“Gantung langsir di sini dan juga di sana.”
“Pasang karpet jangan ada gelembung.”
“Di stor hanya ada buku dan barang cederahati sahaja, okey.”
“Sofa akan letak di dinding tengah, meja perbincangan di sini, meja rendah IKEA untuk buku di tengah ruang…”
Hah, itulah aktiviti-aktiviti kami penulis-penulis Blink Book bersama Kak Ain Maisarah, Tuan Pengurus dan staf Blink. Seharian kami bergotong-royong di dua tingkat pejabat Blink. Tingkat bawah terdapat tiga bahagian. Iaitu showroom (kedai), stor dan pejabat. Tingkat atas stor dan bakal studio Abang Aman Wan.
Memang terasa seperti projek dekor-dekor!
Sebelum bermula, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Abang Alam bersama Abang Aman Wan dan Abang Naim ditugaskan memotong dan memasang langsir biru yang bling-bling di dinding Kedai Blink. Terasa menjadi pakar dekor langsir Blink pulakan. Jika orang lalu pasti ingat kami tengah buat pelamin.
Abang Azanil ditugaskan mengecat plywood untuk dijadikan partition (dinding pembahagi) stor. Abang Fazla bersama staf menyusun atur merchandise Blink.
Tim Superbibik – Kak Aja, Kak Eima, Kak Izanor, Kak Jumie dan Hazira menyusun dan mengemas buku-buku Blink Book, novel comel dan merchandise Blink , bagi dijadikan pakej dan selain mudah untuk diambil staf Blink apabila ada yang membuat pesanan dari Kedai Blink Online (KBO). Dalam gambar di bawah, yang berbaju hijau epal itu Abang Azanil yea.
Walaupun ditugaskan berasingan, apabila perlukan tangan tambahan kami akan membantu. Banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam masa sehari.
Di bahagian akhir gotong-royong ialah pemasangan karpet yang berwarna biru gelap di showroom. Agak mencabar ketika mahu memasang karpet. Lihatlah gambar, sampai 8 orang pasang! Kalau pekerja mahir, dua orang sudah pun cukup untuk ruang yang kecil! Nasib baik superhero kita Abang Azanil yang ada pengalaman memasang karpet memberikan panduan.
Oh, terlupa pula bab makan
Waktu tengah hari, kami makan ayam penyek yang ditaja pengawai Blink Trading bersama pencuci mulut yang dibawa khas oleh AjaFazla. Iaitu keju meleleh pelbagai perisa seperti Chocolate with Blueberry, Tiramisu, Pandan, Lemon, Caramel dan Red Velvet. Dengar sahaja sudah terliur.
Kalau boleh Abang Alam mahu rasa semua, tetapi Abang Alam pilih yang bestseller, Tiramisu. Kalau ada Blinkers hendak tempah kek boleh pesan dengan AjaFazla di OnePieceBakery. (Lokasi operasinya di Seremban)
Rehat petang ,kami makan pula aiskrim perisa coklat dan perisa Oreo. Dibelanja oleh Kak Ain dan Tuan Pengurus. Fuh, hilang dahaga, penat dan sempat menambah lagi 🙂
Terima kasih yang menaja kami makan. Memang sedap.
Tamat dengan mesyuarat
Aktiviti gotong-royong ditamatkan dengan mesyuarat pada sebelah malamnya.
Yelah, sebelum ini jarang berjumpa dan susah untuk berkumpul bersama, bertemu pun hanya di Facebook 🙂
Bila dapat berkumpul begini, pelbagai perkara dapat dibincangkan dan diselesaikan. Antara topik yang dibincangkan ialah perancangan pesta buku yang bertemakan Hero! Tidak sabar rasanya… cepatlah pesta buku!
P/S: Showroom Blink ini masih belum siap sepenuhnya, kerana ada perabot yang cantik, bling belum diletakkan, perabot lain yang belum disusun, chandelier putih belum di pasang dan penghiasan lain lagi yang belum didekorasikan. Bila siap nanti, kami hebahkan di Facebook dan blog. Tungguuu!
Kredit gambar: Ain Maisarah , Izanor , AjaFazla dan Tuan Pengurus.
Wow! Bestnya! Tak sabar mahu pergi ke sini bila sudah siap sepenuhnya! Mesti cantik dan ber-blink-blink tempat ini bila sudah siap nanti!
Bab yang paling teruja apabila melihat kesemua staf, penulis dan yang lain-lain makan kek keju meleleh yang sedap sehingga meleleh air liur saya. Uh… Sedapnya…. Nanti saya mahu belilah dengan Abang Fazla & Kak Aja!