedak mamat-mamat yang namanya Ramadhan. Selepas ini mamat-mamat yang namanya Fitri pula akan tersedak. Contoh terdekat sudah ada iaitu Abang Azanil Fitri. Kih koh kih koh. 😀 Abang Azanil Fitri tengah kaya, nanti boleh minta duit raya dengan beliau. Kih koh kih kuh koh. 😀
Sudah habis baca tentang pertandingan Kak Eima tulis di atas dalam kotak kuning itu? Jika ada yang masih samar-samar, bolehlah bertanya. Kalau malu, Blinkers boleh bergambar sambil tutup muka. Ikutlah kreativiti masing-masing. Asalkan bahagia, Kak Eima okay sahaja.
Nak letak gambar kucing Pakcik Jefri sambil baca buku pun boleh.
Hadiahnya pula, sila baca kotak oren di bawah ini. Sudah penat bergambar sampai patah riyuk tulang, sudah tentu ada hadiahnya. Terimalah dengan hati terbuka nanti ya dik. Jangan nangis ya. Perhatian, ini bukan virus influenza kuning oren. Jangan salah tafsir.
Nak kamera? Boleh…Kak Eima bagi replika sahaja nanti. Kih koh kih koh.
Sekali lagi Kak Eima beritahu, pemilihan pemenang adalah atas dasar gambar yang terlampau kreatif dan juga ucapan raya yang diselitkan tentang Aku Mahu CK paling rock dan menyegarkan macam baru lepas telan gula-gula Hacks. Boleh? Contohnya begini ;
Gambaran : Lima orang jejaka sedang berbaju melayu, kain pelekat diselempangkan ke bahu, songkok terbalik, bertenggek atas batu sambil salah seorang baca buku Aku Mahu CK sedang menikmati angin sepoi-sepoi tak reti bahasa di tepi pantai.
Ucapan :Kami geng Teluk Bahang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang mulia kepada sesiapa sahaja yang melihat gambar ini. Raya tahun ini kami sangat seronok lebih-lebih lagi ada buku Aku Mahu CK menemani waktu santai untuk nantikan hari raya yang seterusnya. Yahoo! Tengok kaver Aku Mahu CK perut jadi lapar mahu makan ketupat dengan masak lodeh! Maaf Zahir dan Batin. Geng Teluk Bahang paling rock di Teluk Bahang! Kenang kami dalam doa kalian. Hidup Teluk Bahang. Sekian.
Diulangi, itu sebagai contoh sahaja. Faham? Harap-harap semuanya sudah jelas.
Tamat cerita pertandingan bergambar. Kita masuk bab ucapan pula.
Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ini, saya yang bernama Eima ingin tujukan lagu ucapan di bawah ini kepada Tuan Pengurus Blink -Tuan Syaizul, Ketua Penulis Blink iaitu Kak Ain, rakan-rakan penulis Blink Kak Jumie, Kak Izanor, Aman Wan, Aja Fazla, Azanil Fitri, Hazlam Anuar, rakan penulis Blink yang terdahulu iaitu Mama Bella dan Hanna Johan, rakan-rakan penulis yang lain , dua orang editor Blink iaitu Kak Ann, Husna Adnan yang kiut miut dan Tuan Fuad, Tuan Azmi yang bertanggungjawab mereka kaver-kaver buku Blink, tim jualan Blink yang ohsem-ohsem seperti Nani, Adila, Ain, Abied, ChaO, Ramzan, Fauzul, illustrator Ain Lavendra, Tuan Farhan Rahmat,pembaca-pembaca buku Blink yang lain atau Blinkers, kawan-kawan dan tidak ketinggalan juga ayam itik angsa lembu kambing di kampung dengan ucapan….bacalah sendiri di bawah ni.
Di bawah ini beberapa gambar buat tatapan semua. Gambar kenangan semasa di PBAKL 2013. Gambar mana ada basi kan. Lagi lama hayat gambar, lagi mahal nostalgianya. Nasib baik tak buat efek gambar hitam putih.
Kak Aja, tengoklah si Fazla asyik nak mengetuk orang Kak Jumie. Dia ingat itu senduk?
Baik mengaku cepat, geng mana yang buat peace itu? Kak Eima namakan geng Maria campuran Manis dan Ceria. Okay? 😀
Baik mengaku, siapa yang dalam gambar tu.
Beli buku Aku Mahu CK barulah Kak Eima sayang lentok…..
Ada balik geng nih. Contoh pose terbaik dalam gambar ini jatuh kepada abang Aman Wan. Syabas!
Selamat Hari Raya dan selamat menyertai pertandingan bergambar!
Sebelum mengundurkan diri,
jangan lupa tambah rakan Kak Eima di FB. Eima Manan. Boleh mesej inbox sesuka hati dan ginjal pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.
Twitter : EimaAbdManan. (baru buat.) hihihi..saja nak menggatal.
Belog peribadi padang jarak padang tekukur : http://eimamanan.blogspot.com
Instagram : eimamanan
Jika ada kisah yang mahu dikongsikan boleh emel terus ; [email protected]. Emel Blink terlupa sudah. Makcik dah tua. Ampun penunggu gua.
Tamat catatan Siri Kak Eima Sedang Syok Sendiri Bercakap Dengan Komputer . Nak sambung menulis BSB:NasyidVSKoir pula. Doakan Kak Eima dapat tulis laju-laju! Doa, jangan tak doa. Kumpul pahala di hujung Ramadhan. Hehehe.
Sekian, wassalam.
😀
Terbaik la…hehhe
Ampun tuanku, ampun patik harap diampun. Permaisuri SS(SyokSendiri) patik tidak dapat menjumpai fb mu. huhu. tamat sudah nostalgia facebook daripada saya lintas langsung dari tangjong malim, perak.
Berbalik kepada tajuk kita kembali. uhuk uhuk(berangan jadi pengacara tv) adakah gambar tersebut wajib ada gambar peserta atau pun boleh letak gambar kucing sahaja? Silakan jawab Professor Kih Koh Kih Koh… Terima kasih!
Disebabkan ini pertandingan sempena raya, lagi elok masukkan gambar tuan empunya kucing bersama-sama kucing kesayangan sambil kedua-duanya baca buku Aku Mahu CK.
Sama-sama! 🙂
Nak Join, pastikan Adilah Amran merangkul tempat pertama dalam pertandingan ini! :3
Heeee … terus pilih no satu! Poyo I like! 😛
Saya pula nombor 2 :3 Hoho… *Kena pinjam buku Aku Mahu CK dari kawan 😛
Pun boleh.
Saya tiada novel AKU MAHU CK!!! huhuhu
Pinjam kawan punya dan posing 5 minit hehehe 🙂
Kalau novel lain tak boleh ke ? Alaaaaa ! ! !
Kak Eima buat pertandingan yang lain pula nanti untuk novel lain. Tungguuu.
Kak Eima Manan , maksimum perkataan ucapannya , bebas bukan , tidak kira berapa banyak pun kan ? Harap maklum
Ya bebas. Sori lambat respons. Hahahha ::-D
saya tak sempat la kot
Kalau nak, sempatlah kot. Tapi masa sudah tamat. Sadaqallahul’azim.
Kak Iema hari ini sempat atau tidak bengambar dengan aku mahu ck??
Saya sudah sertai….mungkin kak eima sudah like gmbr saya di fb..
alah…tak menang.kak eima buat pertandingan lagi =(