Skip to content

Skuad Hero Sri Bangsar (Super 3G) : Bagaimana menjadi seorang Superhero.

Assalammualaikum. Hai hai hai! Super 3G di sini!
Apa khabar semua? Harap-harap semuanya sihat sahaja.  Wah seronoknya cuti sekolah.  Kawan-kawan semua tentu seronok juga kan? Apa aktiviti sepanjang musim cuti sekolah ini? Saya dan Gadis Bintang seperti biasa sibuk membuat rondaan di sekitar Sri Bangsar. Maklumlah superhero masyarakatlah katakan.

Sebenarnya saya sudah lama tidak menulis di blog. Minum ice blog selalulah hehehe.. itu pun Gadis Bintang yang  belanja. Tetapi hari ini saya mahu berkongsi cerita. Ini semua gara-gara Abang Azanil yang suruh saya menulis blog. Katanya supaya saya tidak lupa bagaimana untuk mengeja bila buka sekolah nanti. Huh! alasan tidak masuk akal langsung. Ingat saya ini budak pra sekolah agaknya. Tambah Abang Azanil lagi supaya saya dapat mengasah bakat menulis. Hey! saya bukannya mahu jadi wartawan. Saya mahu jadi superhero. Saya bab-bab menulis ni kureng sikit. Dalam kata lain malas… kalau tulis surat untuk Nona, baru rajin. heheheh

Untuk segmen kali ini, saya Alfi bin Alfa a.k.a Super 3G. Superhero rebutan gadis-gadis malaya (perasan) akan cuba menjawab soalan dari salah seorang pengunjung laman web Skuad Hero Sri Bangsar. (Saya suka pesanan ringkasnya hehehe…)

Soalannya berbunyi begini, “Hai Skuad Hero, saya teringin sangat mahu jadi superhero tetapi tiadk mempunyai kuasa hebat seperti Super 3G dan Gadis Bintang. Boleh berikan sedikit rahsia bagaimana untuk menjadi superhero yang berjaya? Sekian terima kasih. Dari peminat mu- Siti Hohaliza macam comel je macam cute je. 🙂
p/s : Saya peminat Super 3G yang macho. 🙂

Jawapan dari Super 3G yang macho. Heheheh

 Hai Siti. Terima kasih atas soalan dan pengakuan ikhlas tersebut. Macam nak lompat je.. macam nak bangga je.. 🙂

Sebenarnya tidak susah untuk menjadi superhero walau pun tiada kuasa sebab saya pun dahulu tiada kuasa juga. Hanya ada kuasa doa sahaja. Nampak macam soleh tak saya? gurau sahaja.

Baiklah, di sini saya akan kongsikan beberapa tip untuk menjadi superhero.

Langkah 1. Hormati dan sayangkeluarga anda.

the-incredibles

Sebelum menjadi wira untuk orang lain, jadilah wira kepada keluarga sendiri dahulu. Hormati dan taatlah kepada kedua ibu bapa. barulah boleh jadi superhero yang diberkati. Sibuk membantu orang lain, ahli keluarga sendiri dibiarkan tidak dibantu. Tak patut… tak patut.. orang seperti ini harus dihukum panjat tiang bendera sekolah setiap pagi.

Langkah 2. Bersopan dan jagalah budi perkerti. 

bersopan santun

Dengan sikap begini akan meninggikan lagi kedudukan di mata orang lain. Tetapi dengan penjahat janganlah bersopan sangat. Hinggakan salam cium tangan. Sekali penjahat tu karate tengkuk baru tahu. Cukup sekadar memberi nasihat terlebih dahulu supaya dia insaf. Alah.. macam Gadis Bintang selalu buat. Mula-mula nasihat, jika tidak jalan juga baru  lambung. baru ada akai!

Langkah3. Menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik. 

172165_10150091634423406_573353405_6191937_4413549_o

Walaupun anda tidak mempunyai kuasa yang hebat tetapi anda masih mampu untuk memberi bantuan kepada ramai orang. Caranya dengan memberi sumbangan untuk kerja-kerja amal contohnya seperti memberi bantuan kewangan,makanan atau pakaian kepada mangsa banjir/bencana. Percayalah sumbangan anda yang sedikit itu sebenarnya mampu membantu beribu-ribu orang. Membantu orang dalam kesusahan kerja superhero juga bukan? Tetapi janganlah pergi sumbangkan lagu pula.  Elok-elok banjir sudah surut terus naik balik. Itu jam, kena hambat dengan orang kampung.

Langkah 4. Membantu mereka yang memerlukan. 

petertangenphoenixjones

Jika anda melihat orang memerlukan pertolongan, tawarkan diri untuk membantu. Walaupun dengan pertolongan yang kecil, sekurang-kurangnya anda mampu mengukir senyuman di wajah mereka. Jangan tolong tengok sudahlah. Itu kurang ajar namanya.

Langkah 5. Sertai aktiviti sukarela.

volunteer-teen-girl

Sememangnya tenaga sukarelawan sentiasa diperlukan. Sertailah badan-badan sukarela supaya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Walaupun kerja sukarela tetapi kadangkala ada juga yang dibayar.

Langkah 6. Lakukan khidmat masyarakat.

f-76932

 Superhero pastinya sinonim dengan kerja khidmat masyarakat. Tolong kutip sampah di tepi jalan pun dikira khidmat masyarakat juga. Jadi, untuk menjadi superhero memang mudah.

Langkah 7. Bertindak dalam situasi kecemasan. 

30012012082935-firstaid

Jika ada situasi yang mencemaskan seperti kebakaran, kemalangan atau sebagainya bertindaklah dengan pantas. Mungkin anda tiada kuasa kepantasan untuk menyambar atau melakukan kerja menyelamat, tetapi anda mempunyai kuasa untuk bertindak dengan bijak. Hubungi segera pihak berkuasa jika kejadian tersebut baru sahaja berlaku atau terus melakukan pertolongan cemas. Janganlah pergi upload status di Facebook pula tanpa memberi sebarang bantuan. Jika sudah ketagih ‘Like’ pun janganlah sampai begitu sekali. Langgar dengan ambulan baru tahu.

Langkah 8. Menjadi contoh dan tauladan. 

superhero

Cubalah untuk menjadi contoh kepada yang baik. Jika tidak dapat menjadi contoh kepada masyarakat, cukuplah sekadar menjadi contoh kepada adik-adik anda, atau adik jiran atau adik angkat atau yang paling cikai pun kepada kucing anda.

Hmm… nampaknya saya sudah semakin mengarut. Jadi, itu sahaja jawapan saya. Harap-harap kita dapat bertemu lagi di lain masa. Akhir kata sambutlah salam superhero penuh kemesraan dari saya, Alfi bin Alfa a.k.a Super 3G.

Bye! go Super 3G  go!

Alamak-alamak nasi lemak…  tiada apa-apa, saya saja mahu sebut. heheheh.. jangan marah. 🙂

Published inAzanil Fitri

10 Comments

  1. Ahmad Faiz Ahmad Faiz

    Wah, nampaknya… Super 3G sudah dapat kongsikan tips-tips menjadi super hero… Nanti, insya-Allah saya akan cuba mengikutnya satu per satu dan akan menyertai Super 3G untuk menjaga keamanan di Sri Bangsar… Hehe…

  2. Aja Fazla Aja Fazla

    Gadis Bintang juga dapat keperihatinan…hehehe
    Alfi boleh balik tidurlah macam ini, penat dia kena paksa tulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *