Skip to content

Pengetua Dari Neraka

Darah menitik-nitik di atas buku latihan Matematik milik Johan. Tangannya kekal menulis walau pisau kekal terpacak pada bahunya. Habis lencun dan penuh baju yang tersarung ketubuh dengan warna merah. Sesekali Johan meneguk air liur menahan sakit yang amat. Dalam hatinya sarat berdoa. Janganlah didera lebih teruk lagi.

Puan Azian , ibu Johan yang juga baru beberapa hari lepas dilantik sebagai pengetua sekolah , mengawasi anaknya dengan mata yang tajam bagai helang. Apabila nampak sahaja Johan tersalah jawab satu soalan , Puan Azian akan menekan pisau pada bahu anaknya supaya ia tertusuk lebih dalam. Johan mengerang kesakitan. Semakin banyak darah mengalir dari bahunya.

“Buat betul-betul! Kalau asyik salah sahaja , macam mana nak dapat straight A+? Kamu itu anak guru besar. Jangan malukan ibu ya!” Johan mengangguk lemah. Satu badannya menggigil. Pen yang dipegang juga kelihatan terketar-ketar menulis pada buku latihan.

Cuai lagi menjawab soalan , rambut Johan pula menjadi mangsa. Ditarik-tariknya rambut si anak dengan kuat sampaikan rasa seperti mahu tercabut kulit kepala.

“Argh , SAKIT!”

Johan memegang kepalanya. Puan Azian tersenyum sinis.

Selesai sahaja menyiapkan latihan Matematik , Puan Azian meninggalkannya sendirian. Johan serta merta jatuh terbaring diatas lantai. Air matanya tidak dapat ditahan daripada mengalir deras.

Beginilah nasibnya.

@@@@

“Mulai hari ini , para pelajar dari kelas pertama , kedua dan ketiga diwajibkan hadir kelas tambahan yang akan diadakan setiap hari selepas habis sekolah. Beberapa seminar juga akan diadakan sekali seminggu. Saya mahu SEMUA pelajar dari kelas atas dapat straight As dalam peperiksaan-peperiksaan akan datang. Sasaran saya kali ini , saya mahu 100 pelajar cemerlang straight As dalam SPM!”

Maka dengan kata-kata Puan Azian itu , bermulalah ‘Zaman Gelap Sekolah Menengah Seri Murni’. Semua pelajar dari kelas atas dikerah olehnya supaya belajar sentiasa. Mana-mana pelajar yang gagal menunjukkan prestasi yang baik , pasti akan dipanggilnya pelajar tersebut supaya menghadapnya di pejabat.

“Kenapa kamu gagal dalam subjek matematik tambahan?” mata Puan Azian tajam menikam tepat kearah pelajar dihadapannya. Pelajar itu hanya mampu menunduk memandang lantai.

Diam. Bisu. Tiada jawapan.

Menerima respon begitu , wanita 40-an itu terus bangun dan membuka laci mejanya lalu dikeluarkan stapler besar yang berwarna merah. Diacukan stapler itu kearah wajah pelajar dihadapannya.

“Kamu nampak ni? Agak-agak sakit tak kalau ‘ubat’ stapler ni tercucuk mata kamu?” Puan Azian memberi senyum penuh makna. Pelajar dihadapannya sudah mula menunjuk riak takut. Matanya terpejam-pejam melihat stapler yang dipegang si pengetua.

“Aaa…sa-saya minta maaf.” dengan tergagap-gagap , akhirnya pelajar itu bersuara. Puan Azian gelak jahat. Sengaja dia mendekatkan lagi stapler pada muka pelajar itu sehinggakan tersentuh hidungnya. Terus menggigil-gigil pelajar itu. Seperti ada tanda-tanda mahu terkencing dalam seluar!

“Tahu takut. Selepas ini , saya mahu kamu dapat A dalam matematik tambahan. Sekiranya kamu gagal , siaplah kamu saya kerjakan! Sudah , kamu boleh pergi.”

Pelajar tersebut mengangguk sekilas. Belum sempat pelajar itu mahu keluar meninggalkan pejabat , dia ditahan si pengetua yang sudah menggenggam erat bahunya.

“Sekejap.”

Sekelip mata , tangan pelajar itu ditarik kasar Puan Azian lalu dia merentap kuat salah satu kuku pelajar itu sehingga tercabut!

“Aaaaarrggggghhh!!”

Darah mula mengalir keluar pada bahagian yang tercabut. Berkerut wajah pelajar itu menahan sakit. Puan Azian tersenyum sinis.

“Ingat senang-senang sahaja boleh terlepas?”

@@@@

Johan memandang siling bilik tidurnya. Mindanya serabut memikirkan hari esok. Esok merupakan hari pertama bagi peperiksaan SPM. Bak kata orang , peperiksaan yang menentukan laluan masa depan.

Apa yang Johan tahu , dia perlu dapat straight A+ dan menjadi ‘top student’ bagi memenuhi kehendak ibunya.

Mengenangkan ibunya , Johan jadi sedih. Sekilas dia memeriksa segala parut-parut yang terkumpul pada lengannya. Nampak sangat ngeri. Angkara siapa? Tak lain tak bukan , ibunya sendiri.

Sudah berbulan-bulan dia dan rakan-rakan seperjuangannya disekolah diseksa. Cukup-cukuplah tu. Johan tak dapat tahan lagi.

Dia perlu lakukan sesuatu.

@@@@

“Apa ni hah?” Puan Azian melibas slip keputusan SPM kemuka Johan. Muka Puan Azian merah menyinga. Rambutnya kusut dan kembang seperti orang gila. Suara yang dilontarkan pula kuat menyerupai petir. Keadaannya saling tidak tumpah seperti gunung berapi yang menunggu masa sahaja mahu meletus!

“Kenapa keputusan kamu macam ini?” tanya Puan Azian lagi. Johan menghembus nafasnya sebelum membalas ; “Saya stress , ibu. Ibu hari-hari suruh saya belajar dan dera saya sampai saya tak dapat nak rehatkan minda.”

“Kurang ajar!” Segera Puan Azian mengeluarkan stapler dari laci mejanya.

Walaupun Johan cuba berlagak tenang , namun tiada siapa tahu betapa laju jantungnya sedang berdegup.

Dup .. dup .. dup ..

Puan Azian menghampiri Johan dengan stapler ditangan.

Dup .. dup .. dup ..

Puan Azian mengangkat stapler kearah muka Johan.

Dup .. dup .. dup ..

“Ini balasannya untuk anak yang kurang ajar!”

Zup!!

Darah membuak-buak keluar dari perut Puan Azian. Matanya terbuntang luas memandang si anak. Johan senyum puas. Dengan sekali tarik , pisau poket yang ditikam tepat ke perut ibunya dikeluarkan. Maka , bertambahlah darah-darah yang keluar. Terus penuh satu lantai.

Pisau yang diguna dilipat semula lalu disimpan dalam poket baju. Oh , baru dia tersedar. Bajunya terkena sedikit darah.

Tak mengapa. Johan tak kisah.

Johan puas.

@@@@

“Tahun ini Sekolah Menengah Seri Murni mengumpul sebanyak 99 pelajar yang straight As SPM! Mari kita beri tepukan kepada mereka!”

Published inMentor Mentee

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *